Seorang lelaki di pertengahan 30-an sedang berjalan di kota raya apabila dia ditimpa kemalangan. Kemalangan tersebut menyebabkan hentakan yang kuat di kepalanya sehingga dia koma selama 2 hari. Apabila dia membuka matanya, isterinya berada di sisinya.
Dia berkata kepada isterinya (teary eyed);
"Masa saya belajar dengan awak di universiti, banyak kali saya gagal. Kadang-kadang saya terpaksa mengambil semula beberapa subjek. Awak tetap di samping saya. Menggalakkan saya untuk terus mencuba"
Isterinya lantas menggenggam tangannya sambil menahan tangisan;
"Apabila saya pergi untuk temuduga dan gagal dalam kesemuanya awak tetap di samping saya, memotong iklan pekerjaan untuk saya pohon"
Dia menambah;
"... Maka saya akhirnya mendapat pekerjaan di sebuah firma kecil dan akhirnya mendapat kontrak besar. Tapi tak lama kemudian saya buat kesilapan. Tetapi awak tetap di samping saya. "
Isterinya menitiskan air mata
Lelaki itu menyambung;
"Setelah sekian lama menganggur selepas diberhentikan, saya akhirnya mendapat pekerjaan lain. Tetapi saya tidak pernah dinaikkan pangkat dan kerja keras saya tidak diiktiraf. Saya kekal dalam kedudukan yang sama dari hari saya mula bekerja. Awak tetap di samping saya .. "
Menitis air mata isterinya ketika mendengar kata-katanya.
"Dan sekarang saya ditimpa kemalangan dan apabila saya bangun, awak tetap di samping saya. Ada sesuatu yang saya benar-benar ingin katakan kepada awak ... "
Isterinya lantas memeluknya dengan erat, menangis teresak-esak dek kerana kata-katanya.
Akhirnya si suami berkata;
"Saya rasa awak membawa nasib malang"