"Hanna.. Nastasia.. Arwah adik.. Rayyan?" Mata Harra tak berkelip.
'Apa aku nak buat ni..'
'Tapi.. Sejak bila Rayyan ada adik?' Harra bermonolog sendiri.
"Qamra.." Qamra menoleh. Dia yang sedang berfikir entah apa tah tu, terganggu.
"Rayyan ada adik?" Harra memandang Qamra yang sedang berdiri.
"Haih.. Kau ni.. Nama je classmates, housemates, tapi, pasal Rayyan pun tak tau.." Qamra menjeling ke atas. Tersengih.
"Rayyan ada adik kembar.. Tapi, dua-dua dah meninggal. Sorang sebab excident. Sorang lagi sebab cancer.." Harra tersentak.
Oh.. Mesti budak yang kat dalam gambar tu..
"Que.. Kau balik lah.. Aku nak bercakap dengan Rayyan.." Harra berdiri dari duduk. Dia mengibas-ngibas kain baju kurungnya yang terlekat habuk kecil dan memandang ke arah Qamra.
"Okay.. Apa-apahal call aku okay? Whatsapp ke.." Qamra berpelukan kejap dengan Harra dan melambai sebelum kelibatnya hilang ditelan perut kereta.
'Rayyan..' Harra berbisik sendiri dan menarik beg rodanya mendekati pintu rumah.
"Bismillah.."
××××
"Mbak.. Rayyan mana?" Harra yang terserempak semasa ingin menuruni tangga dari biliknya menegur Mbak.
"Dia ada dalam bilik.. Mbak tak tau kenapa tapi, dia taknak bagi sesiapa pun masuk bilik dia.." Mbak dengan mukanya serba salah bersuara.
"Oh.. Okay, tak pe la Mbak. Thank you.. Mbak rehat la.. Dah malam pun ni.." Harra tersenyum memeluk Mbak dan mengucapkan selamat malam.
Ting Kting..
Bunyi sudu besi berlaga dengan cawan kaca ibarat lagu mengetuk gegendang telinga Harra.
Ting..
Harra mencampakkan sudu tadi kedalam singki. Dulang yang berisi air hot chocolate dan bubur ayam yang Mbak kata ianya kegemaran Rayyan bila demam. Tapi.. Rayyan tak.
"Assalamualaikum.. Rayyan.." Harra mengetuk pintu.
Klik.
Tombol pintu dipulas.
Pintu terbuka.
Harra menjenguk sedikit kedalam bilik berpintu biru itu. Ah.. Nyamannya. Wangi pulak tu..
Kelihatan sekujur badan sedang berbungkus dibawah selimut..
"Laa.. Tidur ke?" Harra meletakkan dulang di atas meja kecil berdekatan dengan katil Rayyan. Tersenyum kelat melihat tubuh yang terbungkus itu.
"Rayyan.." Harra memanggil. Walaupun dia tau Rayyan takkan mendengar.
"Hi.." Lagi sekali..
"Ni, Harra ni.." Harra mencuba lagi.
"Harra nak minta maaf ni Rayyan.. I didn't mean to break your heart.. Qamra dah cerita semua benda tadi.. About.. Hanna.. She.. She is your sister.. Right?" Harra mencuba lagi. Ah, persetankan semua yang bermain difikiran tentang Rayyan takkan mendengar dan dia perlu mengulang semula bila Rayyan sedar nanti.. Yang dia tahu, jasadnya terpejam. Tapi, rohnya masih mendengar.
"Serious ni.. Saya tak tau pun yang Hanna Nastasia tu nama arwah adik awak.. Nama dia.. Hampir sama dengan nama saya. Saya ingat nak buat kejutan untuk awak bila saya balik tu. Sebab Haffiez cakap awak betul betul risau pada saya." Harra menunduk.
"Tapi, cara saya salah.. Haih.." Harra melepaskan keluhan berat.
"Rayyan.. Saya balik bilik dulu ya? Kalau lapar, makan la bubur tu, kalau haus, saya ada dekat depan bilik awak.. Bila-bila je boleh buatkan awak hot chocolate. Saya lupa nak letak dalam thermostat sebab saya ingat awak berjaga.." Harra bersiap sedia untuk beredar dari bilik itu.

YOU ARE READING
Will Change?
RomancePertemuan dua buah keluarga di sebuah cafe yang tak pernah disangka. Dua jasad, dua jiwa, dua hati yang tak pernah seia sekata. Si pembuli dan Mangsa. Benci VS Kelembutan. Ketentuan Tuhan kan? Akhirnya, gadis lemah lembut, Hara Nastasya dan si lipan...