PART 9 & 10
part 9
"Nita, you sure tak nak cakap kat Haris pasal baby ni?" Ammelia bertanya.
Nita menggeleng.
"I tak rasa dia nak terima I dan baby ni."
"Mana you tahu, Nita? People change."
Nita mengeluh.
"Yes, people change but not him. Yesterday I went to his office, and again, I got shocked."
"Dia buat apa kali ni?" Ammelia bertanya sambil dia mengambil susu jenama Anmum.
"Dia tengah berasmara dengan setiausaha dia. We're officially over." Nita mengunjukkan jari manisnya yang sudah tidak bercincin. Ammelia terkejut.
"Jadi macam mana sekarang?"
"I tetap akan jaga baby ni. It's okay kalau dia tak ada ayah. Dia masih ada I sebagai mummynya."
Ammelia mengangguk.
"Dia ada I jugak."
"Eh, itu bukan Amsyar?"
Ammelia segera berpaling pada lelaki yang dipuja dalam diam. Dan perasaan cemburu mula meresap ke jiwa bila terpandangkan gadis di sisi lelaki itu.
"Jom tegur dia."
"Eh, tak payahlah." Ammelia menegah.
"Ala, he's our colleagues what?" Ammelia menuruti juga langkah Nita.
"Hi, Amsyar." Nita menegur. Ceria sahaja suaranya.
"Eh, hai and assalamualaikum." Memerah wajah Nita, terasa disindir. Salam Amsyar dijawab dalam hati.
"Your wife?"
Amsyar tersenyum sebelum menggeleng.
"No, my fiancé. Nurul Ain. Ain, ni semua rakan sekerja saya. Yang ni, Nita dan yang ni, Ammelia."
"Hi. Ain." Ain menghulurkan tangan. Nita menyambutnya dulu sebelum Ammelia menyambut tangan Ain.
"Bila majlisnya?"
"InsyaAllah, awal tahu depan, kan awak?" Ain menjawab, laju. Amsyar kelihatan sedikit terkejut.
"Er...ha... awal tahun depan."
"We're better get going, Nita. Lepas ni kita nak ke klinik pulak." Ammelia bersuara.
"Sakit ke?" Amsyar merenung Ammelia yang tidak memandang langsung ke arahnya.
"No. Checkup untuk baby I." Nita membalas.
"Baby? Awak dah kahwin?" Amsyar bertanya. 'Gadis ini dah kahwin?'PART 10
"Nope. Not married yet but... the story is quite long. Lain kalilah kita bercerita."
Amsyar terkedu. Ain pula mencebikkan bibirnya.
"Jomlah, Nita." Ammelia tarik tangan Nita.
"Kami pergi dulu. Assalamualaikum.
"Kawan sekerja awak sangat daring." Ain bersuara. Ini kali pertama mereka keluar berdua tanpa peneman.
"Maksud?"
"Yelah, mengandung sebelum berkahwin."
Amsyar menganggukkan kepalanya.
"Tak ada pegangan agamalah tu. Perempuan murahan. Pakai baju kurung nak tutup perut boyot dia tu. Yang kawan dia tu, tak cukup kain betul bajunya."
Amsyar berpaling pada Ain. "Ain, tak baik cakap macam tu."
"Betul apa saya cakap. Meluat tengok dia orang." Ain meluahkan rasanya.
"Dahlah tu. Saya pun bukan kenal sangat dengan dia orang."
Ain merengus. "Amsyar."
"Ye?"
"Sebenarnya..."
bersambung