Pimpin aku ke jannah

247 5 0
                                    

PART 5 & 6

PART 5

"Fine! True, I memang jahat. I memang perangai macam setan. Betul you cakap, kubur masing-masing. Heh, kenapalah I interfere hidup you kan? I minta satu je dari you, tolonglah jangan bunuh anak dalam perut you tu. Dia tak berdosa macam kita."
Ammelia berlalu manakala Nita terduduk di sofa panjang. Gambar percutiannya bersama Haris di Bali direnung. 'Betul. Anak mummy tak berdosa. Mummy and daddy yang salah.' Dan ada air mata yang menitis di pipinya.
Allah berfirman maksudnya: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." (Surah Al-Israa': 32)
Ammelia renung telekung yang sudah lama tidak dia gunakan. Entah kenapa sejak pulang dari rumah Nita hatinya tidak tenteram. Semuanya serba tak kena. Matanya memandang pada senaskhah al-Quran yang terletak elok di rak buku. Al-Quran pertama miliknya. Al-Quran itu dihadiahkan kepadanya oleh mama kerana berjaya memenangi pertandingan hafazan di sekolahnya. Kemudian, dia renung pula almari yang terbuka pintunya. Baju-baju yang tergantung di almari kebanyakannya baju yang tidak cukup kain. Dia mendekati almari itu. Dicapai baju kurung yang sudah lama tidak tersarung di tubuhnya. Teringat sepupunya, Izzati Aisyah yang lebih dikenali sebagai Syah yang juga turut kehilangan ibu sama sepertinya. Gadis itu cukup menjaga auratnya. Walaupun mereka berbeza dari banyak segi namun mereka sangat rapat. Syah sering menasihatinya supaya menutup aurat namun dia cuma tersenyum tanpa berkata apa-apa.
"Amy."
Ketukan di pintu membuatkan dia tersentak. Suara Mak Som yang memanggilnya kedengaran lagi.

PART 6

"Kenapa Mak Som?"
Wajah tua yang sudah berkedut itu direnung.
"Mak Som dah nak balik. Makanan Mak Som dan Yanti dah sediakan. Tuan keluar pergi dinner kat luar. Amy makan sendiri tak apa, kan?"
"Eh, tak apa. Nanti Amy makanlah. Terima kasih Mak Som." Ammelia tersenyum pada wajah tua yang sentiasa menjaga makan pakai dia dan ayahnya sejak mama meninggal.
"Esok, Mak Som dengan Pak Samad nak minta cuti boleh, Amy?"
"Mak Som nak ke mana?"
Dahi Ammelia dah berkerut seribu.
"Nak pergi hospital. Anak sulung kami dah selamat melahirkan."
"Oh, kak Sara dah dapat baby? Lelaki atau perempuan?" Ammelia terasa seronok.
"Lelaki." Mak Som tersenyum dengan telatah Ammelia.
"Esok, Mak Som dengan Pak Samad cutilah. Kirim salam dekat kak Sara sekali. Kalau ada masa, Amy pergi melawat dia."
"InsyaAllah, Amy. Mak Som balik dulu ye."
"Yelah. Suruh Pak Samad hati-hati bawa kereta tu, ye."
"InsyaAllah."
"Amy, malam ni nak pergi kelab. Macam selalu?"
Ammelia tersenyum tawar.
"Tak kot. I ada banyak kerja nak disiapkan."
Honey angkat kening pada Jay.
"You dah lama tak join kami. Just for tonight. C'mon!"
"Nah, I'll pass."
Ammelia menggeleng. Wajah sugul Nita di depannya direnung. Gadis itu sudah berubah. Dia mula berbaju kurung walaupun kepalanya masih tidak ditutup. Nita datang ke rumahnya meminta maaf dan Nita tekad mahu menjaga anak yang dikandungnya dan Ammelialah manusia paling gembira dengan keputusan Nita.
"Kenapa you tak makan?"
"I tak nak Blueberry Cheesecake ni. I nak Chocolate Indulgence."
Jay terkejut.
"Hey, I thought you anti-chocolate. Coklat itu menggemukkan. What happen to you?"
"People change, Jay. Just like the weather." Ammelia menjawab. Nak cover sebenarnya.
"You tunggu sini. I ambilkan." Dan Nita cuma mengangguk.
Jay dan Honey buat muka. Something happen. Nita sudah mula memakai baju kurung. Ammelia pula sudah tidak selincah dulu.
"You guys ni kenapa sebenarnya?" Jay bertanya bila Ammelia kembali dengan piring berisi Chocolate Indulgence.
"Nothing. Kenapanya?"
"You guys seems different."
bersambung

Pimpin Aku Ke JannahWhere stories live. Discover now