BAB 18
Dua minggu Iqram tidak hadir ke sekolah, begitu juga dengan Khaira.
"Cikgu Mikail, ada berita tentang pengawas Syakhaira," tanya Puan Hajar selaku Guru Besar itu. Cikgu Mikail hanya mengeleng.
"Yang saya dapat tahu dia balik kampung."
"Habis SPM dia macammana? Minggu hadapan sudah nak mula. Rugi kalau dia tidak ambil peperiksaan tu." Cikgu Mikail hanya mengangguk, ada betul apa yang dikatakan oleh wanita berusia lebih 50an itu. Nur Syakhaira adalah pelajar harapan sekolah.
Keluar sahaja dia dari bilik guru besar, Iqram sudah tercegat menunggunya.
"Cikgu, saya ada perkara nak bincang dengan cikgu," kata pelajar tingkatan 6 atas itu. Mereka beriringan masuk ke bilik kauseling. Dalam perjalanan mereka hanya diam sahaja.
"Awak sudah sihat?" Cikgu Mikail mula bicara.
"Alhamdulillah. Cikgu saya nak tanya pasal Khaira. Cikgu jumpa dia hari tu.." tanya Iqram.
Selepas Iqram menelefon Cikgu Mikail tempoh hari, ibunya masuk. Segala permintaannya pada cikgu itu telah didengari ibunya. Makin naik angin Puan Maztura pada anak lelakinya. Telefon Iqram dirampasnya.
Cikgu Mikail hanya mengeleng. Sampai sahaja dari kem sudah hampir malam, sudah tentu keluarga itu sudah naik kenderaan awam pulang ke kampung. Lagipun apa yang hendak dirisaukan sudah tentu di kampung mereka sudah ada rumah atau saudara yang sedia membantu.
"Saya tak cari pun," kata cikgu muda itu jujur.
"Hah! Cikgu tahu tak dia tu susah. Rumah kampung dia tu dah macam reban ayam, tak ada elektrik, air pakai air perigi. Tunggu masa jer nak roboh.. tah-tah dah roboh ditiup angin." Iqram makin galak bercerita. Dia pernah sekali ke kampung itu semasa mengikut bapa tirinya untuk memberi zakat pada penduduk kampung.
"Cikgu tahu tak, kampung dia jauh. Silap-silap SPM dia tak ambil tau..." Cikgu Mikail hanya membisu. Apa yang dikatakan oleh Iqram diluar jangkaannya. Tak sangka Khaira sedaif itu. Gadis itu tidak pernah menunjukkan masalahnya selama ini.
"Cikgu tahu tak, hari-hari dia bawa bekal sebab tidak ada duit belanja tau. Baju biru dia tu pun hasil dari baju putih dicampur 'dye'. Kain biru tu pun kain lama, kain sekolah rendah, mak dia tambah kain atas sahaja. Cikgu mana nampak, cikgu nampak dia comel, rajin, baik, pandai je." Geram Iqram dilepaskannya pada cikgu muda itu.
"Habis kamu.. tak tolong." Cikgu Mikail sakit hati dengan sindiran muridnya. Baru setahun jagung sudah naik tocang.
"Cikgu perlu tahu siapa mommy saya. Kalau tak, takkan saya minta tolong cikgu.." Iqram terdiam seketika. Nafas dihelanya kasar. Sesak kepala otakkan memikirkan hal Khaira. Makin risau bila peperiksaan makin hampir dan gadis itu pula hilang. Khaira bukan ada telefon bimbit.
"Kamu pasti dia tak takkan datang masa peperiksaan..." tanya Cikgu Mikail. Iqram meraup mukanya, nafas dihela lagi.
"Kalau dia datang pun dia nak duduk mana? Dia bukan ada keluarga lain nak tumpang. Selama ni pun mereka tinggal dalam stor belakang rumah. Nak sewa bilik pun tak mampu. Cikgu memang nak tunggu dia tak datang exam baru nak bertindak ke?"
Tanpa menunggu jawapan cikgu muda itu, Iqram mengucapkan terima kasih dan kembali ke dewan peperiksaan.
Peperiksaan STPM dijalankan awal seminggu dari peperiksaan SPM. Iqram, Johan dan Firdaus tertungkus lumus memerah otak untuk masa depan mereka. Masing-masing telah menjanjikan yang terbaik untuk diri sendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
KONTRAK CINTA
DragosteKONTRAK CINTA by fariesya fauzy bukan sekadar cinta monyet. Kisah percintaan Khaira dan Iqram yang tidak setaraf dalam semua hal. Mereka kemudian membuat perjanjian untuk berjumpa lagi lapan tahun. Dalam tempoh itu macam-macam yang mereka terpaksa...