28 Uni Days

70 4 0
                                    

"Anak mama belajar elok-elok ya sayang? Mama tau anak mama ni pandai dan boleh berjaya.." Mama tersenyum tapi matanya sudah berkaca.

"Tah Ara.. Belajar elok-elok tau. Along tau kau boleh buat. Alah, takat psychology.. Petik jari jaa.." Along tersengeh sambil menggosok tudung Harra. Harra merengus geram.

"Tau tak berapa lama Harra nak bentukkan tudung ni?" Harra menjeling sebelum dia ditarik kedalam pelukan abang long nya.

"Berambus tudung awak tu. Meh sini kat angah pulak.." Angah mendepa tangan.

"Angah tau Ara pandai macam angah kan. Papehal, Ara whatsapp je angah. Nanti angah reply. Kalau angah tak busy la. Huhu. Kita sama course kan. Hehe.." Angah tersengeh sebelum dahi Harra dikucup lembut.

"Pa.." Harra berdiri didepan papanya.

"Dah besar dah anak papa.." Pendek saja ayat papa. Tapi masih boleh membuatkan mata Harra berkaca.

"Besar laaa.. Macam papa! Sado macam papa!" Harra tergelak. Perkataan sado itu saja ditekannya. Padahal papanya berperut boroi. Hahaha.

"Perli papa eh! Haha. Ok lah sayang.. Papa tau anak papa sorang ni hebat. Belajar rajin-rajin. Cari kawan baik-baik. Kalau tak pun, kawan dengan Rayyan je. Papa restu." Papa tersenyum kambing.

Rayyan menoleh. Seakan mendengar namanya disebut.

"Apa pandang-pandang? Pergi jejauh sana!" Harra menghalau. Tapi akhirnya dia tergelak kecil melihat Rayyan yang menjelingnya dan menjelir lidah padanya.

"Macam tu papa nak harapkan dia jaga Harra? Huru-hara Harra jadinya. Hahaha.." Harra tergelak sebelum dia memeluk papanya erat. Sayang sangat dekat si tua itu. Tanpa papa dan mama, tiadalah dia di dunia. Alangkah kasihannya mereka yang sudah tiada ibu bapa. Hargailah ibu bapa anda :)

"Along dengan angah terus fly back ke macam mana?" Harra memandang kakak dan abangnya.

"Taklah. Stay rumah dua tiga hari dulu kot. Penat la.. Lagi-lagi angah ni.. Dah la gemuk. Lagi penat.." Along menjawab bagi pihak angah. Padahal angah tak cakap apa-apa pun.

"Kau diam la. Kau tu, macam lidi. Tak cukup makan agaknya dekat German. Err.." Angah menjeling dan tangannya sudah bersedia untuk mencubit along.

"Taik hang la ngah! Sakit la gila!" Along menjerit kecil. Menarik perhatian keluarga disebelah. Keluarga Rayyan. Kelihatan Haffiez juga memandang ke arah mereka.

Dan tak semena-mena, keluarga Rayyan datang menjenguk keluarga Harra.

"Rayyan, jaga anak uncle elok-elok.." Suara papa Harra memecah sunyi antara kedua keluarga itu.

"Jenis tak boleh harap Rayyan ni. Nak jaga Harra konon.." Harra menjeling. Padahal muka sudah memerah.

"Takpe uncle. Serahkan semuanya pada saya, saya akan jaga Harra baik-baik." Rayyan menepuk dada bidangnya dan tersenyum riang.

"Ingat Rayyan. Jadi apa-apa dekat adik along, along cari kau dulu tau.."

"Habis, kalau jadi apa-apa dekat Ayyan?"

"Pandai la kamu hidup. Huhu.." Along tersengeh.

"Tau la, takde siapa sayang Rayyan.." Rayyan bersuara lemah.

"Tak kisah la Rayyan. Kami sayang anak-anak kami. Dah.. Jaga diri ya? Diorang dah panggil dah tu.." Mommy tersenyum dan mencuit hidung Rayyan.

"Hehe.. Takde la. Pandaila kami jaga diri. Pandaila saya jaga Harra. Kami minta diri dulu ya.." Mereka berdua bersalaman dengan kedua keluarga itu dan bergerak terus ke dorm masing-masing mengambil barang keperluan dan meletakkan barang yang tak diperlukan.

"Harra.. Telefon kau silent tak?" Rayyan menyoal dalam perjalan ke dorm.

"Haaa.. Tak.." Harra mengeluarkan telefonnya dan melihat bahagian atas skrinnya.

