BAB 3

368 11 0
                                    

"Assalamualaikum..!" Iqram memberi salam. Sambil menekan loceng pintu rumah Johan. Tingtong... Tingtong... Tingtong. Dan sudah berkali- kali dia memberi salam namun tiada seorang pun yang membuka pintu pagar itu.

"Johan... Johan!" Iqram terus memanggil.

Sementara di dalam rumah itu Johan sedang merayu pada ibunya.

"Kesian Iqram tu, kita buka sahaja pintu itu..." pintanya.

"Tidak boleh Johan, kan mommy Iqram sudah pesan jangan buka pintu kalau Iqram datang sini," terang Puan Mila.

"Iqram itu, tentu ada masalah sebab itu datang sini. Ibu tahukan mommy Iqram itu kuat kontrol..."

"Johan... itu masalah mereka, biar mereka selesaikan. Tidak baik kita jaga tepi kain orang nak..."

"Tapi ibu, hari dah nak gelap ni... Mana Iqram nak tinggal, kesian dia, ibu."

"Usah risau, karang baliklah Iqram tu ke rumah dia. Dah!... Pergi mandi ambil wuduk sekali, maghrib sudah dekat. Baik kamu berdoa dari membebel sahaja ni..."

Sayu berkumandang azan maghrib dari speaker masjid berdekatan.

"Mana kau pergi Johan?" monolog Iqram sayu sambil melangkah ke masjid berdekatan.

Usai Johan habis solat, dia menjenguk di sebalik langsir. Kelibat Iqram sudah tiada di situ. Ke manakah kamu wahai sahabat? Dia makin risau, maafkan aku Iqram, aku tersepit.

"Johan, mari makan..."

"Tidak apalah ibu, Johan tiada selera." kata Johan sambil melangkah longlai masuk ke biliknya.

Johan sekeluarga tidak ada rumah kot, pujuk hati Iqram. Tali beg pakaiannya disangkut kembali ke bahu.

Iqram bercadang untuk ke rumah Firdaus. Dia tidak pasti lokasi sebenar rumah rakannya itu. Memang perumahan Firdaus agak jauh dari rumahnya dan rumah Johan. Dia tiada pilihan lain. Beg besar ala-ala beg camping itu digalasnya menyusuri lorong di belakang bangunan.

Nasibnya tidak baik, hujan turun dengan lebatnya.

Iqram berlari ke hujung simpang dan di bawah gerai buruk dia berteduh. Pakaiannya habis basah. Iqram mendongak ke langit, gelap. Tiada tanda hujan akan berhenti malam itu.

Pappp... lengannya ditampar. Hujan-hujan pun banyak nyamuk. Nyamuk pun lapar bila sejuk-sejuk. Memang silapnya, kerana tergesa-gesa untuk keluar dari rumah, dia tertinggal beg dompetnya. Kalau tidak pasti sudah dia ke hotel budget untuk bermalam.

Sesekali perutnya berbunyi, baru Iqram perasan dia tidak makan apa-apa daripada tengahari tadi. Air hujan ditadahnya dengan tangan menjadi minumannya mengisi perutnya yang kosong.

Yakkk.... Berbeza betul air itu dengan air yang selalu dihidangkan oleh Mak Jah walaupun hanya air kosong. Apakan daya, ditelannya juga.

Di gerai buruk itu dia bermalam bertemankan nyamuk yang dahagakan darah manisnya. Sesekali sedekah darah apa salahnya, habis-habis pun kena denggi, lepas itu mati. Sama juga sekarang bernafas tapi jiwanya mati. Mommy dan daddy telah membunuhnya... membunuh impiannya.

Keesokkan paginya Johan ke sekolah seperti biasa. Dia menyimpan harapan agar dapat berjumpa Iqram. Masuk sahaja kelas, matanya liar mencari kerusi meja Iqram. Masih kosong, Johan mula cuak.

KONTRAK CINTAWhere stories live. Discover now