14 Lil Sis.

100 5 0
                                    

"Bagi tau apa?"

"Bagi tau yang sistem pencernaan Hanna ada masalah.."

××××

"Hai Arrdin, hai Marlin.."

"Hey.. Cemana anak aku?"

Ardin, daddy kepada Rayyan. Marlin pula, mummy Rayyan.

"Aku.. Macam mana nak cakap eh.. Anak kau punya bahagian perut ada infection.. Kemungkinan besar dia tertelan najis masa dalam kandungan.."

Ardin dan Marlin tersentak.

"Dah tu? Anak aku tak dapat diselamatkan lah?!" Ardin cemas.

"Kalau masa delivery tu dah check awal-awal, anak kau boleh selamat.. Tapi.. Anak kau dah 5 tahun.." Doktor menggeleng.

"Boleh aku tengok anak aku?" Ardin menyoal.

"Boleh.."

"Pa!" Ardin menoleh. Kelihatan kedua anak lelakinya berlari ke arah mereka berdua.

"Bang.. Ayyan bang.." Marlin memeluk lengan Ardin. Dah tentu Ayyan akan jadi gila pada hari itu kalau dia tau yang adiknya sakit..

"Pa! Myy! Adik okay??!" Ardin membalas pandangan dengan Marlin. Dengan secara tiba-tiba, peluh merembes keluar dari dahi. Ah, Rayyan ni..

"Er..." Muka Haffiez serba salah.

Ah, salah dia jugak balik dengan Rayyan terlalu awal..

"Nak tengok adik.. Boleh tak?" Rayyan menyoal Ardin dan Marlin. Matanya nampak letih.. Dan.. Ketakutan.

Lalu, Marlin memeluk lengan Rayyan dan dengan bismillah meniti dibibir..

Mereka melangkah masuk kedalam wad tertera nama 'Hanna Nastasia Binti Ardin dan Affifi Aqmal Bin Ardin'

Di bilik Hanna dan Affifi, Rayyan perlahan-lahan mendekati adiknya yang terkulai layu. Affifi pula sedang lena enak dibuai mimpi. Keletihan mungkin, kerana semalaman berjaga membuat pemeriksaan kepada mereka berdua.

"Hanna.. Abang datang ni.." Rayyan duduk dikerusi sebelah katil Hanna.

"Hanna, abang tau.. Hanna kan kuat? Kalau tak pun, Hanna tetap kena kuat ok.. Abang janji, abang akan jaga Hanna.."

"Hanna.. Abang datang ni.. Bangun la Hanna.. Abang rindu Hanna.. Dah dua hari Hanna tak bermain dengan abang. Abang rindu.." Suara Rayyan bergetar. Kedua ibu bapanya dan abang sulungnya hanya mampu melihat seorang abang tak terhenti kasihnya.

"Hanna.. Hanna nak ice cream tak? Hanna kan suka ice cream? Ice cream pelangi.. Abang pergi belikan eh?" Rayyan berdiri dari duduknya.

"Hanna tunggu abang ok?" Rayyan mengucup dahi adiknya dan berlari keluar menuju ke kafe.

××××

"Nah, abang dah belikan ice cream pelangi untuk Hanna! Bangun la Hanna!" Rayyan tersenyum kelat melihat wajah adiknya yang tak beriak.

"Abang.. Abang belikan ice cream pelangi untuk Hanna je? Untuk Affifi?" Affifi mengiring kan tubuhnya dan menghadap Hanna dan Rayyan.

"Tak lah.. Abang beli ni, untuk Affifi jugak. Nah!" Affifi mencapai huluran ice cream dari tangan Rayyan..

"Hanna.. Tengok tu.. Hanna bangun la! Tengok abang Hanna makan ice cream. Hanna tak mau ke?" Rayyan menggoyang-goyangkan batang ice cream di depan muka Hanna.

"Hanna.. Bangun la.." Rayyan letih. Akhirnya, air mata.. Seorang lelaki merembes keluar dari kelopak matanya yang sedia kuyu.

"Hanna.. Hanna tak rindu abang ke? Abang rinduu... Rindu sangat dengan Hanna.. Hanna bangun please.." Rayyan meletakkan kepalanya ke atas ruangan katil di sebelah Hanna. Tangan Hanna yang tercucuk jarum air digenggam perlahan.

Will Change?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang