makan garam

6.1K 209 9
                                    

Pak Zahid merupakan seorang pesara polis. Orangnya tinggi, bersusuk tubuh gempal. Sikap egoistiknya membuatkan orang kampung meluat dengan setiap panculan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Badannya yang gempal dan perutnya yang buncit selalu jadi bahan ejekan orang kampung setiap kali terlihatnya menunggang motorsikal Harley Davidson miliknya keliling kampung.

Pada suatu petang, gerai Pak Maslan yang sering meriah dengan hilai tawa pelanggannya mulai suram apabila Pak Zahid tiba-tiba naik berang apabila ditegur kerana kelakuannya memotong barisan ketika beratur untuk mengambil makanan. Tambahan pula yang menegurnya adalah Khairy, seorang remaja hujung belasan tahun.

"Kamu tak payah nak mengajar aku! aku lebih banyak makan garam daripada kamu!"

Khairy yang masih lagi menghormati Pak Zahid meskipun Pak Zahid baru sahaja menengkingnya, beredar sambil mengomel rungutan. Tanpa disedarinya, rungutannya didengari oleh semua pelanggan yang berada di gerai itu termasuk Pak Zahid.

"Hmph! bukan garam je lebih"

"HAHAHAHAHA"

Gerai Pak Maslan digegari dengan hilai tawa yang teramat kuat setelah mendengar ayat rungutan Khairy.

Sebaik sahaja menyedari gelak tawa ditujukan kepadanya ditambah pula dengan malu disebabkan sindiran Khairy, Pak Zahid pun beredar dengan kemaluan yang amat besar.

Himpunan Cerita Entah Apa-ApaWhere stories live. Discover now