PART 23 & 24
PART 23
“No! Jangan call sesiapa dan jangan bagi tahu sesiapa. Biar kita berdua saja tahu.”
“Amy.”
“Please, Nita. I merayu kat you.”
Nita gigit bibir. “Baiklah. Come, I hantar you balik.”
“Thank you, Nita.”
“Ammelia Syuhada!” Suara Tuan Zainal memetir saat dia melangkah masuk ke rumah besar itu.
Ammelia pegang kepala yang masih terasa berat. “Daddy, Amy...”
Pang!
Ammelia pegang pipi kanan yang terasa pedih.
“Daddy tak sangka kamu macam ni! Perbuatan kamu sangat memalukan daddy! Mana daddy nak letak muka, Ammelia? Kamu cakap pada daddy!”
Ammelia diam. Mungkin ini kifarah dosa yang pernah dia lakukan dulu.
“Kenapa kamu diam?” Tuan Zainal menengking Ammelia. Malunya dia pada pekerja Bina Engineering Corp. apabila dia dapat tahu, kes khalwat sebelum ini sebenarnya dirancang oleh Ammelia.
“Amy minta maaf, daddy.” Perlahan suaranya meminta maaf.
“Bukan pada daddy, Ammelia! Pada Amsyar! Sebab kamu, dia putus tunang! Malu daddy pada family dia, pada keluarga tunang dia. Semua cakap daddy tak pandai jaga anak. Ya Allah!”
Tuan Zainal terduduk di sofa. Kesalnya dengan perbuatan Ammelia.
Ammelia diam tidak berkutik. Kedengaran bunyi kenderaan dari luar. Ammelia tahu, Amsyar sudah pulang.
“Assalamualaikum.”
Amsyar masuk ke dalam rumah dan dia terus melangkah ke tingkat atas tanpa bertegur sapa dengan sesiapa pun.
Ammelia melangkah menuruti langkah Amsyar. Namun dia berhenti melangkah saat namanya dipanggil.
“Amsyar pasti lebih marah dengan apa yang terjadi. Pandai-pandailah kamu.”
‘Amy tahu daddy. Amsyar sangat marah.’ Ammelia melangkah ke tingkat atas.
Ammelia memberi salam terakhir. Wajahnya diraup. Dia kemudiannya menadah tangan.
“Ya Allah Ya Tuhanku, aku meminta kepada-Mu, ampunkan dosa-dosaku, dosa bapaku, dosa arwah ibuku, dosa kedua ibu bapa mertuaku, dosa sahabat-sahabatku dan dosa suamiku. Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikanlah aku kekuatan untuk aku meneruskan hidup aku yang penuh cabaran ini, Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, kau lembutkanlah hati suamiku kembali supaya dia kembali menerimaku sebagai isterinya. Kau bukakanlah pintu hatinya untukku supaya aku sempat kecapi sedikit kebahagiaan sebelum aku pergi menghadapMu, Ya Allah. Amin. Amin Ya Rabbal a’lamin.” Ammelia mengakhiri doanya dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan zikrullah.
Dia berpaling ke belakang. Amsyar sudah tidur di sofa panjang. Sejak kejadian sebulan lepas, Amsyar tidak lagi tidur sekatil dengannya. Nak bersuara, jauh sekali. Hubungan yang dulu rapat jadi renggang dan jauh. Diakui juga akhirnya, semua yang terjadi adalah salahnya. Namun, apa yang paling di kesalkan ialah solatnya kini tidak berimam, tiada lagi tadarus di malam hari, tiada lagi suara menegur kesilapannya, tiada lagi tok guru yang mengajarnya mengaji. Ammelia mengeluh, perlahan.
Dia tarik telekung yang tersarung di badan lalu di sangkut di ampaian. Dia kemudiannya mendekati Amsyar yang sudah lelap. Di renung wajah suaminya itu.
“Amsyar, bila Amsyar akan maafkan Amy? Bila Amsyar nak kembali jadi pemimpin Amy?” Rambut di dahi Amsyar diusap perlahan.