"Ok. Aku hantar kau sampai simpang block lelaki dengan perempuan. Nanti jumpa kat sini eh. Aku call kau angkat tau! Id card jangan lupa!" Rayyan mengingatkan sebelum mereka berpecah ke jalan yang berlainan. Kebanyakkan pelajar berpusu-pusu mencari dorm masing-masing. Maklumlah, tempat baru. Walaupun dah pergi sekali nanti lupa jugak.

"125,125.." Harra menilik setiap pintu dorm disitu. Oh, tu dia!

"Hi?" Harra menegur seorang gadis yang sedang berdiri didepan pintu biliknya. Mukannya bercahaya melihat Harra.

"Awak bilik sama dengan saya eh?!" Harra mengangguk pelik melihat keterujaan gadis itu.

"Thanks god! Hampir 20 minit saya tunggu roommate saya. Kunci saya tertinggal dekat dalam.." Harra tergelak kecil.

"Kejap ya. Saya bukak.." Harra memasukkan kunci kedalam tombol pintu dan dengan dua kali godekkan dilubang kunci, pintu terbuka.

"Thank you awak! Nama saya Yasmeen Hani!" Dia menghulur tangan untuk bersalaman.

"Hi, nama saya Harra Nastasya.." Harra menyambut salam Yasmeen dan terus meletakkan beg sandangnya.

I got a heart full of rythm,
The beats with no pain,
I got a melody stuck in my brain,
The best..

"Hello.."

"Oh, kejap-kejap. 3 minutes."

"Okay, bye.." Harra menekan skrin dan segera mencapai buku nota didalam beg bodyglove besarnya, telefon, dompet dan Id card terus disimpan kedalam beg sandang playboy.

"Awak pergi dewan dengan siapa?" Harra menyoal Yasmeen yang sedang sibuk mencari sesuatu didalam begnya.

"Saya pergi dewan dengan Senior Najla kot.."

"Siapa Senior Najla?"

"Hi. Saya Najla." Harra menoleh dan kelihatan seorang gadis bertudung bawal berwarna pink sedang tercegat didepan pintu.

"Jom Yasmeen.. Eh, awak Harra kan?" Harra mengangguk.

"Ok, awak nak pergi dewan dengan kami ke?" Najla mempelawa.

"Takpelah, kawan saya dah tunggu dekat depan sana tu.. Kita jumpa lepas ni eh, by the way, boleh saya dapatkan number telefon awak berdua?" Harra mendekati Najla dan Yasmeen dengan telefon ditangan.

Dan sekejap saja number mereka berdua sudah disave kedalam telefon Harra dan number Harra sudah disimpan kedalam telefon mereka.

"Ok, jumpa lepasni!" Harra tersenyum dan berjalan keluar selepas memastikan bahawa mereka berdua pun sudah membawa kunci bersama mereka.

"Lambat seminit.."

"Sorry la. Macam la kau takde roommate nak layan.." Harra berjalan beriringan dengan Rayyan.

"Roommate aku budak nerd." Rayyan tiba-tiba membuka cerita.

"Yeke? Alahai.. Kesian kau. Huhu.. Roommate aku sporting and nampak comel je.." Harra pula bercerita tentang Sen. Najla dan Yasmeen.

"So, boleh la aku nak kenal dioarang?"

"Nak buat apa?" Harra mendongak menjeling Rayyan sebelum memfokuskan jalannya.

"Saja. Mana tau jodoh." Dan Harra terus berjalan laju meninggalkan Rayyan.

"Eh, eh! Harra! Tunggu aku!" Rayyan berlari anak mengejar Harra. Lantas, lengan Harra ditarik lembut.

"Jangan la jealous. Aku main-main je la.. Ish.. Cepat jealous sangat kau ni.." Rayyan meletakkan tangannya diatas bahu Harra.

"Takde masa la aih aku nak jealous. Buang masa!" Harra menjeling dan menjarakkan diri mereka. Tapi, Rayyan masih tetap nak mengendeng Harra.

"Sebok la!"

"Biarla.. Tau la jelaous!" Rayyan masih membuka cerita tentang Harra jealous dan akhirnya lengan Rayyan menjadi tempat Harra membuat senaman jari dan tangan yang dinamakan senaman cubitan. Rayyan terkekek dan mengaduh sakit.

……………………………………

Hi! Hehe.. Tetiba idea datang mencurah-curah! Enjoy!

Goodnight!
Much hug and kisses,
Fathh.

Will Change?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang