16 Balik?

94 6 1
                                    

Selepas sesi luahan hati semalam, dalam kesenyapan mereka berdua, masing-masing bagai mengetahui arah tujuan mereka.

Ah, nak pergi basement je.

"Rayyan.." Rayyan menoleh setelah kedengaran namanya keluar dari mulut si gadis kecil molek.

"Kau nak nangis ke?" Harra..

Pembimbing Rakan Sebaya sekolah, hampir 12 tahun, senang saja nak kenal orang melalui wajah seseorang.

Rayyan menggeleng.

"It's okay. I won't judge.." Harra tersenyum memandang Rayyan. Yang mukanya sudah memerah.

Sedikit demi sedikit cecair hangat berlari menuruni pipi Rayyan dan bahunya terhinggut-hinggut menahan suara dari keluar meraung didalam kereta itu.

"Takpe, teruskan.." Harra menghalang Rayyan dari berhenti menangis. Sebab sedari tadi Rayyan cuba memberhentikan pengaliran air matanya menggunakan kain sapu tangan miliknya. Tapi, gagal.

"Let is go.. Let it go.. Don't hold it back anymore~" Harra menyanyi kecil semasa menunggu Rayyan berhenti menangis.

Ah, sudah.. Matanya juga terasa panas.

"Takpela.. Aku faham.. Kau hilang orang kesayangan kau. Aku pun pernah hilang orang kesayangan aku. Tapi, tu lah, lumrah. Hidup mati jodoh pertemuan perpisahan semua tu,,," Harra berhenti sekejap. Membetulkan suaranya yang kini bergetar.

"Lumrah hidup. Kau tak boleh halang.." Harra tersenyum memandang Rayyan. Walaupun air matanya sudah jatuh setitik, dua.. Dia tetap tersenyum untuk si teruna.

Takkan la nak ikut sama meraung..

Kena la bagi semangat sikit..

"Harra.." Rayyan bersuara. Hiccup.. Sedu. Sedan.. Masih tersisa.

"Kenapa kau baik dengan aku walaupun.."

"Sebab aku tak rasa kau perlu dilawan. Kau cuma perlu teman.." Harra memotong ayat Rayyan.

"Tapi.."

"Tak pe lah Rayyan.. Dah rasa ok? Nah, wet tissue.." Harra menghulurkan tisu basah pada Rayyan.

Mukanya dilap perlahan.

Cuba menghilangkan kesan air mata.

"Thank you Harra.." Rayyan tersenyum.

Terbatuk-batuk ku jadinya
Melihat dia tersenyum manja
Luluh hatiku melihat dia
Terasa panasnya seluruh muka

Lagu Jangan Jangan oleh wani Kayrie melintas dikepala.

Ah, mukanya membahang. Laju Harra mengalihkan pandangannya.

"Don't mention.." Harra tersenyum. Walaupun dia tau Rayyan takkan nampak.

Takdelah, memain je. Rayyan nampak jugak sebenarnya. Sebab boleh plak terpandang Harra dari side mirror? Apa dahh..

"Nak starbucks sebelum balik?" Rayyan menyoal.

"Treat is on me.." Rayyan menyambung.

"Hee.. Boleh jugak..

××××

"HARRA NASTASYA!!" Harra tersentak dari lamunannya tika dia mendengar namanya dilaung kuat dari tingkat bawah rumah.

Laju tangannya mencapai shawl dan terus menyelempang ke atas bahu. Entah mana pulak pergi tudung sarung tah.. Ish.

"Ye.. Ye Rayyan?" Harra berlari menuruni tangga.

"Aku kata jangan lari kan?" Rayyan sudah berdiri di hujung tangga memeluk tubuh.

Will Change?Where stories live. Discover now