PART 1
"Amy, malam ni on?"
"On." Ammelia tersenyum manis. "Which club for tonight?
"Apa kata kalau kita try Forever Young? I dengar tempat tu baru bukak."
"Tak best. I dah pergi minggu lepas dengan Jay and Honey, that place was so... not our type."
Ammelia menjulingkan matanya ke atas. Rambut panjang yang melepasi bahu itu dibiarkan terbang bebas.
"Like seriously. You tak ajak I pun last week, sampai hati you." Nita dah memuncungkan mulutnya.
"Hello, you yang busy sangat dengan tunang you tu. Don't blame me, ya?" Nita tersenyum saja walaupun telah ditempelak oleh Ammelia. "So, which club? You choose."
"How about B2X? I dengar tempat tu havoc."
"Cool! Been there last week with sweet fiancé. You nak ajak sapa lagi?"
"Jay and Honey. Without them, our night will not be completed." Ammelia tersenyum saat Nita buat isyarat bagus.
"Amy, you nak apa?" Jay bertanya dengan suara yang separuh menjerit.
Muzik di sekeliling mereka amat bingit, namun itu yang mereka cari setiap malam.
"Coke, as usual." Jay mengangguk sebelum berlalu meninggalkan Honey dan Ammelia. Nita macam biasa, lambat.
"Amy, cubalah try benda lain. Asyik coke je. Bosanlah you."
Ammelia cuma tersengih. Walaupun dia liar tapi untuk meneguk air haram di kelab, dirinya keras menolak. Pernah dia mahu mencuba tapi tak sempat nak masuk mulut, dia sudah rasa nak muntah. Entah kenapa. "I tak reti minum benda lain selain dari cokelah, Honey. You macam tak kenal I." Honey tarik muka sebelum kembali tersenyum. "Nah, it's okay. Jom menari." Ammelia mengangguk sebelum membuntuti langkah Honey yang dah masuk ke dalam dunianya sendiri.
"Ammelia, semalam kamu balik pukul berapa?"
Ammelia yang jelas menahan kantuk sekadar tersenyum pada ayahnya.
"Daddy, we'll talk laterlah. Amy dah lambat."
Ammelia mengikat tinggi rambutnya yang terasa rimas. Kepalanya yang berdenyut, tidak dihiraukan.
"Ammelia, bila kamu nak menutup aurat kamu?"
"Daddy, stop calling me by my full name. Amy tak suka." Ammelia merengus sebelum melangkah meninggalkan ruang makan yang cuma menempatkan mereka dua beranak. "One more thing, Amy tak suka berkelubung. Panas!"
"Mummy, I don't know what just happen to our Ammelia. Mungkin daddy yang salah sebab tak didik dia dengan baik." Tuan Zainal cuma mampu mengeluh dengan perubahan sikap oleh Ammelia.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)
"Nita, I'm on my way. You duduk diam-diam dekat situ." Ammelia mengepit telefon bimbitnya dengan bahu sementara tangannya mengeledah mencari kunci kereta.
"Nita, kalau you terus menangis macam ni. It won't get any better." Ujar Ammelia separuh marah.
bersambung