Pimpin aku ke jannah

219 5 0
                                    

PART 21 & 22

PART 21

"Monyok semacam je. Kenapa you?" Nita tersengih pada Ammelia yang berwajah kurang ceria.
"Entah. Perasaan I bercampur-baur. I rasa perkahwinan I dengan Amsyar macam tergantung. I nak tahu, bila dia dapat terima I sebagai isteri dia."
Mati sengihan Nita. "You, you kena sabar. You perangkap dia dengan perkahwinan ni di saat dia sudah bertunang, Amy. So, you kena bersabar."
"I tahu. Memang I perangkap dia, tapi sampai bila kami kena macam ni? I rasa kami berdua jauh."
"Amy, mungkin you rasa macam ni sebab you tak jujur dengan dia. Mungkin sebab you tak ceritakan hal yang sebenar pada dia."
"You nak I cerita pasal I perangkap dia? I bet he will hate me if I tell him the truth."
"Cerita apa? Perangkap apa ni?!"
Jelas batang tubuh Amsyar di pintu pejabat Ammelia. Wajahnya merah, menahan marah mungkin. Dia sudah tidak mampu bersabar. Dia mahu mengajak Ammelia makan bersama namun hasrat hatinya terbantut dengan perbualan Nita dan Ammelia. 'Ammelia rancang semua ni? Ammelia perangkap aku?'
"Amy, I keluar dulu." Nita cepat-cepat berlalu meninggalkan Ammelia dan Amsyar.
"Cakaplah! Perangkap apa yang Ammelia maksudkan!" Suara itu menengking. Tidak langsung dia hiraukan pekerja lain yang tertinjau-tinjau dari luar.
Ammelia dah pucat. Kepala terasa berat. "Amy..."
"Kenapa kau perangkap aku?" Bahu wanita itu dicengkam, kuat. Hilang sudah panggilan Amsyar dan Ammelia. Yang ada cuma kau dan aku.
"Amsyar, sakit!" Kepala semakin berdenyut. Bahu yang dicengkam terasa pedih.

PART 22

"Hati aku lagi sakit, tahu tak? Sampai hati kau buat aku macam ni! Apa salah aku kat kau? Kau sakit hati sangat ke aku tegur kau supaya pakai tudung? Kau memang perosak kebahagiaan aku dengan Ain! Kenapa kau perangkap aku, hah?" Digoncang kuat bahu wanita itu. Wajah pucat itu dia buat tak peduli.
"Amsyar, Amy..." Sakitnya kepala dia. Badan dah rasa ringan. "Sakit."
"Aku benci kau, perempuan!" Dan Amsyar menolak Ammelia lalu dia terus angkat kaki. Tidak mahu berlama di situ.
"Am..." Ammelia terasa dunianya gelap dan dia terus rebah mencium lantai.
Ammelia terasa tangannya dipegang, erat. "Nita?" Sedikit serak suara yang keluar.
"Amy, you dah sedar?" Mata Nita merah. Pipi Nita basah. Ammelia terasa pelik.
"You kenapa? I kat mana ni?"
"You kat hospital. You pengsan lepas Amsyar..." Nita sebak tiba-tiba.
Ammelia diam. "Hei, jangan sedih macam ni. I okey."
"Amy, I harap you tabah hadapi dugaan ni."
"Kenapa ni?" Ammelia tidak sedap hati.
"Puan Ammelia, awak dah sedar?" Seorang lelaki berkot putih tersenyum memandangnya. Tag nama yang ada di baju lelaki itu dipandang sekilas.
"Kenapa dengan saya, Doktor Firdaus?"
"Macam ni, kami dapati ada puan menghidap kanser otak, peringkat yang terakhir. Maafkan kami puan dengan berita ni. Kami sarankan puan jalani kemoterapi." Kata-kata Doktor Firdaus itu umpama halilintar bagi Ammelia.
"Barah otak?" Sungguh, dia tidak menyangka langsung sakit kepala yang ditanggung selama ini membawanya kepada penyakit yang telah meragut nyawa mummynya.
"Amy, sabar." Nita pegang erat jemari Ammelia.
"Saya nak balik." Suara itu perlahan namun tegas.
"Puan, kami..."
"Saya nak balik!" Ammelia bersuara keras. Air mata yang ditahan mengalir.
"Amy."
"Rawatan puan..." Sekali lagi, suara doktor itu dipotong Ammelia.
"Saya tak nak dengar apa-apa. Saya nak balik!"
Doktor itu terdiam. Dia kemudiannya mengangguk.
"Baiklah. Nanti saya bagi preskrepsi ubat pada nurse. Puan boleh ambil ubat di kaunter farmasi."
"Amy, nak I call Amsyar?"

Pimpin Aku Ke JannahWhere stories live. Discover now