BAB 12

247 7 0
                                    

Selepas waktu rehat, Cikgu Aminah mengarahkan Khaira dan beberapa pelajar 5 Amanah mengemaskan stor di makmal komputer. Beberapa barang lama dan rosak diasingkan dan dimasukkan ke dalam plastik sampah. Setelah selesai nanti, barangan itu perlu dihantar ke bilik bahan kitar semula.

Dalam perjalanan Khaira ke bilik itu, dia dapati beberapa pelajar sekolah berkumpul di belakang makmal sains, yang terletak bersebelahan dengan makmal komputer. Hah! ni mesti kes ponteng kelas.

Perlahan Khaira merapati mereka.

"Hah! ponteng kelas, sila bagi nama dan kelas," kata Khaira tegas.

Iqram, Johan dan Firdaus terkejut. Masing-masing terdiam. Iqram pantas menyembunyikan sesuatu dari belakangnya.

"Mana ada ponteng kelas, ni waktu rehatlah," kata Johan. Khaira melihat jamnya. Memang waktu rehat pelajar tingkatan 6.

"Okey sorry," katanya minta maaf. Tetapi dia musykil kerana Johan yang banyak cakap bukan Iqram seperti selalunya. Ada bau yang tidak menyenangkan di situ.

"Hah! lain kali periksa dulu, jangan main terjah sahaja, boleh sakit jantung kami," kata Firdaus pula. Iqram masih berdiam diri. Dia hanya tunduk.

Khaira mengamati bau itu, selain bau longkang ada bau lain. Dia tidak pasti.

"Okey lah aku minta maaf, Tuan Muda, Abang Johan, Abang Firdaus, sorry ya..."

Khaira ada agenda lain, dia perlu segera pergi. Barang di tangannya perlu dihantar ke bilik kitar semula. Iqram masih tidak berkata-kata, dia hanya tunduk. Khaira merasa pelik dan dia mensyaki sesuatu.

Usai Khaira beredar.

"Huh! lega, rasa nak keluar asap, ikut telinga dah ni..." Iqram mengeleng kepalanya. Dia terpaksa menahan asap rokok di dalam mulutnya. Nasib baik puntung rokok di tangannya sempat dicampak ke dalam longkang besar sebelah makmal itu.

"Nak buat macammana awek kau, rasakan lah sendiri..." usik Johan.

"Tu awek aku, tolonglah. Mahu mommy aku kerat 14 badan ini, kau kalau nak usik tengok oranglah, bagai langit dengan bumi bro," jawab Iqram.

"Sudahlah Iqram, bukan dulu kau angau dekat budak tu," kata Johan sambil mencampakkan sebatang rokok lagi kepada Iqram.

Iqram segera memasangnya. Dia sedut sekali dua sebelum diberi kepada Johan dan kemudian Firdaus. Kini rokok itu di tangan Iqram kembali.

"Bro... aku habiskanlah ya, stress ni, tadi tu potong stim betullah..." kata Iqram terus menghidap rokok itu.

Khaira memanggil Cikgu Mikail ke situ. Khaira menceritakan segalanya.

"Betul cikgu, tetapi saya tidak pasti siapa yang hisap rokok tu. Kalau tidak percaya, mari kita ke tepi longkang besar tu."

Mereka berdua dan beberapa orang guru juga ke tempat Iqram melepak. Perbuatan Iqram tempoh hari sudah melampau. Khaira ingin membalas dendam. Kejadian di tepi padang masih segar dalam ingatannya.

"Tuan Muda!" sergah Khaira sendirian. Cikgu Mikail dan beberapa lagi cikgu sedang menyorok. Pantas juga Khaira menyusun strategi.

Iqram terkejut. Rokok yang tinggal separuh, masih di tangan. Dia kantoi. Tapi dia rasa masih ada peluang kerana Khaira seorang diri.

"Khaira please la, sekali ni sahaja, please," rayu Iqram.

Khaira tersenyum sambil mengelengkan kepalanya. Walaupun kau ada dalam hati aku tapi yang salah tetap salah...

KONTRAK CINTAWhere stories live. Discover now