21 Same?!

70 2 0
                                    

(Part ni dia macam dua kejadian satu masa. Harap korang faham.)

"Mamaaa!!!"

×××

"Mummy!!"

×××

"Ara dah dapat email kemasukan Uni!" Harra melaung sambil mendekati Mamanya.

×××

"Ayyan dah dapat email masuk U mana myy!!" Rayyan memeluk mummynya.

×××

"Dapat Uni mana sayang?" Mama dan Mummy menyoal.

×××

"USM Penang!"

Disana, Rayyan tersedak.

Disini, Harra terbersin.

×××

"Relax anak mama, hahaha.. Ni sampai bersin bersin.. Duh.." Mama menarik lengan Harra kedapur dan menyediakannya secawan green tea. Dan sepiring strawberry yang mereka beli semasa bercuti di Cameron Highland semalam.

"Congratulation honey.." Mama meletakkan cawan berisi hot green tea dan sepiring strawberry dan satu mangkuk kecil chocolate cair. Yumm.

"Hehehe.." Harra menyalut sedikit coklat pada strawberry yang dicucuk dengan lidi dan akhirnya selamat masuk kedalam perutnya.

"Bila bolehh daftar?" Mama menyoal menyentak Harra yang sedang enak dilamun ke enakkan strawberry chocolate.

"Next week.." Harra sambung menikmati strawberry chocolatenya.

×××

"Daftar next week.. Nak start classnya bila?" Mummy menyoal Rayyan.

"Aaa... Next weeknya tu la.. Lepas daftar.." Rayyan memandang mummynya yang sibuk menyiapkkan pizza homemadenya.

"Banyaknya mummy masak.. Nak buat apa.. Abang bukannya nak balik pun kan.." Rayyan menongkat dagu.

"Oh, mummy ajak family Harra datang rumah. Makan sekali.. Well, papa Harra tak ada sama la papa Ayyan tak ada.. So, saja ajak.. Bosan.." Mummy bersuara sambil menguli tepung di dalam bekas.

"Oh," Rayyan menjawab acuh tak acuh.. Sambil tangannya ligat menscroll timeline..

"Ok, pergi la siap.."

"Kenapa? Nak gi mana?" Rayyan memandang Mummynya yang sedang melenyek tepung adunan sekilas.

"Ayyan ni.. Kan mummy cakap mama Harra dengan Ara nak datang.." Mummy memandang Rayyan sebelum berjalan ke peti ais mengambil tiga jenis cheese yang dibeli pagi tadi.

"AJAK HARRA DATANG RUMAH?!" Rayyan menjerit dalam pada masa itu,

"Omak kau meletop!" Mummy melatah.

"Ayyan!" Mummy menjerit kecil memandang anak mudanya itu.

"Mummy tak cakap pun Harra nak datang rumah!"

"Tadi.. Mummy.. Dah.. Cakap.." Mummy memandang Rayyan malas. Mukanya kosong.

"Er.. Sorry mummy!" Rayyan memeluk ibunya.

"Sokay.."

"Bila depa nak mai.."

"Sat gi pas Zuhur.." Mummy sambung menyalut tiga jenis cheese, cheedar, mozarella dan menyalut cheedar serta mozarella dengan cheesedale sebelum membalutnya dengan gulungan untuk bahagian tepi pizza.

"Okay.. Ayyan pergi siap kejap.." Rayyan mengucup pipi tua itu dan berjalan menaiki tangga ke biliknya.

×××

Will Change?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang