141141

3.6K 163 31
                                    

Pada suatu hari di sebuah rumah di Jalan Kenanga 1/14, satu jenayah yang dahsyat telah berlaku. Sebuah keluarga telah dibunuh dengan kejam. Ibu, bapa dan seorang kanak-kanak lelaki terbunuh. Satu-satunya yang terselamat adalah seorang kanak-kanak perempuan yang dijumpai bersembunyi di dalam sebuah almari. Namanya Farhana dan dia hanya berusia 9 tahun.

Apabila polis memeriksa mayat, mereka mendapati bahawa si bapa telah meninggalkan mesej di atas lantai dengan darah sebelum dia meninggal dunia. Ia ditulis dengan darahnya sendiri. Pihak polis tidak dapat memahami mesej yang aneh. Ia hanya seolah-olah menjadi satu siri nombor yang rawak.

"141141"

Semua keluarga Farhana telah mati dan dia tidak mempunyai sesiapa untuk menjaganya. Salah seorang dari pegawai polis yang menyiasat kes itu iaitu Koperal Husin telah memilih untuk menjaga Farhana. Dia membawa Farhana pulang untuk tinggal bersama dia, isterinya dan seorang anak perempuannya. Koperal Husin yakin Farhana akan selamat dibawah jagaannya. Malahan pula, Farhana boleh berkawan dengan anak perempuannya.

Pada malam pertama Farhana tinggal di rumahnya, Koperal Husin menemaninya sehingga lewat malam hingga Farhana terlelap.

"Farhana, jangan risau ya. Mulai sekarang, Uncle akan jaga Farhana" Ujar Koperal Husin cuba menenangkan Farhana.

"Panggil Nana sahaja, Uncle. Semua orang panggil Nana, Nana.", jawab Farhana tenang.

"Nana? Baiklah. Tidur ya nak", balas Koperal Husin.

Selepas beberapa hari, seorang penganggur lelaki yang berusia 34 tahun yang tinggal di rumah nombor 14 di jalan itu telah ditahan untuk membantu siasatan. Pihak polis menyoal siasat lelaki tersebut, tetapi dia berkata dia tidak tahu menahu mengenai pembunuhan yang telah berlaku kerana dia jarang meninggalkan rumahnya. Oleh sebab alibi yang tidak menyebelahi lelaki itu, serta bukti-bukti yang ada juga menunjukkan bahawa pembunuhan itu mampu dilakukannya, lelaki itu telah direman untuk siasatan lanjut.

Setelah penangkapan dilakukan, Koperal Husin yang sedikit lega dengan hasil siasatan pihak polis pulang ke rumah. Koperal Husin membawa Farhana duduk di ruang tamu dan memberitahu Farhana bahawa pihak polis mempunyai suspek tentang kes pembunuhan ahli keluarganya. Apabila Farhana mendengar berita ini, Farhana menjadi sangat takut, tetapi Koperal Husin cuba menenangkan Farhana dan berbisik perlahan kepadanya.

"Jangan bimbang, Nana," katanya. "Pengalaman pahit ini akan berakhir tidak lama lagi. Kita akan tangkap orang jahat itu dan dia akan terima hukuman setimpal atas apa yang dia telah lakukan"

Farhana berlalu pergi meninggalkan Koperal Husin di ruang tamu. Sambil Farhana lalu meninggalkannya, Koperal Husin dapat melihat bayangan wajah Farhana pada cermin tingkap rumahnya. Farhana kelihatan tersenyum sinis.

Himpunan Cerita Entah Apa-ApaWhere stories live. Discover now