Rashit

4K 204 31
                                    

Semasa kecil, Rashit merupakan seorang kanak-kanak yang sangat nakal dan malas belajar. Mungkin kerana dia anak tunggal dan kehidupannya yang mewah. Bapanya merupakan seorang doktor pakar bedah, manakala ibunya pula walaupun mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan elektronik memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Mana tidaknya, gaji suaminya sahaja sudah lebih dari mencukupi untung menanggung mereka bertiga.

Di sekolah tiada seorang pun daripada rakan-rakan Rashit yang suka kepadanya kerana kebodohan, kenakalan dan kecuaiannya, terutama gurunya, Puan Sa'adah yang selalu naik hantu dek kerana kelakuan Rashit.

Pada satu hari ibu Rashit datang ke sekolah untuk memeriksa keadaannya di sekolah.
Puan Sa'adah memberitahu ibu Rashit dengan jujur bahawa anaknya merupakan seorang yang sangat nakal dan malas belajar. Puan Sa'adah lantas memberitahu ibu Rashit bahawa Rashit sering mendapat markah yang sangat rendah, dan tidak pernah sekalipun dalam kerjayanya sebagai guru berjumpa dengan budak sebodoh Rashit.

Ibu Rashit terkejut dengan kata-kata Puan Sa'adah. Setelah pulang kerumah, ibu Rashit berbincang dengan bapanya mengenai perkara ini dan mereka membuat keputusan untuk menukarkan Rashit kesekolah lain.

25 tahun berlalu, Puan Sa'adah telah disahkan menghidap penyakit jantung hampir tidak boleh diubati. Semua doktor menasihatkan beliau untuk menjalani pembedahan jantung. Pembedahannya sangat rumit dan berisiko tinggi. Hanya ada seorang doktor diseluruh negara yang mempunyai kepakaran melaksanakannya. Tiada pilihan lain, Puan Sa'adah memutuskan untuk menjalani pembedahan tersebut.

Pembedahan itu berjaya. Namun begitu, kerana pembedahan tersebut besar, Puan Sa'adah banyak kehilangan darah dan masih memerlukan mesin sokongan hayat buat beberapa hari.

Apabila Puan Sa'adah membuka matanya selepas pembedahan tersebut, dia melihat seorang doktor muda kacak tersenyum manis padanya. Dia mahu berterima kasih kepada doktor, tetapi tidak boleh bercakap. Wajahnya mula bertukar menjadi biru, dia mengangkat tangannya, cuba untuk memberitahu doktor tersebut sesuatu tetapi ajal tidak lambat walaupun sesaat. Puan Sa'adah meninggal sebelum sempat dia mengatakan apa-apa kepada doktor tersebut.

Doktor terkejut, tertanya-tanya apa yang salah tiba-tiba. Kemudian dia berpaling dan melihat Rashit, kini seorang janitor di hospital tersebut, telah mencabut plug mesin sokongan hayat Puan Sa'adah untuk memasang pembersih hampagasnya.

Himpunan Cerita Entah Apa-ApaWhere stories live. Discover now