Pimpin aku ke jannah

284 3 0
                                    

Part 3 & 4

PART 3

Ammelia menggeleng sebelum meneruskan langkahnya.
"Kenapa awak lambat?"
"Saya terlanggar oranglah tadi."
Amsyar tersengih pada wajah tunangnya yang tersayang, Nurul Ain..
"Awak okey tak?"
Ain bertanya dengan riak yang terkejut.
"Okey. InsyaAllah."
Amsyar sengih lagi.
'Tapikan awak, hati saya yang tak okey. Kenapa entah berdebar-debar bila teringat wajah perempuan tadi? Mungkin kerana nafsu semata-mata. Astaghfirullahalazim.'
Amsyar meraup wajahnya.
"Mana Iman?" Amsyar bertanya.
"Dia ke tandas tadi." Ain senyum.
Bergetar lagi jiwa Amsyar.
'Kenapalah hari ni aku asyik berdebar je tengok perempuan tapi kalau aku berdebar tengok lelaki, lagilah tak patut.'
"Amsyar, awak okey?"
"Saya okey." Amsyar mengangguk sambil tersenyum.
"Nita, you okay?"
"Do I look okay?" Separuh menjerit Nita bersuara.
Ammelia memandang sekeliling rumah yang kelihatan bersepah itu.
"Where is your fiancé?"
"I don't know! Kenapalah I percaya dengan dia? Kenapa dia buat I macam ni? Lepas I bagi segala-segalanya dekat dia, kenapa dia buat I macam ni? Sampai hati dia bawak pelacur tu masuk dalam rumah ni. Rumah ni rumah kami. Kenapa dia buat I macam ni?" Nita meraung.
Luluh hatinya apabila dia menangkap tunangnya sedang berasmara dengan perempuan lain. Tidak disangka langsung lelaki itu menduakan cintanya.

PART 4

"Janganlah macam ni. You menangis macam ni, benda takkan berpatah balik."
Ammelia mengusap lembut bahu Nita. Nita kesat matanya. Mekapnya sudah cair dek kerana terkena air matanya.
"I nekad, I nak putuskan pertunangan I dengan dia."
Nita menghela nafas, berat.
"I nak gugurkan kandungan I."
"What? You mengandung?"
Ammelia terus berdiri.
"You... oh my God!"
"Dah dua bulan, Amy. I tak nak anak I tak berbapa."
"Kenapa you buat benda tu?"
"Benda apa?"
Nita bertanya, tak faham.
"You and Haris tak kahwin lagi Nita. Kenapa you dah buat hubungan macam suami isteri dengan dia?"
Nada suara Ammelia berbaur kekesalan yang amat sangat.
"I... I cintakan dia, Amy."
Ammelia terduduk dengan jawapan Nita.
"Amy, lagipun dari dulu hidup I macam ni. You pun tahu I macam mana."
Nita bersuara.
"Alah, you takkan tak biasa buat macam ni. Kalau ikutkan, you lagi seksi dari I, Amy."
"No! I tak tahu you macam ni. True, dressing I kadang-kadang kalah Paris Hilton tapi untuk buat benda tu, I takut! I takut jadi perempuan murahan di mata orang ramai! I bukan jenis bertukar lelaki macam you, Nita. Sejak dari zaman sekolah, pernah you nampak I bergendeng dengan lelaki?"
Nita terpempan.
"You nak kata I murahanlah ni?"
"No! I tak kata macam tu tapi apa yang jadi sekarang mampu ubah persepsi orang ramai terhadap you."
"Sebab tu I nak gugurkan kandungan I."
"And you want to commit another sin?"
Ammelia menengking Nita.
"Hei, you tak layak cakap pasal dosa pahala dekat sini! You sendiri tak berapa betul! Tak payah nak nasihat I. Sebelum you nak berceramah, you betulkan diri you tu dulu. You ingat you baik sangat? Entah-entah, you yang masuk neraka dulu sebelum I! Lagipun kubur kita asing-asing, you betulkan diri you sudahlah! Tak payah nak sibuk pasal I!"
Nita menengking Ammelia kembali. Ammelia diam seketika, kepala terasa sakit namun dia membiarkan. Dia capai beg tangan.
bersambung

Pimpin Aku Ke JannahWhere stories live. Discover now