“Amy sayang Amsyar. Amy sayang Amsyar sangat-sangat. Andai Dia tarik nyawa Amy nanti, Amy nak Amsyar tahu yang cinta Amy pada Amsyar tak akan mati. Selamanya tak akan mati. InsyaAllah.” Air mata gugur setitik demi setitik. Kepalanya diletakkan di lengan Amsyar.
Amsyar yang tersedar daripada tidur terkedu saat terasa lengannya terasa basah dengan air mata Ammelia. ‘Kenapa dia menangis?’
Namun dia tarik lengannya yang menjadi alas kepala Ammelia lalu dia membelakangi Ammelia.
Ammelia yang sedar dengan pergerakkan Amsyar mengesat air mata yang mengalir. Dia sedar Amsyar tidak sudi bersentuhan dengannya. Dia segera bangun lalu dia merebahkan badannya di atas katil. Malam itu, lenanya bertemankan air mata.PART 24
“Amy.”
Ammelia panggung kepala, memandang Mak Som yang merenungnya dengan satu pandangan yang tidak dapat dia tafsirkan.
“Kenapa Mak Som?”
“Mak Som nak Amy jujur dengan Mak Som.”
Ammelia diam seketika sebelum mengangguk.
“Apa yang Mak Som nak Amy jujur?”
“Laporan kesihatan ini benar ke?” Ammelia terkedu melihat kertas yang telah dia simpan di balik lipatan baju dalam almari berada di tangan Mak Som.
“Ma... mana Mak Som dapat tu?” Tergagap Ammelia bertanya.
“Mak Som jumpa ni semalam. Waktu Mak Som nak letak baju bersih dalam almari Amy. Jujur pada Mak Som, Amy. Ni laporan yang benar atau hanya satu laporan yang Amy palsukan untuk raih perhatian Amsyar dan Tuan Zainal?” Ammelia terasa tubir matanya panas. Hatinya tersayat.
“Amy tahu Amy jahat, Mak Som tapi Amy tak akan main-main dengan benda ni. Amy tahu Amy banyak menipu semua orang dalam rumah ni tapi Amy tak mungkin menipu tentang benda macam ni. Mak Som, kalau Amy nak tipu, Amy akan canangkan pada satu dunia yang Amy ada barah otak. Amy tak akan sorok laporan tu dalam almari. Mak Som kenal Ammelia Syuhada sejak dari kecil, kan? Pernah Amy tipu Mak Som bila Amy sakit?”
Terduduk orang tua tu apabila Ammelia bersuara. “Laporan ni?”
“Demi Allah, laporan itu benar.” Ammelia mendekati Mak Som lalu dipeluk orang tua itu..
“Memang Amy ada barah otak peringkat terakhir, Mak Som.”
“Ya Allah, anak Mak Som.” Mengongoi orang tua itu di pelukan Ammelia.
“Kenapa kamu diam, Amy? Kenapa kamu tak beritahu ayah kamu? Kenapa kamu sorokkan benda ni, Ammelia?”
“Amy tak nak sesiapa tahu. Amy tak nak daddy, Amsyar tahu. Kalau mereka tahu, Mak Som ingat mereka akan percaya pada Amy? Kepercayaan daddy pada Amy dah jadi sifar, Mak Som. Mungkin mereka akan anggap Amy palsukan laporan itu, macam Mak Som cakap tadi.”
“Ya Allah, Ammelia! Biar Mak Som cakap. Biar Mak Som bagi tahu Tuan Zainal.” Orang tua segera bangun, dia mahu berjumpa dengan majikannya walaupun majikannya sudah ke tempat kerja.
Ammelia tarik tangan Mak Som lalu dia gelengkan kepala. “Jangan beritahu daddy. Jangan beritahu Amsyar. Biar Amy tanggung seorang diri. Amy tak nak susahkan sesiapa, Mak Som.”
“Ammelia, anak Mak Som.” Orang tua separuh abad itu memeluk kembali Ammelia yang sudah tersedu.
“Mak Som ada dengan Amy. Walaupun semua orang benci Amy, Mak Som sentiasa ada di sini untuk Amy. Biar Mak Som tanggung dengan Amy.”
“Terima kasih Mak Som. Amy sayang Mak Som sangat-sangat.” Dia peluk wanita tua itu lalu dia kembali tersedu di bahu Mak Som.