Kem motivasi diadakan selama 3 hari 2 malam sahaja. Awal pagi, sebanyak 3 bas persiaran sudah membawa pelajar tingkatan 5 dan 6 ke Kem Lembah Genting.
Amani yang pada mulanya memberi alasan untuk tidak ikuti program itu terpaksa hadirkan diri kerana dipaksa ibu dan bapanya. Ekin dan Iris juga hadir.
Beberapa penceramah motivasi dijemput untuk program itu.
Setelah tiba mereka diarah menyusun barang di dalam dorm dan solat asar. Pukul 5 petang, mereka diarah berkumpul di dewan. Dimana mereka akan dibahagikan mengikut kumpulan. 10 kumpulan akan dibentuk. Setiap seorang perlu mengambil sehelai kertas yang elok digulung dari dalam kotak yang tersedia.
"Ya Tuhan bagi aku dan Syakahira satu kumpulan, Aaminn." Najwa berdoa. Khaira hanya tersenyum dimarahi Najwa.
"Cepatlah Aaminn kan doa aku.. atau kau nak sekumpulan dengan abang Iq..., Aduh!" Laju tangan Khaira mencubit lengan rakannya. Matanya dibuntangnya memandang rakannya. Najwa tersenyum selepas mengusik rakannya.
Mereka kemudian mengambil kertas dari dalam kotak yang disediakan. Khaira sempat mengerling pada lelaki yang bernama Iqram Muhaimin. Janganlah lelaki itu buat hal macam di bilik Cikgu Mikail lagi. Malu...
"Aku kumpulan 8, kau?" tanya Najwa. Kertasnya ditayang kepada Khaira.
"Dekat dinding ada tertulis nombor kumpulan kamu, sila berkumpul ikut kumpulan masing-masing," kata Encik Fahmi antara fasilator kem itu. Najwa sudah bergerak ke dinding bertanda angka 8.
Khaira tidak segera membuka kertas itu. Diamati rakan-rakannya yang sudah berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
Perlahan Khaira membuka kertas yang kemas bergulung di tangannya. Jika tertulis huruf 1, dia akan sekumpulan dengan Amani, Oh! Tidak...
Jika angkanya 3 bermakna dia dalam kumpulan Irin. Hah! Lebih kurang sahaja. Khaira berdoa supaya bukan dua kumpulan itu. Khaira melihat kumpulan 6 ada kedua kawannya Susan dan Nelly. Manakala di kumpulan 8 ada Najwa. Kumpulan 10 pula ada Ekin.
Matanya ditutup seraya tangannya membuka gulungan itu. Nafas dihelanya dan dibuka matanya perlahan. Yes! jerit Khaira dalam hati. Kertas ditangannya tertera angka 8.
Laju Khaira berjalan menghampiri Najwa lalu bahunya berlaga dengan seseorang. Iqram! Lelaki itu buat-buat tidak nampak dia. Eshhh tak habis sentap lagi ke?
Iqram juga berjalan menuju kumpulan 8. Alamak! Ni tak suka ni...
Khaira menghampiri Najwa, pantas Najwa memeluknya. Over gembira sangat kawan dia tu. Macam la tak jumpa kalau kumpulan lain pun.
"Dengan saya tak nak peluk ke.."
Khaira menoleh, Iqram! Dia tersenyum sambil tangannya didepa sedikit. Bulat mata Khaira memandangnya, penumbuk diacunya ke muka Iqram. Amboi! Makin ganas. Segera Iqram masukkan tangannya ke dalam kocek, senyuman jalebinya masih terlekat di bibirnya.
"Jaga sedikit, adik awak ada. Karang sebabkan nakal awak tu, saya yang kena." Khaira bisik memberi amaran. Iqram mengangguk lalu beredar jauh dari Khaira. Sempat juga dia kenyitkan matanya sebelum beredar.
