18 Plan B

74 3 0
                                    

"Rayyan.."

"Kenapa?"

"Telefon aku.."

"Weh, polis! Harra! Polis!" Rayyan membetulkan duduknya. Cermin mata hitamnya dilurut dan disangkut ke leher baju kemeja hitamnya.

"Encik.."

Harra menggigil semasa Rayyan menegur polis itu dari sebelah tingkapnya.

"Kamu berdua boleh park kereta kat tepi tak?" Encik polis itu menyoal Rayyan dan Harra.

Dahi Harra berpeluh dan badannya sudah sedikit mengeletar.

"Ayyan..." Harra dah menarik belakang baju Rayyan semasa mereka berdua menuruni kereta. Rayyan menoleh ke arah Harra sekilas dan memandang polis yang duduk dibawah payung polis di atas sebuah kerusi.

"Kamu berdua ni dah berkahwin ke?" Polis itu mula menyoal siasat.

"Be.. Belum.." Harra laju menggeleng.

"Sudah tu, kamu buat apa berduaan tu?"

"Er.. Kami dalam kereta je.. Saya baru nak hantar dia ni balik rumah mak dia.. Kami kawan baik.." Rayyan menjelaskan kepada pegawai polis itu. Dan Harra mengangguk laju. Lagi sekali.

"Boleh minta Ic?" Harra baru sahaja berdoa yang pihak polis ini takkan meminta Ic mereka berdua. Tapi, hatinya bagaikan terkeluar setelah mendengar perkataan 'Ic' dari mulut pegawai boroi itu.

I mean, pegawai polis.

"Nah.." Rayyan menghulur Ic miliknya.

"Kamu?" Polis itu memandang Harra.

"Rayyannnn!!!" Harra sudah melutut dan menangis. Matanya dibalik cermin mata besar itu tertutup kecil menangis dan meraung di sisi Rayyan..

"Eh eh.. Harra.." Rayyan mencangkung di sisi Harra.

"Haaaa.. Semua salah kau! Kau main tarik je aku naik kereta! Ic dengan phone aku semua aku tinggall!!!" Harra meraung lagi.

"Eh, eh.. Sayang.. Mana ada la.. Ni haa.. Apa ni.. Ic awak.. Pakai tudung bawal warna hitam.. Tersengih ni.. Tengok.. Rose gold Ip dia.." Rayyan menayang telefon dan Ic Harra..

"Haaaaaa! Rayyan babiiii!!! Kau pergi berambus sekarang!" Harra dari menangis dan terduduk, terus berdiri dan menjerit menyumpah seranah Rayyan. Rayyan hanya tergelak senang hati melihat kekalutan Harra.

"Hahahaha! Yela.. Yela.. Sorry okay? Dah.. Jom pergi.. Terima kasih Encik.." Rayyan mengangguk kepada pegawai polis itu dan memeluk tangan Harra seraya menuju ke kereta mereka.

"Lepas lah!" Harra merentap tangannya dari pelukan Rayyan.

"Harra.."

Harra membuka pintu kereta dan melabuhkan punggung di kusyen dan terus menghempas pintu kereta.

Ah, tak kisah la kereta Rayyan ke apa.

"Well, patutnya, jangan buat macam tu. Treat her well kid. Not played her well.." Polis itu mendekati Rayyan dan menepuk bahu Rayyan beberapa kali.

Harra sudah memeluk tubuh dan membuang pandangan ke arah lain. Mengelakkan matanya dari bertembung dengan mata Rayyan.

Ish.

Sakit hati!

"Harra, please.. I'm sorry?" Rayyan akhirnya bersuara selepas hampir 15 minit kesunyian melanda kereta itu.

"Harra.. I.."

"Nak apa.." Harra akhirnya bersuara. Bersuara malas.

"I'm sorry.." Rayyan masih lagi menagih simpati pada Harra.

Will Change?Where stories live. Discover now