Pimpin aku ke jannah

356 4 0
                                    

PART 2

"Nita, I'm on my way. You duduk diam-diam dekat situ." Ammelia mengepit telefon bimbitnya dengan bahu sementara tangannya mengeledah mencari kunci kereta.
"Nita, kalau you terus menangis macam ni. It won't get any better." Ujar Ammelia separuh marah.
BUK!
Tanpa di sangka Ammelia terlanggar seorang pemuda. Terjatuh habis semua dokumen yang dipegang oleh pemuda tersebut. "Awak, I'm so sorry. Saya tak sengaja." Ammelia terus mematikan talian telefon dan dia cuba membantu lelaki yang sudah mengutip semua dokumennya. "Biar saya tolong awak." Ammelia cuba menolong lelaki di depannya itu.
"Maaf. Saya boleh buat sendiri."
Lelaki itu bersuara namun dia tidak memandang langsung Ammelia di depannya.
'Sombongnya!'
Ammelia mencebik dalam hati.
"Saya cuma nak tolong awak."
"Kalau awak nak tolong saya, tolong tutup aurat awak. Saya takut saya tak dapat nak jaga pandangan mata saya."
Lelaki itu merenung wajah Ammelia sebelum melarikan pandangannya ke arah lain. Selalunya, kalau ada orang menegur tentang pakaiannya, ataupun auratnya pasti dia melenting, tetapi tidak kali ni. Kata-kata lelaki itu seolah-olah meresap ke jiwanya. Entah kenapa, saat lelaki itu merenungnya jantungnya berdegup kencang. Sudah jatuh cintakah dia?
"Saya pergi dulu. Assalamualaikum."
Lelaki itu berlalu meninggalkan Ammelia yang tercengang sendiri.
"Who is he?"
bersambung

Pimpin Aku Ke JannahWhere stories live. Discover now