40 Emergency

112 3 0
                                    

"Nurse! Kita perlukan dua pek darah jenis O! Cepat minta pada ahli keluarganya diluar! Kita perlukan pemindahan segera!" Doktor Ismadi menjerit.

Nurse itu mengangguk dan tanpa berlengah,  dia berlari keluar dan mendapatkan ahli keluarga Rayyan.

"Sesiapa di sini yang sihat dan berdarah O?!" Ahli keluarga Rayyan,  Jai dan Riz berpandangan antara satu sama lain.

"Saya berdarah O tapi, saya ada tuberculosis.." Ayah Rayyan bersuara.

"Saya darah O!"

Mata mereka tertancap pada susuk tubuh yang lengkap berpakaian formal itu. Dia yang tercungap-cungap masih berdiri di depan nurse dan mengabaikan segala jenis pandangan dari semua orang.

"Afiz minta maaf, mommy, daddy, Jai, Riz..  I think,  its necessary to bring her here.." Haffiez fikir,  ianya masa terbaik sebelum apa apa buruk jadi pada Rayyan.  Dia tak mahu sesiapa bersedih hati.

"Nurse,  nurse boleh ambil darah saya!" Nurse tadi mengangguk dan bergegas ke dalam wad kecemasan yang menempatkan Rayyan.

Sesampai sahaja mereka didalam wad yang menempatkan Rayyan itu,  Harra kehilangan kata.  Kehilangan tenaga dan hampir ingin melayang nyawanya.

"Rayyan...."

"Cik,  sila ke duduk di sini ya. Stabilkan nafas cik,  dan saya akan mula transferkan darah cik pada Rayyan ya.." Nurse tadi menyapukan iodine supaya kesakitan dapat di kurangkan dan jarum akhirnya terbenam didalam kulit Harra.

Dahinya berkerut.

×××

Sekerut dahi Haffiez.

"Terima kasih, Haffiez.  Kami tau Rayyan takkan marah kalau Harra ke sini.  Tapi kami cuma tak tau bila masa yang sesuai untuk bawa Harra ke sini." Jai bersuara. Bahu Haffiez ditepuk.

Haffiez tak menyangka semua akan jadi semudah ini. Dia fikirkan kalau dia bawa Harra ke hospital itu,  keluarganya dan sahabat Rayyan akan mengamuk sebab dia tak menepati janji. Tapi.. Kalau dia tau,  dia dah bawa Harra sebelum pembedahan dijalankan tadi.

"Ayyan..  Aku nak kau kuat!" Haffiez berbisik didalam hati.

××××

"Nurse.. Rayyan akan okay ke?" Harra menyoal nurse yang bertugas untuk menjaga Harra.  Kini,  Harra jelas melihat tubuh Rayyan yang kurus hingga menampakkan tulangnya dan kepalanya yang berbalut.

"Ya. Encik Rayyan akan okay,  Cik Harra.  Pembedahan selamat dijalankan sebenarnya. Tetapi tekanan darahnya tiba-tiba tidak stabil.  Kerana pada mulanya,  bacaan pada meter darah adalah normal tetapi tiba tiba sahaja Rayyan kekurangan darah akibat dari ketidaksedaran kami bahawa darah Rayyan adalah sedikit cair dan akan menyukarkan rawatan untuk stage yang seterusnya." Nurse tadi memeriksa tekanan darah Harra pula.  Stabil. Dia terhangguk-hangguk.

"Keluarga Rayyan dah tau tentang keadaan Rayyan?" Nurse tadi menoleh kepada Harra semula.

"Belum lagi.  Sebab kami belum dapat pastikan keadaan sebenar pesakit ini.  Jadi.. Selepas pemindahan darah ini berjaya dilakukan, kami akan berikan keputusannya. Cik Harra berehat lah ya?" Harra mengangguk lemah.  Tiba tiba badannya terasa lemah dan akhirnya terlena dibuai mimpi.

××××

"Saya masih belum dapat putuskan apa apa.  Tapi buat masa ni,  segala proses pembedahan telah berjalan dengan lancar.." Doktor Ismadi bersuara lancar dan tenang sambil membuka cermin matanya dan disangkutkan pada kolar bajunya.

"Tetapi,  kami masih dalam proses menstabilkan keadaan pesakit.  Jadi,  saya harap semua dapat menunggu dengan sabar dan doakan pemindahan darah dapat berjaya. Saya minta diri dulu.  Assalamualaikum." Doktor Ismadi tunduk sebagai tanda hormat sebelum beredar dari kumpulan keluarga itu. 

Will Change?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang