Kalau perempuan cantik pendiam
Lelaki akan cakap: ciri-ciri isteri idaman.
Kalau perempuan tidak cantik pendiam
Lelaki akan cakap: tidak reti bersosialKalau perempuan cantik buat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman ini. kesian.
Kalau perempuan tidak cantik buat jahat
Lelaki akan cakap: sudahlah tidak cantik, perangai pula buruk.Kalau perempuan cantik tolong lelaki yang diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati !
Kalau perempuan tidak cantik tolong lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak mengorat lah itu!Kalau perempuan cantik dapat lelaki kacak
Lelaki akan kata: ok la. sepadan.
Kalau perempuan tidak cantik dapat lelaki kacak
Lelaki akan kata: kesian. mesti kena bomoh lelaki itu!Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul lelaki itu.
Kalau perempuan tidak cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pun kena reject.Kalau perempuan cantik penyayang binatang
Lelaki akan cakap: penuh kasih sayang. ciri-ciri keibuan.
Kalau perempuan tidak cantik penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang.Kalau perempuan cantik bawa kereta mahal
Lelaki akan cakap: beauty with brain.
Kalau perempuan tidak cantik bawa kereta mahal
Lelaki akan cakap: Lelaki mana yang kena bomoh ini.Kalau perempuan cantik tidak mahu bergambar
Lelaki akan cakap: mesti takut gambarnya tersebar.
Kalau perempuan tidak cantik tidak mahu bergambar
Lelaki akan kata: nasib baik sedar diri. kalau tidak, retak kamera aku.Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh!
Kalau perempuan tidak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: poyo, nak tunjuk caring lah itu!Kalau perempuan cantik tengah sedih
Lelaki akan cakap: janganlah sedih. i kan ada.
Kalau perempuan tidak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: gedik, sikit-sikit nak menangis!