Sepasang suami isteri sedang membeli-belah untuk musim perayaan yang bakal menjelang. Pusat membeli-belah yang mereka kunjungi dipenuhi orang ramai. Ketika si isteri sedang berjalan melihat barangan yang hendak dibeli, dia terkejut apabila mendapati suaminya tiada disisi.
Dia agak kecewa kerana banyak barang yang perlu dibeli dan mereka kesuntukan masa. Si isteri yang mulai bimbang, cuba menghubungi suaminya menggunakan telefon bimbitnya untuk bertanyakan dimana dia berada.
Dengan suara yang tenang dan lembut suaminya berkata, "Awak ingat lagi kedai barang kemas yang kita pergi kira-kira lima tahun yang lalu?
Si isteri menjawab, "kedai di tingkat satu?"
Si suami menyambung, "Masa itu awak suka sangat dengan kalung berlian disitu tetapi kita tidak mampu"
Dengan suara yang mula bergetar si isteri menjawab, "oh, kedai tepi watson?"
Dengan nada yang makin tenang dan perlahan, si suami berkata, "Masa itu saya memberitahu awak bahawa satu hari nanti saya akan mendapatkannya untuk awak. awak ingat lagi kedai itu?"
Si isteri mulai sebak, mula menangis dan berkata, "Ya, saya ingat kedai itu"
Suaminya menjawab,"Saya di tandas bersebelahan kedai itu"