pada suatu hari disebabkan rim yamaha R1 nya yang bengkok kerana terlanggar lopak, awang terpaksa menaiki teksi untuk kerumah so'od. ketika dalam perjalanan awang pun berbuallah dengan pemandu teksi tersebut.
awang: pakcik dah berapa tahun bawak teksi?
pakcik: dah lebih sepuluh tahun dah ni.
awang: kira dari mudalah pakcik bawak teksi? best ke?
pakcik: ha'ah, dari mudalah. mestilah best! kita bos. tak kerja dengan orang. takde orang boleh suruh-suruh kita.
awang: betul gak tu. takde orang boleh suruh-suruh. haa, pakcik, dekat simpang depan tu belok kiri.
pakcik: K