PART 33 & 34
PART 33
"Ammelia, esok ibu bawakkan lagi makanan, ya?"
"Tak payahlah ibu. Takut membazir je." Ammelia membalas.
Amsyar kerut dahi. "Kenapa membazir pulak?"
"Percayalah cakap sayang." Ammelia menjawab dengan senyuman.
"Ibu, nak peluk ibu boleh?"
Puan Aminah senyum sebelum memeluk Ammelia kejap.
"Ibu, terima kasih sudi terima Ammelia sebagai menantu ibu walaupun Ammelia tak sempurna. Terima kasih sebab lahirkan lelaki seperti Amsyar untuk Ammelia. Ammelia sayang ibu, ibu jaga diri kalau Ammelia dah tak ada nanti. Jangan selalu gaduh dengan abah ye, ibu?"
Puan Aminah menangis dengan ucapan kudus menantunya itu."Ibu pun sayang Ammelia."
Pelukan dirungkai. Puan Aminah tidak tahu kenapa dia begitu sedih dengan ucapan menantunya itu. Dia biarkan sahaja suaminya memeluk dia."Amsyar. Ammelia. Zainal. Kami balik dululah."
"Ibu, jangan menangis." Ammelia bersuara perlahan saat dia nampak bahu ibu mertuanya itu terhincut-hincut menahan tangis.
"Daddy." Lembut suaranya memanggil ayahnya. Saat Tuan Zainal menghampiri, dia peluk erat lelaki separuh abad itu.
"Ammelia nak minta maaf atas semua dosa yang pernah Ammelia buat pada daddy dulu. Ammelia tau Ammelia bukan anak yang baik, terutamanya selepas mummy pergi. Ammelia conteng arang kat muka daddy. Maafkan Ammelia, ya daddy."
"Kenapa ni sayang?" Tuan Zainal pandang Amsyar yang turut pelik dengan kelakuan Ammelia.
"Daddy, kalau... kalau Ammelia ikut mummy, daddy jangan sedih, tau? Nanti Ammelia tak nak kawan daddy. I love you so much daddy." Air matanya menitik di bahu ayahnya. Dia tidak pasti mengapa dia begitu sedih sekali untuk berpisah dengan ayahnya.
"Daddy, balik nanti. Kirim salam Mak Som. Cakap Ammelia rindu Mak Som." Dan dia terus meraung di bahu ayahnya itu. Manakala Amsyar gusar melihat perubahan sikap Ammelia.
"Sayang."PART 34
"Hmm?" Dia pandang Amsyar yang ada di sebelah kanannya.
"Kenapa sayang peluk semua orang tadi?" Amsyar elus pipi Ammelia.
Ammelia senyum.
"Entah, sayang rasa nak peluk semua orang je dari tadi."
"Abang?"
"Ni sayang nak peluk la ni." Ammelia betulkan duduknya.
"Abang sini. Duduk atas ni. Senang sikit nak peluk."
Amsyar duduk di atas katil lalu terus memeluk Ammelia.
"I love you, sayang."
"I love you too, abang. Terima kasih sebab masih sudi jadi suami sayang." Sungguh, dia sangat bahagia dengan Amsyar.
"Abang."
"Ye sayang."
"Nyanyikan lagu Muhasabah Cinta yang Edcoustic nyanyi tu. Sayang nak dengar."
Amsyar mengetatkan pelukannya lalu dia mula mengalunkan lagu kesukaan isterinya itu.
Wahai...
Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan...
Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Ta k pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan...
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Amsyar renung Ammelia yang sudah terlena. Dia kemudiannya merungkai pelukannya lalu dia letakkan kepala Ammelia sebelum dia kembali duduk di kerusi sambil dia mengelus pipi Ammelia. Dia tidak tahu bagaimana hidupnya nanti andai Ammelia pergi menghadap Ilahi.
Walaupun masa mereka berdua bersama, bergurau senda sangat singkat, namun dia masih dapat merasai nikmat kebahagiaan dalam rumah tangganya bersama Ammelia. Dalam dia asyik merenung wajah isterinya, dia tidak sedar dia turut tertidur di situ. Tepat pukul 5.30 pagi, Ammelia terjaga dari tidurnya. Dia memandang wajah Amsyar. Dia capai tangan Amsyar. Lalu dia bermain-main dengan jari jemari Amsyar. Dia kucup lembut tangan lelaki itu. Dielus pula anak rambut yang menutupi dahi Amsyar. Lalu dia dekatkan kepalanya denga dahi Amsyar lalu dikucup lembut dahi lelaki tersebut.
"Abang, terima kasih sudi bahagiakan sayang sampai akhir hayat sayang. Sayang cintakan abang. Terima kasih kerana sudi pimpin sayang. Ajar sayang tentang Islam. Terima kasih sebab abang sudi bagi tulang rusuk abang pada sayang dulu. Terima kasih abang." Ammelia capai tangan Amsyar lalu dia genggam erat.
Sebelum dia tutup mata, sempat dia melafazkan dua kalimah syahadah sambil tangannya masih menggenggam erat tangan Amsyar.
Amsyar terjaga. Dia pandang tangannya yang tergenggam kemas di genggaman tangan Ammelia. Dia tersenyum sendiri. Tangan itu terasa hangat. Sehangat cinta dan sayang di dalam hatinya.
"Sayang, bangun. Jom, subuh sekali."
Ammelia diam.
"Sayang? Sudahlah tidur tu, bangun ye?" Diusap rambut Ammelia yang mengurai itu.
Ammelia masih kaku.
Amsyar tidak sedap hati. Dia goncangkan sikit bahu Ammelia. "Sayang, bangun."
Masih diam lalu Amsyar periksa nadi Ammelia di pergelangan tangan Ammelia. Dia menunduk seketika. Air matanya menitis.
"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un."
Sungguh dia sedih tapi dia redha. Ammelia Syuhada Zainal sudah kembali kepada Penciptanya dalam tidurnya.
"Amsyar, Amy ada suruh I bagi surat ni untuk you sebelum dia meninggal." Nita yang menghulurkan sepucuk surat kepada Amsyar.
Amsyar menyambut huluran surat itu dengan tangan yang sedikit terketar. Hari ni dah genap seminggu Ammelia meninggalkan dia. Dia amat merindui isterinya itu. Sungguh, setiap masa wajah Ammelia sentiasa bermain di mindanya.
Surat yang di pegang tadi diletakkan di dalam poket baju melayunya.
"Masuklah. Tahlil dah nak mula." Dia bersuara dengan bibir yang terukir dengan senyuman.bersambung