Shawl berwarna biru dipadankan dengan baju kemeja lengan panjang petak-petak paras peha berwarna hitam. Skinny jeans berwarna biru muda telah dililit kemas. Stokin hitam juga disarung elok. Converse berwarna biru tua muat-muat terletak di kaki. Harra tersenyum puas.
"Kau lawa-lawa ni nak pergi mana?" Rayyan menjenguk kepala ke luar. Melihat Harra yang sibuk memandang telefonnya di tepi kolam.
"Kau kata nak keluar.."
"Pakai biasa-biasa dah la.." Rayyan mendekati Harra.
Kemeja biru hitam berlengan pendek dipadankan dengan seluar jeans berwarna hitam. Convers high cut berwarna biru tersarung di hujung badannya. (kaki la)
'Dah kenapa pakai color dengan aku ni..' Harra memandang Rayyan.
Malas nak fikir,
"Biasa je ni.." Harra menilik bajunya semula. Ala... Typical perempuan la kan?
"Ok, jom.." Rayyan sudah menapak dulu kedepan dan Harra bangun menyilang beg slingnya dan berlari-lari anak mengejar langkah Rayyan. Dah la kaki panjang..
"Makan bingsu?" Rayyan menyoal semasa mereka telah berada didalam kereta.
"Makan.." Harra menjawab. Nadanya mendatar.
Keretanya laju meluncur. Entah kemana arahnya.
"Ok. Kita pergi minum starbucks."
'Aii? Tadi kemain tanya makan bingsu ke tak.. Baru ingat pintu rezeki terbuka. Tekdongsin punya Rayyan..' Harra akhirnya membuang pandangan keluar tingkap memandang kereta yang turut laju cuba memotong Rayyan. Tapi, sebab Rayyan pun ego, tak boleh nak menang la kereta tu..
Eh...
Rayyan memperlahankan keretanya dan memasuki lorong tengah. Dan membiarkan Axia tadi didepan.
100km/j
Perlahannya..
Harra membuat muka.
Ioi City Mall, Putrajaya.
Rayyan membawa keretanya laju ke arah parking basement. Taknak kereta kena sinaran cahaya matahari katanya..
My innocence is wearing thin
But my heart is going strong..
So call me, call me..
Miss moving on~"Hello.." Harra tersenyum puas melihat pemanggil di skrin.
"Oh, aaa.. Harra dekat luar ni.."
"Er.. Dengan Rayyan?" Suara Harra seperti menyoal.
Rayyan yang sudah memarkir kereta memandang Harra.
"Oh.. Okk.. Next week eh? So, Harra boleh balik rumah sehari atau dua hari sebelum ma balik la?"
"Okay ma.. Thank you.. Bye.. I love you.." Harra masih tidak lekang dari senyuman. Butan merah ditekan.
"Kau balik next week?" Rayyan masih lagi memandang Harra menyoal dengan suara yang sakarstik.
"Haah! Mama dengan Mummy kau ada hal dekat sini. Lagipun kau kan demam.. Diorang risau.."
"Eh, I mean, your mom risau.." Harra tersenyum memandang Rayyan..
"Oh.. Okay."
××××
"Nak apa?" Rayyan menunduk memandang Harra yang rendah banyak daripadanya.
"Er.. Ikut kau la.." Harra seakan tidak percaya yang dia berada di situ.
"Okay, kau pergi la cari tempat kat mana-mana kalau boleh jauh dari orang. Aku tak suka.."
YOU ARE READING
Will Change?
RomancePertemuan dua buah keluarga di sebuah cafe yang tak pernah disangka. Dua jasad, dua jiwa, dua hati yang tak pernah seia sekata. Si pembuli dan Mangsa. Benci VS Kelembutan. Ketentuan Tuhan kan? Akhirnya, gadis lemah lembut, Hara Nastasya dan si lipan...