34 Sick And Suck

76 6 0
                                        

"Harra.. Sabar la.. Rayyan akan o..."

"Diam la Riz! Diam! Aku taknak dengar apa-apa! Semua salah aku! Salah aku!! Salah aku!!" Harra menumbuk-numbuk kepalanya. Kakinya dirapatkan ke dada.

"Harra... Kau sabar la.. Bukan salah kau pun.. Rayyan sebenarnya.." Bahu Riz disentuh. Jai menggeleng.

"Semua salah aku.. Semua salah aku!" Harra menangis dan menangis lagi.

Klack. Plup.

"Doc! Doc! Rayyan macam mana?" Harra menyerang lelaki berpakaian kot makmal putih itu.

"Rayyan.." Mata doktor itu tertancap pada benda di belakang Harra.

Jai dan Riz.

Menggeleng dan memaksa doktor jangan berikan Harra apa-apa maklumat pun.

"Rayyan.. Okay. Ya. Dia okay." Doktor mengangguk-ngangguk. Dah biasa dah kena situasi macam ni,  bisik hati doktor itu.

"Betul ke? Boleh saya jumpa dia?"

"Buat masa ni, Rayyan perlukan rehat yang cukup." Doktor itu memandang Harra lemah.

"Hm.. Baiklah.. Saya.. Akan tunggu di sini.." Sebaik Harra duduk, seorang nurse keluar dari bilik Rayyan dan berbisik sesuatu pada Doktor itu.

"Baiklah.." Dia mengangguk dan Nurse tadi berlalu pergi.

"Jai, dan.. Riz? Rayyan nak jumpa kamu berdua di dalam. Sahaja." Harra kelihatannya kecewa.

×××

Rayyan's POV

"Dude.. You okay bro?" Jai duduk di kerusi sebelah katil aku.

"It's getting worst. Aku.. Harap.. Korang tak kasi tau Harra apa-apa.." Aku tersengeh melihat mereka yang mengangguk tanpa suara.

"Glad to know that you follow my wish..."

"Tapi, Harra macam orang gila kat luar tu weh.. Aku kesian do.."

"Tak apa la.. Dia kan ada Fayyad.." Aku tersenyum kelat.

×××

Author's POV

"Apa yang aku ada Fayyad?!" Harra tiba-tiba menerjah masuk ke dalam ward Rayyan.

"What the hell.." Riz menyumpah seranah kerana dia terkejut dek tindakan Harra yang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam ward keberadaan mereka.

"Harra.." Rayyan memanggil lemah.

"Rayyan! Aku.. Aku dah tak ada apa-apa dengan Fayyad la! Lagipun, dia Sara punya dan aku tak suka pun pada Fayyad!" Terus Jai dan Riz berlari keluar dari ward. Takut kehadiran mereka menganggu pasangan suami isteri tu. Oops.

"Tapi kau anggap aku hanya sebagai kawan baik kau!  Kau fikir aku tak baca ke DM kau dengan Fayyad? Hah?! Aku sayang kau, Harra! Aku sayang kau! Dan rupanya selama ni aku hanya kawan baik kau dan kau tak pernah anggap lebih dari tu! Kau fikir aku berbaik dengan kau sebab aku insaf? Ya! Aku insaf atas sebab aku mula sayangkan kau! Tapi kau? Kau tak nampak pun semua tu!" Air mata Rayyan mengalir. Sama juga dengan Harra. Harra yang sedang terkedu mendengar Rayyan meninggikan suaranya tadi membuatkan dia terdiam terus.

"Harra.. Kau fikir aku sayang kau main-main je ke? Kau fikir, apa yang jadi sekarang ni, main-main je ke? Kau fikir.. Kau fikir yang  kita sama kolej ni, kebetulan ke? Tak Harra.. Semua sebab aku nak jaga kau dan bila dah sedia aku nak hidup dengan kau sampai bila-bila.. Tapi.. Kau tak nampak tu.." Rayyan mengesat air matanya laju.

"Tapi tu la.. Perasaan tak boleh dipaksa.. Kan? Aku tak boleh paksa kau suka dan cintakan aku macam mana aku cintakan kau.  Dan aku jugak faham.. Kau tak boleh nak maafkan aku sebab aku buli kau dulu.." Rayyan tersenyum menampakkan gigi taringnya dan lesung pipitnya.

Will Change?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang