Aina Nabila

3.7K 252 35
                                    

Aina Nabila merupakan seorang gadis yang aneh dan suka bersendirian. Sikapnya yang aneh dan minatnya terhadap anak patung porcelain menyebabkan dia tidak mempunyai kawan. Beliau mempunyai koleksi anak patung porcelain yang sangat banyak di bilik tidurnya.
Pada suatu hari semasa dia ke kedai anak patung sendirian, dia ternampak anak patung porcelain yang benar-benar cantik sedang dipamer di belakang kaunter pembayaran. Anak patung itu akan menjadi tambahan yang cantik untuk koleksinya. Dia hanya berharap dia mempunyai wang yang cukup untuk membelinya.

"Berapa harga anak patung itu, aunty?", tanya Aina Nabila kepada wanita tua yang menjaga kaunter.

"Anak patung ini bukan untuk dijual", jawab wanita itu.

"Tetapi ia begitu cantik," kata Aina Nabila. "Saya benar-benar mahukannya"

Wanita tua itu mulai geram. "Saya beritahu kamu, ia bukan untuk dijual"

"Mengapa tidak?" Soal Aina Nabila.

"Anak patung itu berpuaka!", jelas wanita tua itu

"Ah, tidak mengapa. Saya tidak kisah", jawab Aina Nabila.

"Saya tidak akan menjualnya kepada kamu, tetapi jika kamu benar-benar mahukannya, ambil sahaja, percuma. Tetapi jika sesuatu yang buruk berlaku, jangan salahkan saya"

"Wah! Ya, terima kasih! "Kata Aina Nabila sambil tersenyum dan mengambil anak patung puaka tersebut.

Aina Nabila begitu gembira kerana mendapatkan anak patung itu secara percuma hinggakan dia berlari-lari anak sepanjang perjalanan pulang sambil memeluk erat anak patung baharunya. Apabila dia tiba di bangunan apartmennya, dia pergi ke lobi. Keadaan sunyi sepi. Tiada sesiapa pun di lobi. Pelik. Selalunya, ramai orang akan lalu lalang di lobi pada waktu senja sebegini. Aina Nabila menekan butang atas untuk ke unitnya di tingkat empat. Dia berdiri di situ menunggu lif untuk tiba.

Pintu lif terbuka dan dia masuk ke dalam sambil memegang anak patung baharunya dengan erat.

Pintu tertutup, tetapi lif tidak bergerak.

Beberapa saat kemudian, pintu lif terbuka semula. Dengan pantas, jari halus Aina Nabila menekan butang tutup pada dinding lif itu.

Pintu lif tertutup semula, namun lif masih tidak bergerak.

Perasaan seram mulai menyelubungi Aina Nabila hingga dia menggeletar ketakutan.

Dia berkata kepada dirinya sendiri. "Adakah anak patung ini benar-benar berpuaka?"

Tiba-tiba dia merasakan anak patung dalam pelukannya itu mula bergerak.

Perlahan-lahan, kepala anak patung porcelain itu berpusing memandang kearah muka Aina Nabila.

Aina Nabila mula takut, dia ingin mencampakkan anak patung itu tapi tidak boleh.

Suaranya juga tidak boleh keluar. Ia seakan-akan tersangkut di tekaknya.

kelopak mata anak patung itu tiba-tiba berkelip-kelip dan terbuka luas memandang Aina Nabila.

Ia merenung Aina Nabila dengan mata kacanya yang tidak bernyawa.

Kemudian mulut anak patung mula bergerak, "Apa? Kau ingat lif ini tak bergerak sebab aku? Kau tak tekan butang tingkat berapa kau nak pergi memanglah tak bergerak, bongok!"

Himpunan Cerita Entah Apa-ApaWhere stories live. Discover now