"Sekarang pilih ketua kumpulan, penolong, logo dan sorakan. Saya bagi masa setengah jam sahaja. Lepas itu kita bersurai. Jumpa balik di dewan makan pukul 6.30 malam. Pastikan kamu sudah siap mandi dan bersedia untuk solat maghrib selepas makan." Encik Fahmi sekali lagi beri arahan.
"Ketua kita pilih abang Iqram la," ujar Mahmood pelajar 5 Cerdas. Ramai yang mengangguk. Khaira menghela nafas panjang. Habislah aku, sah-sah dia buli aku ni..
"Sapa sokong, angkat tangan," tambah Lily. Semua pelajar kumpulan 8 itu angkat tangan kecuali Khaira. Melihat semua setuju, perlahan dia naikkan tangannya. Iqram tersenyum mengejek.
"Assistant, Syakhaira.." Najwa memberi cadangan. Pantas lengannya dicubit Khaira. Matanya dijegil tajam pada rakannya, kepalanya digelengkan.
"Tak setuju! bagi orang lain. Najwa, awak jadi assistant saya boleh?" tanya Iqram. Sengaja dia menguji Khaira. Dia sudah merangka untuk bermesra-mesra dengan Najwa dan tengok sejauh mana Khaira akan cemburu. Asyik aku jer yang cemburu dia dengan Cikgu Mikail mana boleh... Iqram tersenyum sendiri.
"Setuju!" kata Khaira dengan senyuman. Ya Tuhan, manisnya dia.
Mereka kemudian mereka logo dan sorakan.
Usai solat isyak, mereka mengadakan bacaan yasin dan solat hajat. Selepas itu satu taklimat mengenai peraturan kem diadakan. Tepat jam 11 malam mereka diberi gapi dan tidur.
"Najwa... nak abang bawa kuih untuk awak," kata Iqram sambil menghulur sepiring kuih.
"Untuk saya ke untuk orang sebelah ni," ujar Najwa sambil menyingung lengan Khaira yang duduk disebelahnya. Khaira menjeling tajam pada Najwa.
"Untuk awaklah, awak kan assistant saya." Sengaja Iqram lemparkan senyumannya pada Najwa. Iqram duduk di kerusi depan Najwa makan sambil bersembang mengenai kumpulan mereka dengan Najwa. Sesekali dia mengerling pada Khaira, melihat reaksi gadis itu. Huh! Tidak ada respon. Hati kering. Takkan dia tak cemburu langsung...
Najwa yang memilih tidur sebelah Khaira, mengadu rindukan ibunya. Mengeleng Khaira melihat rakannya yang manja itu. Bagaimanakah nanti jika dapat tawaran belajar jauh dari keluarga?
"Syakhaira! Kenapa yer, abang Iqram tak mahu awak jadi assistant dia. Korang bergaduh yer?"
"Mana ada. Dia suka awak kot..." usik Khaira.
"Eshh awak ni, tak nak la. Aku nak cikgu..." Kening Najwa diangkat-angkatnya sambil tersenyum. Sah-sah sedang berangan dekat lelaki idaman Malaya tu.
"Dah la.. tidur cepat. Kita kan kena bangun awal, ada qiamulail." Cepat-cepat Khaira ubah topik. Hatinya sakit melihat Iqram terlebih baik dengan Najwa. Eh! Aku cemburu ke...
Esoknya mereka ada program masak-masak. Dengan berbekalkan air, teh dan sedikit gula, roti, beras, beberapa tin sardin dan telur mereka perlu masak untuk kumpulan itu. Ternyata Iqram mempunyai kemahiran untuk hidupkan api. Maka senanglah mereka memasak.
nD;
YOU ARE READING
KONTRAK CINTA
RomanceKONTRAK CINTA by fariesya fauzy bukan sekadar cinta monyet. Kisah percintaan Khaira dan Iqram yang tidak setaraf dalam semua hal. Mereka kemudian membuat perjanjian untuk berjumpa lagi lapan tahun. Dalam tempoh itu macam-macam yang mereka terpaksa...