BAB 15
"Dear, you pasti tak mahu ikut I ke Bali," tanya Tuan Azman pada isterinya.
Puan Maztura hanya mengangguk sahaja. Dari semalam hatinya rasa tidak sedap. Mungkin risaukan kedua anaknya yang sedang berkursus.
"Puan Sri Nora ikut sekali tau. Tak silap I anak dia pun pergi sama Amani."
"Anak dia orang sorang je.. lagipun Puan Sri tu mana boleh duduk sorang-sorang. Kalau tidak dengan anak dia dengan Tan Sri. Sebab tu dia ikut Tan Sri." Baju kemeja yang siap diseterika Mak Jah disusun dalam beg Tuan Azman.
"Kira honeymoon la tu kan... Kita bila nak honeymoon?" kening Tuan Azman terangkat-angkat. Puan Maztura tersenyum. Dia bangun hampiri suaminya di sofa hadapan katil kelamin mereka. Tangan suaminya disentuh.
"Dear, you tahukan tahun ni ketiga-tiga anak I ada exam besar. Anis baru sahaja habis PT3, bulan depan Amani dan Iqram pula. Serentak you. How can I go honeymoon dalam keadaan kepala otak I asyik ingat anak-anak je."
Tuan Azman faham. Kayu golf yang sedang digilapnya diletak. Jari isterinya diraih dan kemudian dikucup perlahan. Puan Maztura banyak membantunya menguruskan hal ehwal anak-anak. Terima kasih, dear..
Pintu bilik Tuan Azman diketuk. Anis masuk lalu duduk disebelah bapanya.
"Daddy, nak pergi mana?" tanyanya melihat beg pakaian dan pakaian Tuan Azman masih di atas katil.
"Bali. Malam ni pergi. Anis jaga mommy tau?" Anis hanya tersenyum sinis.
"Err.. sebenarnya Anis nak minta izin, malam ni Anis nak tidur rumah Damia nak tolong dia pack barang. Esok petang Anis balik. Boleh tak daddy.. mommy?" tanyanya manja
"Damia anak Datuk Khalid tu..." Puan Maztura inginkan kepastian. Setiap seorang rakan pada anaknya dia kenali. Dan anak-anaknya dilarang berkawan sebarangan.
"Dia nak pindah ke?" tanya Tuan Azman serba tidak tahu.
"Jadilah dia duduk dengan mak dia." Anis hanya mengangguk, mengiyakan kata-kata ibunya.
"Damia tu, parent dia dah divorced. Sekarang dia duduk dengan his father. Dengar cerita mother dia tuntut hak penjagaan. Jadi betullah lepas ini dia duduk dengan mak dia?" cerita Puan Maztura pada suaminya. Dan pertanyaan yang sama diajukan pada Anis. Sebenarnya Puan Maztura kurang berkenan dengan bekas isteri Datuk Khalid itu.
"Duduk sementara je, Damia kata. Sementara tunggu result. Jadi boleh tak Anis tidur rumah dia malam ni? Lepas ni Anis dah tak de kawan.' Anis menunggu dengan debaran. Jika Damia duduk dengan ibunya, Anis pasti akan hilang kawan baiknya kerana ibu Damia tinggal di Sarawak.
"Pergilah tetapi esok pagi-pagi kena balik sini." Anis tersenyum bila bapanya sudah beri kebenaran. Nasibnya baik ibunya tidak masuk campur.
"Pagi.. mana cukup. Anis janji petang Anis balik. Promise. Thank you daddy , thank you mommy, I love you.." kata Anis sebelum memboloskan diri. Jika lama dia disitu, silap-silap kebenaran bermalam di rumah Damia ditarik balik.
"Hah! Tu Anis dah tidur rumah kawan, Amani dengan Iqram pun tidak ada rumah. Jomlah ikut I," ajak Tuan Azman.
"Malaslah.. esok pagi I nak pergi spa. Malam ni I hantar you kat airport yer. Kita dinner sama."
Malam itu Puan Maztura menghantar sendiri suaminya ke lapangan terbang. Mereka pergi awal dan bermakan malam di sana.
"Amboi dating..." tegur Puan Sri Nora disebelahnya suaminya Tan Sri Mokhtar. Mereka adalah ibu bapa kepada Ekin. Tan Sri Mokhtar adalah seorang usahawan yang berjaya. MOKT Holdings adalah miliknya.
Melihat Puan Sri Nora, Puan Maztura bangun salam dan memeluk rakannya.
"Orang ajak pergi sekali tak mahu.." usik Puan Sri Nora lagi. Puan Maztura hanya tersenyum.
"Busy sikit, next trip I join," janji Puan Maztura.
"I pun sebenarnya malas nak ikut tetapi you know... anak I tidak ada, pergi kem motivasi sekolah. Tinggal seorang, bosan," ujar Puan Sri Nora.
"Eh... anak you pun pergi kem juga kan..." tambah Tan Sri Mokhtar pula.
Tuan Azman yang sedang menghirup fresh orange hanya mengangkat jari telunjuk dan hantu menandakan angka dua.
"Iqram dan Amani... Amani tu pada mulanya, tidak mahu pergi, nyamuk lah, buang masa la. Banyak alasan dia beri. Tetapi I paksa, program itu elok." Puan Maztura bercerita.
"Samalah dengan Ekin. Mula tu, berkeras tidak mahu pergi, bila dapat tahu anak you, Iqram tu pergi... terus excited nak pergi. Kelam kabut dia buat persiapan..." cerita Puan Sri Nora pula.
"Iqram!... Iqram anak I!" Tuan Azman terkejut, berkerut dahinya.
"Iqram mana lagi. Anak you la... anak tiri you. You tahu tidak, anak I, big fan anak you tau. Semua game ragbi anak you, dia pergi.." tambah Tan Sri Mokhtar.
Tuan Azman mengangkat kening. Dia tidak tahu perkara itu. Selama ini Iqram tidak pernah pun bercerita dengannya mengenai perkara ini.
"Tidak pasal-pasal I pun terbabit sama..."
Tuan Azman menunjukkan muka peliknya lagi. "Terbabit?" Isterinya dipandang, minta penjelasan. Puan Maztura hanya menjungkit sedikit bahunya.
"Kena sponsor team tu... Any way, I pun suka anak you, Iqram tu. Dia seorang yang berwawasan. Untung you..." tambah Tan Sri Mokhtar lagi. Air yang baru diletak oleh pelayan diambilnya lalu disedut.
Puan Maztura tersenyum mendengar pujian rakan kongsi suaminya, Iqram berwawasan.
Iqram banyak warisi sifat kepimpinan dari arwah bapanya. Ibrahim dahulu adalah rakan Tuan Azman. IZE Holding adalah miliknya, Tuan Azman hanya menjaganya sehingga Iqram benar-benar bersedia untuk ambil alih.
Sayangnya umur Ibrahim tidak panjang. Dia meninggal akibat kanser sewaktu Iqram masih dalam kandungan lagi. Dan ketika Iqram berumur satu tahun, Puan Maztura mengahwini Tuan Azman dan Tuan Azman membesarkan Iqram seperti anaknya sendiri.
P/S Sorry yer lambat update.
Nak tahu pasal Khaira? tunggu...
![](https://img.wattpad.com/cover/60522433-288-k650569.jpg)
YOU ARE READING
KONTRAK CINTA
RomanceKONTRAK CINTA by fariesya fauzy bukan sekadar cinta monyet. Kisah percintaan Khaira dan Iqram yang tidak setaraf dalam semua hal. Mereka kemudian membuat perjanjian untuk berjumpa lagi lapan tahun. Dalam tempoh itu macam-macam yang mereka terpaksa...