kenapa sesetengah abang/kakak tak suka bermain dengan adik-adik mereka?
bukan sebab mereka benci adik-adik mereka.
tapi sebab adik-adik yang kecil ini kadang-kadang kalau tak dapat apa yang dia nak, menangis tak tentu pasal.
lepas itu mula lah mak ayah marah abang/kakak.
lepas itu abang/kakak sedih, emosi kerana dimarah tanpa sebab.
esoknya mula sindir mak ayah;
"adik pergilah main jauh-jauh sana. jangan kacau abang/kakak main kat sini. nanti kalau menangis, abang/kakak juga kena marah dengan mak dan ayah"lepas itu mak dan ayah pun marah abang/kakak.
"oh, dah pandai menyindir eh!"
abang/kakak makin sedih. bukan sebab dia tak sayang adik-adik dia. tapi sebab mak ayah tak adil.parent kenalah berlaku adil, jangan marah abang/kakak tanpa siasat punca sebenar.
manalah tahu si adik menangis sebab dia tak dapat buka pintu kereta mainan dia. tak memasal abang/kakak kena marah.
jangan sebab si adik masih kecil comel, si abang/kakak dipinggirkan.
bila kena sindir, melenting pula.