"Yeay! Camping!" Harra menjerit mengelinjang didalam bilik. Sesuai sangat la kakinya pun sudah sembuh sepenuhnya.
"Eh.. Alhamdulillah.." Harra duduk di lantai. Meraup mukanya. Sebagai hamba yang dibanjiri dengan dosa, setiap pagi, bersyukur lah. Sebab, Allah masih bagi peluang untuk kita bernafas dan bertaubat.
Harra mencapai tuala mandi dan terus mencorobohi bilik air didalam bilik itu.
(Menceroboh bhai..)
"Hey kau.. Selalu memandang ku selalu mengejar ku.. Apa sebenarnya.. Yang kau mahu?" Harra menyanyi kecil sambil membalut rambut yang basah di depan meja solek.
"Aku nak kau siapkan sarapan. Cepat." Harra membuka aplikasi Whatsapp dan klik kepada chat yang baru sahaja masuk.
'Erk.. Kuat sangat ke aku nyanyi?' Harra menggigit kuku.
Selama empat hari ni, aplikasi itulah yang menghubungkan mereka. Ah.. Kenapa..
"Ok." Harra menekan butang berwarna hijau ditepi skrin.
Shawl dililit simple.
Harith Rayyan
'Online'Nak makan apa?
Buatkan aku hot chocolate dengan pancake. Haffiz balik harini. Masakkan lebih sikit.
Seen.
"Pancake eh? Hafiz pun balik harini.. Ok lah.. At least ada orang jaga Rayyan." Harra berbisik pada dirinya sendiri.
Satu..
Dua..
Satu..
Dua..
Satu..
Dua..
"Yeay! Siap!" Harra menepuk tangan tersenyum melihat pancake berbentuk bulat itu.
Nutella, Butter, Madu dan Syrup diletakkan diatas meja bar. Tiga pinggan berisi pancake diletakkan diatas meja.
"Harra.." Harra mengangkat wajahnya memandang gerangan yang memanggil namanya.
"Oh.. Mbak.. Kenapa Mbak?" Harra mendekati Embak yang membawa baldi kecil berisi air dan tuala kecil. Sapu tangan kot.
"Dah siap sarapan ke Harra?" Mbak meletakkan baldi ditepi sinki dan mencuci tuala kecil itu terus dibuang air yang terisi didalam baldi. Sesudah itu, dia ke peti ais.
"Ha.. Dah siap Mbak.. Rayyan mana? Dia yang suruh saya masak ni.." Harra memandang Mbak sekarang sedang mengisi ais kedalam baldi berisi air.
"Rayyan dalam bilik.."
"Mbak.. Saya pergi camping tau kan harini?" Harra memotong cakap si tua.
Aip. Harra.
"Oh. Sorry Mbak.. Rayyan taknak turun makan ke? Mbak taknak makan?" Harra memeluk lengan Mbak yang sedang memegang baldi.
"Rayyan demam.." Mbak berkata perlahan. Susah. Sangat susah untuk si putera itu jatuh sakit. Dan bila dia jatuh sakit.. Tentu akan melarat. Teruk.
"Hah? Demam? Rayyan? Demam? Eh.. Mbak ni.. Buat lawak dengan saya ke Mbak? Saya sekelas dengan dia, dia tak pernah tak datang sebab demam Mbak.." Harra memukul lembut bahu Mbak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Will Change?
RomancePertemuan dua buah keluarga di sebuah cafe yang tak pernah disangka. Dua jasad, dua jiwa, dua hati yang tak pernah seia sekata. Si pembuli dan Mangsa. Benci VS Kelembutan. Ketentuan Tuhan kan? Akhirnya, gadis lemah lembut, Hara Nastasya dan si lipan...