PART 17 & 18
PART 17
"Er..."
"Tak baik menipu, Ammelia."
"Maaf."
"Kejap lagi minta maaf pada daddy."
"Okey." Ammelia menganggukkan kepalanya.
"Good wife. Saya tunggu awak dalam kereta." Amsyar usap kepala Ammelia.
"Daddy, Ammelia ada benda nak cakap pada daddy." Dan Amsyar terus berlalu meninggalkan Ammelia yang mengetap bibir.
"Cantiknya dia."
"Lawalah."
"Kenapa dia bertudung tiba-tiba?"
"Dah dapat hidayah ke?"
Ammelia pura-pura tidak mendengar apa yang dikata oleh mereka semua. Berita perkahwinan kilatnya dengan Amsyar seolah-olah tenggelam dengan penghijrahan dirinya. Dia bertudung kerana Allah. Dia mahu memelihara auratnya dari dipandang lelaki lain. Satu-satunya lelaki yang berhak memandang rambutnya adalah Amsyar meskipun lelaki itu masih tidak dapat menerima dirinya sebagai seorang isteri. Semalam Amsyar mengajarnya mengaji. Mengajarnya solat. Alhamdulillah, dia terasa tenang.
"Amy." Nita buka pintu bilik dan dia tergamam.
"Wow, you look different."
"Assalamualaikum, Nita." Ammelia mengukir senyum segaris.
"You nampak...erm... cantik?"
"I know." Ammelia bersuara dalam nada gurauan.
"You busy?"
"Not really. Why?"
"Can we have a little chit chat? I really need your opinion."
"Boleh je. Kenapa?"
"Syafiq, budak IT. Ajak I kahwin."PART 18
Ammelia angkat muka dari drawing. "Like seriously?"
"I'm dead serious."
"Jawapan you?" Ammelia renung Nita yang nampak gelisah.
"I don't know. Sebab itu I datang cari you."
Ammelia tersenyum. "Apa masalahnya sekarang?"
"I... I dah tak suci, Amy. Dalam rahim I ada anak luar nikah. Mungkin sekarang dia boleh terima, tapi nanti macam mana? Macam mana kalau dia ungkit?"
Ammelia mengeluh. Kepalanya terasa berdenyut tiba-tiba.
"Nita, I yakin Syafiq tak macam tu. He can accept you for what you are now and then."
"I tak yakin dengan diri I. Boleh ke I jadi a good wife for him? I tak ada asas didikan agama. I kosong, Amy."
"InsyaAllah, Syafiq boleh isi kekosongan tu. You jangan risau, okey. I percaya you boleh."
Nita mengangguk. "So, kiranya I patut terima lamaran dia?"
"Bukan patut, dear. Wajib terima." Ammelia berseloroh.
"So, how your wedding?"
Ammelia tersenyum tapi tawar. "Macam tulah."
"Amsyar?"
"Dia masih tak dapat terima I sebagai isteri dia. I faham."
"Did he know, semua ni... erm...part of your plans?"
Ammelia menggeleng dengan pertanyaan Nita.
"I don't think he need to know it." Dan Nita cuma mengangguk.
Sudah hampir empat bulan usia perkahwinan mereka. Dia masih mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk Amsyar dan Amsyar mula menunjukkan reaksi positif kepadanya.
"Buat apa tu?"
Ammelia ukir senyum.
"Baca buku ni. Tadi beli dekat Popular." Buku yang bertajuk 'Berubat dengan Solat' karya Fahrur Muis diunjukkan pada Amsyar.
"Malam ni nak tadarus dengan Amsyar tak?"
"Amy...er... cutilah." Ammelia menjawab, malu-malu.
Amsyar tersenyum. "Takpelah kalau macam tu." Amsyar senyum.
'Alhamdulillah, dia sudah berubah dari hari ke hari. Semoga dia kekal begini hingga ke akhirnya.'
"Amsyar ingat Ain lagi?" Tercetus soalan itu dari mulut Ammelia.