Pimpin aku ke jannah

246 8 0
                                    

PART 31 & 32

PART 31

"Amsyar... duduklah. Takkan nak... berdiri sampai esok?" Ammelia cuba untuk bersandar di kepala katil namun dia tidak berdaya.
Melihat keadaan itu, Amsyar terus membantu Ammelia. "Biar abang tolong."
Ammelia renung Amsyar dengan pandangan tidak percaya. "A.. abang?"
"Abang suami sayang. Dari dulu, itu yang patut jadi nama panggilan kita."
Ammelia geleng kepala.
"Kalau... cuma sebab simpati, tak payah, Amsyar. Amy... takut... Amy tak boleh lepaskan... Amsyar."
Amsyar tarik Ammelia dalam pelukannya. "Abang tak bersimpati pada sayang tapi abang bersimpati pada diri abang sendiri. Abang tak pernah hargai permata yang begitu berharga depan abang. Abang tak pernah hargai sayang sebagai isteri abang. Maafkan abang, sayang. Bila abang dapat tahu abang bakal kehilangan sayang, baru abang sedar. Hati abang ada pada sayang. Sentiasa jadi milik sayang." Amsyar tarik nafas sebelum menyambung.
"Dalam banyak-banyak kurniaan Allah pada abang, sayanglah kurniaan terhebat dari Dia. Pemilik tulang rusuk abang."
Ammelia dah menangis di bahu Amsyar. Dia tak sangka langsung, doanya setiap hari pada Allah dimakbulkan jua akhirnya. Amsyar sudah mula menerima dirinya sebagai seorang isteri. "Tapi... Amy... sakit..."
"Sayang, sakit itu Allah berikan kepada hamba-Nya supaya mereka mengingati Dia, tidak lupa pada Dia. Lagipun, setiap kesakitan yang sayang rasa ni insyaAllah akan menghapuskan dosa-dosa sayang dulu,"
"Amy..."
Amsyar mengeratkan pelukannya. "Abang sayang Ammelia Syuhada sangat-sangat. Izinkan abang bahagiakan sayang?"
"Itu... yang paling sayang tunggu daripada abang." Suara Ammelia kedengaran begitu perlahan namun cukup meruntun perasaan Amsyar.

PART 32

"Sayang."
Ammelia senyum pada suaminya yang datang dengan membawa mangkuk tingkat.
"Mangkuk tingkat? Old school lah abang ni."

"Baru tau ke? Dah makan ubat?"
Ammelia angguk.

"Ibu masak ke ni?"

"Ye sayang."

"Abang tak masak untuk sayang?"

Amsyar mencebik. "Tak. Tapi, abang boleh suap sayang. Okey?"
"Okey." Ceria sahaja suaranya. 'Terima kasih, Ya Allah kerana kurniakan aku kebahagiaan sebelum akhir hayatku.'

"Cepat bukak mulut."

"Aaaaaa..." Manja suara itu kedengaran.

Suapan demi suapan masuk ke dalam mulut Ammelia. Sungguh, dia sangat bahagia. Namun ada sesuatu bermain di benaknya.
"Abang."
Amsyar tersenyum memandang Ammelia.
"Kenapa sayang?"
"Borang poligami tu..."
"Kenapa?" Suara Amsyar kedengaran tegas.
"Abang... dah hantar?"
"Tak." Nasi di dalam mangkuk tingkat itu dikuis-kuis.
"Abang! Macam mana abang nak menikah dengan Ain kalau macam tu? Abang..." Kata-kata Ammelia dipotong.
"Sayang, listen here! Dalam hayat abang ni, abang cuma ada seorang isteri yang bernama Ammelia Syuhada. Tiada yang lain. Ni sayang tengok borang poligami ni." Dikeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
"Abang nak buat apa tu?" Ammelia bertanya, pelik.
"Nak buat magik." Sejurus selepas itu, Amsyar terus mengoyakkan kertas putih itu.
"Abang!"
Amsyar cuma mengenyitkan mata pada Ammelia. Dia kemudiannya mengeluarkan kad akuan nikah miliknya.
"Abang tak perlukan kertas putih tu, abang cuma perlukan ni."
"Abang ni, sekarang suka buat sayang terharu kan?" Ammelia mengesat air mata yang menitik di pipi.
"Janganlah menangis. Senyum sayang. Abang sayang sayang." Amsyar raih Ammelia dalam pelukannya.
"Sayang pun sayang abang. Sangat-sangat."
bersambung

Pimpin Aku Ke JannahWhere stories live. Discover now