bila anak-anak nak kahwin ini, biasanya si ibu yang melebih-lebih. ye dak?
di suatu petang yang hening di Bella Bridal.
awang : mama, kita buat simple-simple sudah lah.
mama : mana boleh, kamu itu anak last mama. kena lah buat besar-besaran. dah itu pula kamu itu dah lah perempuan yang datang pinang.
bella : iya lah puan seri oiiiiii. anak last ni kenalah buat besaq-besaq! (buat kecil-kecilan tak masyuk lah income hakak dik oi)
awek : sayang, kad kahwin ini you dah sure ke nak yang mana? kita ambil yang ini lah. sekeping enam ringgit.
awang : enam ringgit?! mahalnya! buat apa mahal-mahal? pakai manilakad tulis tangan sudah lah.
mama : ah, takpe lah. mama bayarkan. bukan selalu. kahwin sekali je seumur hidup.
awang : siapa cakap sekali?
awek : eeeeeee!!!!! *CUBIT+PULAS*
awang : aaaaaaauuuuuuwwwwwwwwwww!!!! *bunyi serigala*