BAB 4

333 12 0
                                    

"Kau gila Man, budak itu bawah umur, karang tidak pasal-pasal kita kena tangkap polis. Tuduh culik budak tu," kata Din selaku ketua rumah itu.

"Alah.... kita cakaplah dia yang nak sangat tinggal sini..." jawab Man. Din yang dari tadi berjalan mundar mandir, terhenti depan Man.

"Habis budak tu nak makan apa? Kita pun hujung bulan pun share makan mee segera"

Man terdiam seketika. Kemudian dia tersenyum. Poket seluarnya diseluk.

"Tada!" katanya sambil menunjukkkan jam tangan G Shock milik Iqram. Din menyambar jam itu. Dibeleknya teliti.

"Kalau jual, RM300 ada dalam tangan ni..." kata Man lagi. Keningnya diangkat-angkat. Din terdiam sebentar. Jam tangan berjenama itu dibeleknya atas bawah.

"Okeylah... tapi kalau ada masalah aku tak tanggung."

Iqram yang dari tadi mendengar dari celah pintu bilik menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya dia ada tempat berteduh untuk malam ini. Hai Fir! dimana kau pindah... Tidak apalah, esok aku ke rumah Johan balik. Mungkin hari tu dia keluar agaknya... Kepalanya terasa berat dilabuhkan ke atas bantal milik Abang Man.

Sementara di belakang rumah banglo milik Tuan Azman. Mak Jah duduk santai bersama suaminya sementara tunggu masuk waktu asar. Secawan air teh dan dua ketul kuih karipap di dalam piring dihidangnya di hadapan Pak Salleh.

"Abang tidak risau ke, sudah dua malam Iqram anak puan tu tidak balik rumah?" tanya Mak Jah. Sejak petang semalam dia merasa tidak sedap hati.

"Agaknya apa yang dimakan Iqram tu. Saya dengar dia tak bawa duit... Eshh! risau saya, bang." Iqram sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

"Sudah-sudahlah, karang awak pula yang kena darah tinggi. Yang awak kalut sangat tu kenapa? Saya tengok Puan Maztura tu relek sahaja. Macam Iqram itu pergi bercuti-cuti Malaysia sahaja," kata Pak Salleh sambil mencicip air teh buatan isterinya.

"Itulah yang saya hairankan, tak sayang anak ke...."

Tiba-tiba bunyi bising dari dalam rumah menarik perhatian kedua suami isteri itu. "Iqram sudah balik kot..." Mak Jah serkap jarang.

Antara anak-anak Puan Maztura, hanya Iqram yang paling rapat dan menghormati dia walaupun dia hanya orang gaji. Mereka bergerak ke dapur. Mengintai di sebalik almari.

"Mommy tak sayang Along ke?" tanya Anis, anak bongsu pasangan Tuan Azman dan Puan Maztura.

"Dia yang merajuk, nak sangat lari dari rumah, rasakan..."

"Anis, Along tu lelaki, pandai-pandailah dia hidup. Nak jadi tentera konon.. kita tengok dia boleh survive ke tidak. Lagipun hanya dalam hutan batu sahaja pun.." tambah Amani. Dia adalah batu api ibunya.

"Repot polis pun mommy tidak buat. Mommy tidak takut ke, orang culik Along, bunuh Along, ambil organ Along, jual..." Anis cuba menyucuk jarum.

Antara Anis dengan Amani, ternyata Anis lebih rapat dengan Iqram. Iqram lebih cool berbanding Amani yang garang tidak bertempat sama macam Puan Maztura.

Puan Maztura mula pucat. Ibu mana tidak sayangkan anak... Zaman sekarang penculik bukan lagi nak wang tebusan. Mereka lebih suka menjual organ dalaman manusia. Tidak kira budak ataupun dewasa, memang ada sahaja permintaan dari seberang.

"Eshh! report polis!... Anis kau gila ke, nak bagi mommy daddy malu ke.." tangkas Amani. Kerut dahi Puan Maztura seketika.

"Habis Kak Amani nak biarkan sahaja macam tu sahaja..."

KONTRAK CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang