31 Kenal

59 3 0
                                    

"Harra.. Harra.." Badannya terasa digoncang.

"Ra.. Kau ni kenapa.. Termenung je.." Suara itu bagaikan mengejutnya lagi.

"Kita dah sampai ke Ray?" Harra bagaikan baru terbangun dari lena. Dia kini sedar yang dia sudah lama termenung, termanggu memikirkan sesuatu.

"Dah.. Lama dah.." Rayyan bersandar. Kini pandangannya melilau disekitar parking lot pelajar Campus itu.

"Ok, jom la turun.. Sorry buat kau tunggu.." Harra sudah membuka tali pinggang keledar dan mula membuka pintu. Selangkah kakinya mula menapak keluar, tangannya ditarik.

"Kau kenapa?" Tiba-tiba Rayyan menyoal.

"Takde apa la.. Aku ok je. Kenapa?" Harra berdalih. Padahal, dalam otaknya ligat memikirkan tentang satu hal itu.

Siapa perempuan tu? Kenapa dia rapat dengan Fayyad... Hatinya digaru rasa ingin tahu.

"It's okay la. Kau taknak cerita takpe. Jom, balik bilik. Perempuan tak elok berjemur embun." Rayyan menelek jamnya sekejap dan terus keluar dari kereta.

Semasa mereka berjalan beririgan ke block asrama.. Rayyan cuba bersuara.

Tetapi.. Gagal.

Sehingga jalan mereka yang akan berasingan untuk ke dorm perempuan dan lelaki.

"Thanks.. Teman aku tadi.. Aku balik dulu eh.. Bye.." Harra mula melangkah pergi. Tetapi sempat Rayyan menarik tudungnya. Ya. Tudung Harra.

"Kau bengap ke apa tarik tudung aku?! Ish!" Harra memberontak!

"Hehehe.. Sorry.. Nak tarik tangan tak boleh. Kau pergi sinsing lengan baju. Aku tarik la tudung.." Rayyan tersengeh. Muka Harra memerah.

Alamak! Bila aku sinsing lengan baju ni?! Terus Harra menurunkan lengan bajunya dari terus terdedah.

"So.. Harra.." Rayyan mula bersuara selepas kelihatan Harra sudah menurunkan lengan bajunya.

"Kalau ada apa-apa.. Kau cakap la dengan aku. You know that you could believe in me. And you know I'm a good listener.. Jangan pendam.. Nanti kau sendiri sakit.. Okay?" Harra terkedu mendengar bait-bait yang keluar dari mulut Rayyan yang tersenyum manis. Dia.. Tau apa-apa ke?  Harra hanya mengangguk kecil dan melambai pergi ke bilik masing-masing..

Klack!

"Hai.."

"Harra!"

"Hah.. Kenapa ni?" Harra keliru. Tiba-tiba je dorang ni..

"Kau tau tak? Our hot senior tu nak kau duduk sebilik dengan dia!!" Yasmeen dan Najla menjerit serentak.

"Hah? Siapa?" Harra pelik. Siapa pulak dah senior hot yang kenal freshman junior macam dia ni..

"Saraa!!" Mereka berdua menjerit lagi serentak.

"Sara?!"

"Yes. Me. Hai Harra!" Harra menoleh. Macam mana dia boleh masuk? Desis hati Harra. Dan matanya tertancap pada pintu. Oh, lupa nak tutup pintu balik tadi.. Harra mengangguk-ngangguk.

"Angguk apa?" Tiba-tiba suara Sara menerjah gegendang telinga Harra.

"Ah.. Ha.. Takde takde.. Aa.. Sen (Singkatan untuk senior dan Senpai) Yasmeen dengan Najla kata Sen nak saya duduk sedorm dengan Sen?" Harra menyoal kembali.

"Yes! Why not?!" Sara tersengeh..

"Er.. Kenapa eh? Saya ada buat salah apa-apa ke sampai nak kena buli dengan Sen?" Harra takut. Yela.. Macam tak biasa baca dalam novel melayu?

Will Change?Where stories live. Discover now