BAB 17

241 6 7
                                    


BAB 17

"Mak Jah oh Mak Jah!.. Anis lapar, Mak Jah masak apa?" panggil Anis sambil buka tudung saji. Kosong. Dicarinya Mak Jah di belakang. Tiada.

Anis naik ke atas mencari ibunya. Pintu bilik dibukanya perlahan. Puan Maztura nyenyak tidur, tidak dikejutnya. Pintu bilik itu ditutupnya kembali. Perutnya berbunyi keroncong minta diisi. Dia turun ke dapur, mencari biskut untuk dimakan.

Kedengaran bunyi kereta Honda City milik ibunya masuk dan dipakir hadapan rumah. Amani keluar bersama nasi dan lauk yang dibeli.

"Nah! Letak dalam pinggan, kakak nak kejut mommy," arah Amani.

"Mak Jah mana kak? Balik kampung ke?" tanya Anis. Tin biskut yang baru dibuka, dia tutup balik.

"Dah berhenti!"

"Hah! Kenapa kak?" Pantas Anis berpaling mengadap kakaknya.

"Banyak soallah kau ni. Kakak nak kejut mommy, lapar dah ni. Lagi satu lepas makan siap, kita tengok Along. Along kat hospital, demam." Amani melangkah naik atas.

"Along demam..."

Usai mereka makan bertiga. Anis bersiap untuk ikut ibu dan kakaknya ke hospital.

"Pak Salleh pun berhenti juga ke kak?" bisiknya pada Amani bila melihat ibu mereka memandu keretanya. Selalu ibunya akan suruh Pak Salleh memandu kereta Honda City itu. Amani jawab dengan anggukan.

"Kak Khaira?" bisik Anis lagi.

"Siapa tu, aku tak kenal..." jawab Amani. Anis terdiam. Dia tahu kakaknya benci pada anak orang suruhan itu.

"Bila?" tanya Anis lagi.

"Bila apa?" Berkerut dahi Amani mendengar pertanyaan demi pertanyaan adiknya.

"Bila Pak Salleh dan Mak Jah berhenti?" Setahu Anis semalam waktu dia keluar untuk tidur di rumah Damia, mereka elok-elok sahaja. Tidak pula mereka pesan atau cakap nak balik kampung.

"Tadi.. Pak Salleh ada hal di kampung kena duduk sana. Urgent katanya." Sambung Puan Maztura bila terdengar perbualan rahsia anak-anak daranya. Sengaja dia berbohong kerana tidak mahu panjangkan cerita itu. Pada suaminya juga dikhabarkan hal yang sama. Hanya Amani sahaja yang tahu kisah benar.

Puan Maztura tahu Amani tidak akan bocor rahsia kerana dari dahulu Amani tidak sukakan Khaira. Tambah-tambah bila suaminya mula bandingkan anaknya itu dengan anak orang suruhan mereka itu.

Sampai di Hospital Al Salam, Puan Maztura tidak terus ke bilik Iqram, dia berjumpa Doktor Zaleeq. Amani ke kafeteria untuk membeli air untuk abangnya. Anis yang terus ke bilik abangnya.

Iqram sudah terjaga dari tidur. Badannya masih lemah kerana demamnya masih ada. Dia memilih untuk terus baring kerana kepalanya masih berdenyut sakit.

"Assalamualaikum Along!" kata Anis sebaik dia masuk ke dalam bilik itu. Iqram tersenyum sedikit. Kepala ditoleh mengadap pintu.

"Anis! Khaira dah balik?" soal Iqram perlahan bila melihat hanya Anis yang masuk. Anis mengeleng.

"Along tahu tak? Pak Salleh dengan Mak Jah dah berhenti, balik kampung." Anis melihat ke arah pintu bila bercakap. Masih tiada siapa yang masuk.

"Berhenti! Siapa cakap?" Iqram tegakkan badannya. Semangatnya mula mengalir bila ianya berkenaan keluarga cinta hatinya

"Mommy dengan kakak," ujar Anis jujur. Kaki abangnya dipicit lembut.

"Mana telefon Along?"

