Pimpin aku ke jannah

366 12 0
                                    

PART 35

PART 35

Amsyar duduk di birai katil. Matanya lekat pada telekung Ammelia yang ada di ampaian. 'Ya Allah, rindunya aku pada isteriku itu. Tabahkan hati aku, Ya Allah.'
Amsyar kemudiannya mengeluarkan surat yang diberi Nita tadi. Dia buka perlahan-lahan lipatan surat itu. Di ayat pertama surat itu, air matanya sudah menitis.
Assalamualaikum suamiku yang tercinta Amsyar Aizad,
Abang, kesat air mata tu. Jangan menangis, nanti abang dah tak handsome, nanti sayang tak mahu kawan dengan abang. Abang, saat abang baca surat ni sayang sudah pun pergi tinggalkan abang. Jangan bersedih atas kepergian sayang. Abang redha, ye?

Amsyar mengesat air matanya. 'Abang redha, sayang.' Dia menyambung bacaannya.
Abang, sayang nak minta maaf atas apa yang pernah sayang lakukan abang. Sayang tak pernah minta maaf dengan abang, kan? Sayang perangkap abang. Sayang rampas kebahagiaan abang. Maafkan sayang, ye? Saya terlalu tamak, terlalu tamak mencari seorang pemimpin untuk sayang. Kali pertama kita bertemu, abang tegur sayang tentang rambut sayang. Abang ingat lagi, kan? Itu kali pertama degupan jantung sayang menjadi sangat laju kerana abang. Abang lelaki pertama yang berjaya menegur sayang tanpa kena maki dengan sayang. Lepas kejadian tu, kita sering dipertemukan. Mulanya sayan g fikir itu semua kebetulan tetapi sekarang sayang tahu, itu takdir Allah untuk sayang dan abang. Dan apabila abang menjadi pekerja syarikat daddy, sayanglah manusia yang paling gembira tapi kegembiraan itu cuma sementara. Abang dah berpunya tapi, sebab sayang mencintai abang, sebab sayang nak abang jadi pemimpin sayang, sayang sanggup buat rancangan supaya kita berdua ditangkap khalwat. Maafkan sayang ye, abang?
Mengalir lagi air mata Amsyar. 'Dah lama abang maafkan sayang.'
Saat kali pertama abang jadi imam sayang, debaran di hati sayang makin menggila. Sungguh, sayang sangat cintakan abang. Abang, terima kasih atas segalanya. Terima kasih sebab sudi membahagiakan sayang sebelum nyawa sayang ditarik oleh malaikat maut. Sayang bahagia. Sesungguhnya, Allah dah makbulkan doa sayang. Sayang berjaya raih cinta abang walaupun hanya sekejap. Tapi detik waktu yang sekejap itu yang membahagiakan sayang. Terima kasih abang. Sayang tahu abang cintakan sayang tapi Dia lebih menyayangi sayang. Biar sayang pergi dulu, ye? Redhakan pemergian sayang, ikhlaskan hati abang. Teruskan hidup abang. Amsyar Aizad kena kuat, tau? Ammelia Syuhada tunggu Amsyar Aizad di sana, insyaAllah. Akhir kata dari sayang buat abang, terima kasih kerana mencintai sayang. Sayang tunggu abang dekat sana. Terima kasih kerana sudi pimpin sayang ke Jannah. Assalamualaikum, suamiku yang tercinta.
Yang mencintaimu,
Ammelia Syuhada Zainal.
Surat tulisan tangan itu dipeluk erat. 'Ya Allah, aku rindukan dia. Senyumannya, tawanya. Segala-galanya tentang dia, Ya Allah. Tempatkan dia di sisi-Mu di syurga nanti, Ya Allah. Sesungguhnya, aku mencintai dia. Kau panjangkanlah jodohku dan dia di akhirat nanti, Ya ALLAH.' Amsyar kesat air mata lalu dia rebahkan diri di atas katil. Memikirkan kehidupan sehariannya tanpa Ammelia Syuhada.

- T A M A T -

Pimpin Aku Ke JannahWhere stories live. Discover now