"Tak tegur Harra ke?" Bagai tersentak dari lamunan, Rayyan cemas mengemas meja yang berselerak sebelum menoleh memandang Mummy.
"Hah.. Apa mummy?" Rayyan memandang mummy yang mengambil tempat dikatilnya. Manakala Rayyan berada di meja belajarnya.
"Tak tegur Harra ke?" Mummy mengulang soalan yang sama. Cuma kalini, dengan nada yang meleret dihujungnya.
"Tak.. Nak buat apa.." Rayyan menjawab malas. Kepalanya ditongkatkan memandang Mummy.
"Lepak la.. Macam kawan.."
"You know that we would never been better together." Rayyan memotong ayat mummynya. Bukan biadab. Cuma ego.
"Mummy cakap je.."
"She's falling for others ma.. Malas la Ayyan nak fikir.." Rayyan berjalan mendekati ibunya. Kepalanya dilentokkan di atas riba ibu kandungnya.
"Okay, tak payah fikir. Ni mummy nak tanya, dah mohon mana mana U?
"Ayyan dah hantar dekat USM Penang, USM kelantan, dengan Segi, UIA pun dah mohon.. Nanti malam Ayyan try la tengok mana mana U lagi.."
"Okay Ayyan.. Ni mummy naik ni, mummy nak ajak turun Supper.. Tapi,, em." Mummy terangguk-angguk memandang jam.
"La.. Tak cakap.. Mesti diorang dah tunggu kat bawah.." Rayyan terduduk dan bersedia bangun untuk turun ke tingkat bawah.
"Ataupun dah habis.." Mummy tergelak kecil.
×××
"Hi anak mama.." Harra yang sebok menaip dikomputer ribanya itu menoleh ke arah suara yang menegurnya.
"Oh, hi mama.." Harra duduk bersila membiarkan laptopnya menyala ditepi.
"Dah mohon Uni?" Mama menyoal. "Dah.. Baru je." Harra mengangguk dan menyandar pada ibunya.
"Mohon dekat mana sayang?" Mama mengusap rambut Harra.
"USM, Penang dengan Kelantan.. Segi dengan UIA.." Harra memandang mamanya tersengeh.
"Oh.. Ara preffer nak masuk mana satu?" Mama menyoal mengusap rambut ikal panjang milik Harra.
"Ara nak masuk USM.. Sebab Ara minat Science!" Harra menepuk tangan.
"Ara taknak sambung study luar negara macam along angah?"
"Mama nak Ara pergi ke?" Harra bersuara bagaikan kecil hati. Bantal bentuk hati miliknya dipeluk.
"Bukan macam tu sayang.. Mama tanya je.." Mama tau dia sudah terlepas cakap sampai boleh terguris hati anak bongsunya itu.
"Takpe la ma.. Bukannya dalam Malaysia tak ada Uni yang bagus. Study luar negara bukannya boleh tentukan kita dapat kerja bagus ke tak.. Yang tak study elok-elok pun boleh berjaya.." Harra mengemukakan pendapatnya.
"Ok, lagi lagi?" Saja mahu melayan.
"Lagi.. Lagi kalau study dalam Malaysia.. Dekat dengan keluarga. Kos pun rendah nak balik kampung halaman walaupun Malaysia tengah berada dalan krisis barang semua naik. But it's fine. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri.." Harra menyambung lagi. Siap dengan peribahasa lagi..
"Wah wah.. Kemain lagi dia.." Mama mencubit pipi Harra.
"Hahah. Dah mama suruh lagi lagi.. Ara tambah la lagi.." Harra menggosok pipinya..
"So kalau Ara diterima mana mana college, nanti Ara dapat email la.." Harra mengangguk-ngangguk.
"Okay sayang.. Now, pergi tidur.. Dah lewat ni.."

YOU ARE READING
Will Change?
RomansPertemuan dua buah keluarga di sebuah cafe yang tak pernah disangka. Dua jasad, dua jiwa, dua hati yang tak pernah seia sekata. Si pembuli dan Mangsa. Benci VS Kelembutan. Ketentuan Tuhan kan? Akhirnya, gadis lemah lembut, Hara Nastasya dan si lipan...