Anis mencari di dalam laci. Telefon dikeluarkan dan dihulur pada abangnya. Dengan segera Iqram menelefon Cikgu Mikail. Walaupun dia tidak beberapa suka cikgu itu tetapi hanya dia sahaja yang boleh membantunya buat masa ini.

"Don't worry Iqram. Take care of yourself," kata Cikgu Mikail sebelum dia matikan panggilan itu.

Cikgu Mikail kembali mengadap Encik Fahmi dalam bilik pejabat, sementara di dewan, sedang berlangsung penyampaian sijil dan peserta kem akan terus pulang selepas itu.

"Sebenarnya kes budak-budak tu bukan kes berat pun. Yang lelaki tu, memang pada mulanya dia sakit perut jadi nama dia dikeluarkan, bila dia dah baik dia nak join, tu yang masuk hutan cari Komander, last-last sesat." Encik Fahmi bercerita. Hal yang sama diceritakan pada Pak Salleh dan Mak Jah semasa mereka menumpang keretanya ke bandar. Dia sedikit terkilan kerana tidak dapat ceritakan hal itu pada ibu budak lelaki itu.

"Yang budak perempuan pula? Ada dua orang yang dah balik kan?" tanya Cikgu Mikail. Dia ingin tahu bagaimana Khaira dan Amani terbabit sama. Risau juga jika ada kes 'dating' antara kedua muridnya itu. Betul-betul cinta monyet, 'dating' dalam hutan. Tambah risau bila Iqram memberitahunya Puan Maztura telah halau keluarga Khaira dari rumah mereka. Mesti ada perkara yang buruk berlaku menyebabkan Puan Maztura bertindak begitu.

"Ya, seorang sebab emak dia suruh balik, dia tu adik budak lelaki yang sesat itu." Cikgu Mikail mengangguk. Itu Amani.. Cikgu Mikail lebih berminat untuk tahu pasal budak perempuan yang bernama Nur Syakhaira Binti Salleh.

"Seorang lagi... ni sedikit pelik. Sebab sebelum ni tak pernah terjadi. Tapi kita tak tahu kan dalam hutan macam-macam..." Cikgu Mikail gerakkan badannya ke hadapan, seluruh tumpuannya diberikan kepada pegawai itu.

"Pelik?... apa yang terjadi?" tanya cikgu itu tidak sabar.

"Puan Gayah letak dia di point 87 masa sesi 'malam burung hantu'. Bila nak kumpul balik dia tidak ada di point tu, cari punya cari kami jumpa dia di point 262. Katanya dia tidak bergerak pun. Mata dia pun elok tertutup." Berkerut dahi Encik Fahmi bercerita.

Cikgu Mikail terdiam. Memang dia pernah dengar kes kena alih sebelum ini di tempat lain. Tak sangka benda itu berlaku pada pelajar kesayangannya. Kalau alih ke rumah aku lagi bagus... detik hatinya nakal.

"Errr... jauh tak jumpa kedua budak tu." Hatinya mula curiga bila teringat yang hilang di hutan adalah Khaira dan Iqram. Pasangan yang konon bercinta. Hmmmm....

"Dalam 100 meter macam tu. Kenapa?" Cikgu Mikail hanya mengeleng.

Kemungkinan untuk Iqram berbuat nakal di dalam hutan itu ada tetapi tidak Khaira. Tak mungkin gadis itu sanggup berdua-duaan dengan lelaki. Sedangkan dikhalayak ramai pun dia tidak mahu, inikan pula dalam hutan. Mungkin apa yang dikata Encik Fahmi ada benarnya. Cikgu Mikail cuba menghilangkan curiga dari dalam hatinya.

Usai menghantar pelajar balik ke sekolah, Cikgu Mikail terus balik ke rumahnya. Jam di tangannya dia lihat. Sudah pukul 7, seingatnya Iqram telefonnya pada pukul 3 petang. Mungkin Khaira dan keluarganya sudah selamat pulang ke kampung.. Cikgu Mikail bermonolog sendiri sambil mengecas telefon bimbitnya yang sudah lama mati.

KONTRAK CINTAWhere stories live. Discover now