Pimpin aku ke jannah

193 4 0
                                    

PART 13 & 14

Part 13

Tiba-tiba Amsyar masuk ke pantry. Nita dan Ammelia terus diam.
"Amy, I masuk office dululah." Nita segera angkat kaki tanpa sempat Ammelia berkata apa-apa.
"Kenapa Nita tu tergesa-gesa sangat?"
"I don't know. Sakit perut agaknya."
"Ammelia, kalau saya cakap sikit. Jangan marah."
Ammelia angkat kening. "Kenapa?"
"Bila awak nak tutup aurat awak? Rasanya saya pernah tegur awak dah dulu." Amsyar berdiri menghadap sinki.
"Saya..." Ammelia hilang kata-kata. Hati terasa sebak. "Saya masuk pejabat dulu."
Dan dia berlalu. Air mata yang mengalir dia kesat perlahan. 'Dia masih ingat aku. Dia kenal siapa aku. Ya Allah, aku inginkan dirinya menjadi pemimpinku untuk ke Jannah-Mu.'
Amsyar yang di sinki mengeluh. 'Dia menangis? Kasar sangat ke teguran aku?Amsyar memandu perlahan di kawasan perumahan mewah. Matanya mencari rumah Tuan Zainal. Sebentar tadi di pejabat, dia mendapat pesanan daripada Tuan Zainal supaya pergi ke rumahnya untuk mengambil dokumen penting yang berkaitan dengan syarikat. Digagahkan juga ke rumah Tuan Zainal yang bumbungnya masih tidak kelihatan walaupun waktu sudah menginjak ke pukul 10 malam. Akhirnya kereta Toyota Vios miliknya berhenti di sebuah rumah yang baginya mewah. Loceng ditekan berkali-kali. Kesabarannya menipis. Baru dia nak pergi ke keretanya terdengar bunyi pagar terbuka. Amsyar berpaling dan dia terkedu. Ammelia yang berdiri di depannya sangat comel pada pandangan matanya. Rambut panjang yang diikat ekor kuda itu kelihatan sangat cantik. Baju tidur satin yang tersarung di tubuh gadis itu sangat seksi. Jantungnya berdegup laju.
"Amsyar?"
Amsyar menunduk. 'Ya Allah, lekanya aku renung dia sampai aku tak sedar dia panggil aku. Ya Allah, malunya aku padaMu.'
"Amsyar, awak tak apa-apa?"
"Er... saya datang nak ambil dokumen pejabat."
"Sekejap, saya ambilkan."
Amsyar mengangguk dan dia larikan pandangannya ke tempat lain. Tak sanggup rasanya nak merenung Ammelia. Mau gugur jantung.
"Aduh!!!"
Terdengar suara Ammelia dari dalam besar itu. Amsyar yang terkejut segera masuk ke dalam rumah. Dia sangat terkejut apabila terlihat Ammelia yang sudah terduduk di atas lantai.
"Apa dah jadi ni?" Amsyar mendekati Ammelia.
"Sakit..." Rengek Ammelia.
Amsyar telan air liur.
"Macam mana boleh jatuh?"
"Tadi lari. Terjatuh. Sakit." Ammelia menjawab.
"Assalamualaikum." Serentak Amsyar dan Ammelia berpaling ke pintu besar rumah itu yang sememangnya ternganga luas.

PART 14

"Amsyar Aizad, ibu tak sangka kamu buat ibu macam ni! Mana ibu nak letak muka ibu, Amsyar? Apa dosa ibu pada kamu? Tak cukup ke didikan agama yang ibu bagi dekat kamu? Ya Allah."
Puan Aisyah meraung di pangkuan suaminya selepas di memukul-mukul dada anak lelakinya.
Amsyar meraup muka. Wajah Ammelia yang tidak beriak dikerling.
"Demi Allah, ibu. Amsyar tak buat benda terkutuk tu. Amsyar cuma nak tolong Ammelia."
"Tolong apa? Ustaz tu tangkap kamu dengan Ammelia ni dalam keadaan yang mencurigakan. Siap pegang tangan. Ustaz tu kata, kamu seolah-olah nak angkat Ammelia ni. Kamu nak bohong ibu?"
"Tak ibu. Ya Allah, Ammelia tolong terangkan dekat ibu saya tentang apa yang dah berlaku."
Ammelia yang dengar suara Amsyar merayu sekadar diam. Dia pura-pura tidak mendengar kata-kata Amsyar.
"Ammelia!" Suara Amsyar memetir.
"Nak terangkan apa? Dah terang-terang kita kena tangkap basah. Mengaku jelah."
Ammelia sengaja meninggikan suara namun hatinya terasa nak menangis mengenangkan betapa banyaknya hati yang telah terluka oleh sikapnya yang tamak.
"Puan Aisyah. Encik Bakri. Macam ni jelah. Saya cadangkan mereka berdua dikahwinkan. Ini saja cara untuk kita menutup malu dengan perbuatan mereka berdua."
Tuan Zainal bersuara akhirnya. Dia sebenarnya kecewa. Dia terpaksa menghabiskan kerjanya di Johor lebih awal dari masa yang ditetapkan dek kerana kes tangkap basah antara Amsyar dan Ammelia.
"Amsyar, kamu setuju?" Encik Bakri merenung wajah anaknya yang memerah. Menahan geram ataupun sedih. Dia sendiri tidak tahu.
Amsyar rasa nak meraung. Kalau dia kahwin dengan Ammelia, macam mana dengan Ain? Kalau dia tak kahwin dengan Ammelia, pasti maruah keluarganya tercemar.
"Amsyar setuju."
Ammelia menghela nafas lega.
"Ammelia, kamu setuju?" Tuan Zainal bertanya kepada anak gadisnya itu.
"Amy setuju." Ammelia mengangguk manakala Amsyar memegang dahinya.
"Maafkan saya, Ain."
"Awak tak boleh buat saya macam ni, Amsyar."
"Ain, saya..."
"Awak taburkan janji palsu dekat saya. Awak kejam."
Amsyar raup muka. Iman yang dari jauh memerhatikan mereka direnung sebentar sebelum matanya kembali kepada wajah Ain yang sudah basah dengan air mata.
"Maafkan saya, Ain. Antara cinta dan keluarga, saya pilih keluarga. Mereka segala-galanya bagi saya."
"Habis saya? Saya tak ada keluarga? Maruah saya awak nak letak mana? Semua orang mengata saya, tak pandai jaga tunang. Tunang curang. Awak fikir saya ni apa, hah?" Air mata turun dengan lebat.
"Ain. Maafkan saya. Saya..." Amsyar tidak tahu apa lagi harus dia cakap. Meminta maaf seribu kali pun tidak mampu mengembalikan seri wajah Ain.
"Kak Ain, balik jom." Iman muncul.
"Iman, abang Am..."
"Abang Am, Iman maafkan abang Am tapi jangan sesekali muncul depan kami." Iman berlalu sambil menarik tangan Ain.
Amsyar terduduk terus di bangku di taman permainan itu. 'Nurul Ain.'

Pimpin Aku Ke JannahWhere stories live. Discover now