BAB 5

328 11 0
                                    

Iqram kini pelajar tingkatan 6 atas dan masih di sekolah yang sama. Sejak kejadian demam panas tiga tahun lalu, Iqram sedar dia tidak boleh hidup tanpa keluarganya.

Buku Matematik Tambahan diselaknya satu per satu. Latihan demi latihan dibuatnya, sesekali dia tersenyum, teringat Khaira yang agak kurang mahir dalam pelajaran itu. Jatuh kesian dia pada Khaira, ikutkan hatinya mahu sahaja dia adakan kelas tambahan percuma pada gadis pujaannya itu. Sayangnya, cadangannya ditolak mentah-mentah oleh gadis itu kerana takutkan ibu Iqram.

Iqram tahu Khaira terasa hati dengannya kerana tiap kali Puan Maztura marah, dia hanya mendiamkan diri. Bukan dia tidak mahu membela Khaira tetapi berbaloikan belaannya jika ibu mengambil tindakan memecat kedua ibu bapa Khaira. Macammana...

"Sabar ya Khaira sayang..."

Khaira memang manis dan comel. Tipulah kalau Iqram sedikit pun tidak menyukai gadis itu. Dari tingkah lakunya, pertuturan dan sopan santunnya segalanya prefect di mata Iqram. Hatinya sudah terpaut pada si gadis sejak keluarga itu mula bekerja dengan ibu bapanya.

"Johan... Fir... kau orang pernah jatuh cinta tak?" soal Iqram tiba-tiba.

Johan dan Firdaus yang sedang menjamah nasi goreng ayam terhenti. Mereka saling berpandangan. Dan kemudian mereka ketawa berdekah-dekah sambil menepuk meja.

"Weh! aku serius ni..."

Johan menakup mulutnya dan cuba menenangkan dirinya. Firdaus menarik nafas panjang lalu dilepaskan. Mereka berdua kemudian berhenti ketawa. Memandang serius kepada Iqram yang mengharap. Keduanya mengeleng lalu kembali ketawa.

Iqram menghembus nafas marah lalu bangun meninggalkan kedua rakannya yang masih ketawa di meja kantin sekolah.

Melihatkan Iqram sudah beredar. Johan dan Firdaus berlari memujuk

"Sorry lah Iqram... tapi soalan kau tu memang kelakar. sorry la." kata Firdaus sambil meletakkan tangannya di bahu Iqram. Begitu juga Johan.

"Mana aku tahu kau betul-betul serius... okey let's talk," sambung Johan pula. Mereka menarik Iqram untuk duduk di kerusi kayu berdekatan pagar sekolah.

"Macammana kau tahu kau dah jatuh cinta?" soal Johan

"Entahlah... aku tidak tahu. Aku asyik ingatkan budak itu."

"Itu angau..." Johan dan Firdaus kembali ketawa. Tetapi ketawa mereka tidak lama kerana melihat muka Iqram bak ditogok sebotol cuka.

"Okey...okey. Kau sebenarnya asyik ingatkan siapa?" soal Firdaus sambil tersenyum.

"Adalah...budak perempuan ni," jawab Iqram ringkas.

"Iyalah kita orang tahulah budak perempuan... takkan lelaki kot... sesuatu gitu," kata Firdaus sambil mengenyit manja pada Iqram.

Iqram hanya gelengkan kepadanya, dia cuba bangun namun bahunya ditarik Firdaus. Dia kembali duduk. Menyesal buka cerita ni...

"Okey... okey, kita orang serius. Kita orang kenal tak?"

Iqram masih membisu.

"Budak sekolah sini..." Johan cuba serkap jarang.

Iqram mengangguk.

"Emma.." Iqram mengeleng.

"Emilya... Suzzy... Ariana... Lily... aku tahu Khadijah..."

KONTRAK CINTAWhere stories live. Discover now