"Yes! Sihat je. Cuma demam tak kebah tambah batuk.." Jai dan Riz hanya tersandar di dinding melihat drama yang dilayarkan secara lansung itu.
"Oh.. Takpela.. Makan ubat ok? Ni ha.. Sen Sara dengan Fayyad datang.. Nak melawat kau.." Sara dan Fayyad melangkah masuk ke dalam wad.
"Hey dude.. Ssup? Kau ok tak?" Fayyad bersalaman dengan Fayyad dan hanya tertunduk memandang Sara.
"Ok je bro. Ada apa-apa ke?" Rayyan menyoal. Yela. Tetiba datang macam orang rapat pulak.
"Takde apa.. Cuma risau la jugak. Pape jadi kang.. Memasal ada yang kecik tu kemurungan sebab kau sakit.." Fayyad dan Sara tergelak kecil menjeling Harra.
"Benda do.." Harra membuat muka.
×××
"Kau sure kau okay nak pergi kelas ni?" Jai menyoal.
"Yela.. Aku bukannya nak mati lagi pun.."
"Mulut.." Riz membaling bantal pada muka Rayyan.
"Hahaha. Takde.. I mean.. Yea.. I'm fine.." Rayyan menggosok belakang tengkuknya sambil tersengeh kerang busuk.
"Tau la rindu Harra." Jai dengan Riz tergelak kecil dan memberikan high-5 sesama mereka.
"Kau boleh blah tak?" Rayyan menjeling.
"Kau taknak blah, aku blah.. Bye.." Rayyan menggalas beg dan terus keluar.
"Tak sabar nak jumpa Harra la tu.. Hahahah!" Rayyan yang mendengar dibalik pintu hanya tersengeh.
×××
"Hey.."
"Teka siapa.."
"Hahaha.. Rayyan.." Tangan Rayyan lari dari menutup mata Harra dan menarik kerusi duduk di sebelahnya.
"Kau kenapa tetiba sengeh-sengeh macam kerang busuk ni.. Haha.." Harra pelik melihat perangai Rayyan yang tiba-tiba berubah sejak keluar dari hospital.
Terlebih makan ubat la tu.. Harra tergelak kecil..
"Apa yang kelakar sangat tu.." Tiba-tiba Rayyan menegur.
"Takde apa.. So, lepas ni, ada kelas tak?" Harra sambung memandang telefonnya.
"Jadual kita kan sama.. our physic class je lain.." Rayyan masih memandang Harra dengan senyuman..
'Haih la Harra.. Agaknya.. Boleh tak aku tengok kau senyum macam ni lagi? Telatah kau..' Rayyan tersenyum kelat.
Uhuk!!
Mata Harra teralih. Kelihatan Rayyan sedang mengesat mulutnya dengan tuala berwarna biru tua.
Mata Rayyan terbuntang sebelum dia membuat riaksi muka biasa kembali sebelum Harra tersedar.
"Kau okay tak?" Harra menyoal pelik.
"Okay je.. Batuk sikit. Busy nampak?" Harra ditegur kerana matanya tidak habis-habis memandang skrin dan tangannya tak berhenti menari di atas skrin telefon.
"Hahaha. Sikit la.. Tapi aku ok je. Eh, kita ada kelas kan? Jom la.." Harra mengemas barangnya dan telefonnya diletakkan di atas meja sementara dia mengemas buku-buku yang berselerak atas meja.
"Baru ingat.. Elokla.. Dah lambat 5 minit dah." Rayyan membuat muka selenga. Sengaja nak lihat Harra kalut macam tu. Padan muka. Palau Rayyan lagi..
"Kau tak cakap kenapa?!" Harra menjeling dan terus menggalas begnya.
"Hehehe.. Padan muka. Siapa suruh tak layan aku.." Rayyan tergelak kecil dan berjalan beriringan dengan Harra.
×××

ANDA SEDANG MEMBACA
Will Change?
RomancePertemuan dua buah keluarga di sebuah cafe yang tak pernah disangka. Dua jasad, dua jiwa, dua hati yang tak pernah seia sekata. Si pembuli dan Mangsa. Benci VS Kelembutan. Ketentuan Tuhan kan? Akhirnya, gadis lemah lembut, Hara Nastasya dan si lipan...