BAB 1

484 14 0
                                    


Segalanya bermula bila kedua ibu bapa Khaira makan gaji di rumah banglo tiga tingkat itu. Pak Salleh, bapa Khaira ditugaskan sebagai pemandu Tuan Azman manakala ibunya Mak Jah sebagai orang masak di rumah itu. Masa tu Khaira baru tingkatan satu. Bilik stor di belakang banglo itu menjadi tempat mereka anak-beranak tinggal.

Tuan Azman dan isterinya Puan Maztura mempunyai dua orang anak perempuan, Amani, sebaya Khaira dan Anis muda dua tahun dari mereka. Iqram, anak tiri Tuan Azman turut tinggal disitu. Iqram sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

"Bestlah buku rujukan ini... dia tunjuk step by step cara hendak jawab soalan dengan betul." Khaira teruja dengan buku rujukan di hadapannya. Setiap helaian ditelitinya dengan khusyuk. Buku itu milik Iqram. Sejak Khaira tinggal di situ hanya Iqram dan Anis sahaja yang sudi bercakap dengannya.

"Sebab tu saya masih simpan buku ni, manalah tahu boleh jadi rujukan masa PT3 nanti," ujar Iqram yang bakal menduduki peperiksaan PT3 pada tahun itu.

"Tentu buku ni mahal." Iqram hanya tersenyum. Dia faham kedudukan kewangan keluarga gadis di hadapannya.

"Boleh Khaira pinjam buku awak ni sekejap. Khaira hendak minta ayah fotostatkan," sambung Khaira sambil membelek-belek buku rujukan matematik tingkatan 1.

"Boleh.... tetapi ada satu syarat."

Iqram mula tersenyum. Idea menggilanya mula menguasai kotak fikirannya.

"Apa?" tanya Khaira lurus.

"Khaira kena kasi pinjam dulu..." ujar Iqram yang masih tersengeh.

Berkerut dahi Khaira memikirkan apa yang dihendaki Iqram darinya. Dia hanya anak pemandu, mana ada apa-apa. Melainkan Iqram dan adik beradiknya yang ada serba serbi.

"Awak hendak pinjam apa?" tanya Khaira pelik. Berkerut dahinya.

"Hhmmm pinjam... pinjam hati awak, boleh tak? Saya hendak simpan sampai ke syurga," usik Iqram sambil tersenyum dan kemudian ketawa. Dalam hatinya dia masih berdebar menanti jawapan Khaira. Si gadis yang comel muda dua tahun darinya.

"Hoi! Orang serius dia main-main pula... Suruh mommy dia bagi kahwin baru tahu, gatal sangat." Bulat mata Khaira memandang Iqram. Tangannya dicekak ke pinggang. Dia benar-benar marah dengan usikan Iqram. Niatnya untuk belajar dipersendakan lelaki itu. Segera dia mengemas kotak pensel dan buku-bukunya yang ada di atas gazebo itu, dia hendak segera beredar. Hatinya sakit.

Iqram tidak memujuk, dia ketawa berterusan. Geli hatinya melihat reaksi Khaira yang tiba-tiba bertukar marah itu.

"Lagi bagus! Kahwin dengan awak... Yes!!!" tambah Iqram mengusik.

Muka Khaira sudah merah padam, antara geram dan malu diusik begitu.

"Iqram! Hey budak!... apa kau orang tengah buat ni," jerit Puan Maztura seperti petir dari arah pintu gelangsar tepi banglo. Pen dan buku di tangan Khaira hampir terlepas dari pegangannya.

"Tak buat apa-apa... kami... kami tengah belajar sahaja," jawab Along tergagap-gagap. Sergahan ibunya benar-benar mengoncang seluruh badannya.

"Kejap korang tunggu situ..." arah Puan Maztura dari jauh. Jari telunjuknya jika ada pancaran laser sudah tepat dituju pada dahi Iqram dan Khaira.

Iqram dan Khaira di laman terpinga-pinga. Salahkah mereka belajar bersama, PT3 pun ada soalan tingkatan satu, jadi apa masalahnya. Adakah ibu Iqram telah mendengar usikan anak lelakinya... mampus.

KONTRAK CINTAWhere stories live. Discover now