tiga pahlawan

2.5K 127 7
                                    

Tiga pahlawan muda baru sahaja turun dari puncak sebuah gunung setelah tamat menuntut ilmu seni bela diri. setibanya mereka di sebuah pekan, mereka ingin menunjukkan kehebatan diri masing-masing.

Pahlawan pertama berjalan ke sebuah kereta di pekan tersebut dan kembali setelah beberapa minit dengan kesan darah di lengannya.
"Nampak kereta dihujung jalan itu?", tanya pahlawan pertama.
"Nampak", jawab dua temannya.
"Aku dah bunuh semua orang yang ada dalam kereta itu", ujar pahlawan pertama.

Setelah itu, pahlawan kedua pula ingin menunjukkan kehebatannya. Dia pergi ke sebuah hentian bas dan kembali setelah beberapa minit dengan kesan darah di lengan dan bajunya.
"Aku lagi hebat! nampak bas disitu?", tanya pahlawankedua.
"Nampak, kenapa?", soal temannya.
"Aku dah bunuh kesemua empat puluh orang yang ada dalam bas itu", ujar pahlawan kedua.

Pahlawan ketiga yang tidak berpuas hati mula berlari kehujung pekan dan kembali setelah beberapa minit dengan kesan darah diseluruh tubuhnya termasuk mukanya.
"Nampak keretapi yang baru lalu tadi?", tanya pahlawanketiga.
"Nampak!", jawab temannya dengan penuh kagum.
"Shit! aku tak nampak"

Himpunan Cerita Entah Apa-ApaWhere stories live. Discover now