Pimpin aku ke jannah

252 7 0
                                    

PART 27 & 28

PART 27

'Astaghfirullahal'azim. Aku mimpi rupanya.'
"Dah bangun?" Ammelia terus berpaling pada tuan punya suara yang sudah memakai baju melayu warna ungu gelap.
"Hah? A'ah." Laju dia mengangguk. Rasa gugup sebenarnya kerana Amsyar tiba-tiba baik hati kejut dia dari tidur.
"Pergilah mandi dulu. Aku tunggu kau. Kita jemaah sekali."
Ammelia mengangguk dan terus berlalu ke bilik air. Perasaannya bercampur baur.
"You dah bagi borang tu kat Amsyar? Serius?"
Ammelia mengangguk. "I serius. It's the least I could do for him."
"Dia kata apa?"
"Nothing. Mungkin terlalu gembira sampai terdiam tak bersuara." Ammelia ketawa, hambar.
"Amy, benda tak kelakar."
"I never said it was funny."
"Amy."
"I redha. Ini kifarah dosa I agaknya."
Nita angguk. "Tapi kenapa sampai you kena harus korbankan kebahagiaan you?"
"Bahagia ke I bila suami I sendiri masih mencintai bekas tunang dia? Bahagia ke I bila dia membenci I? Kalau ini mampu buat dia bahagia, I redha."
"Ammelia!"
"I... " Ammelia terdiam. "I akan mati, Nita. I tak mampu nak terus hidup di sisi Amsyar. Sekurang-kurangnya bila I mati, dia dapat balik kebahagiaan yang tak pernah dia kecapi ketika bersama dengan I."
"You serius tak mahu buat rawatan?"
"Nita, kanser I dah di peringkat terakhir. I tak mahu buat rawatan bukan sebab I nak berputus asa tapi I rasa masa yang tinggal ni baik I habiskan untuk mendekati Dia."
"You memang nekad, kan?" Sebuah pertanyaan ditanya oleh Nita kepada dirinya sendiri.
"Memang I nekad."
Jam di dinding dah tepat pukul 8.00 malam. Ammelia mencapai al-Quran pemberian mummynya yang berada di atas rak buku lalu di duduk di atas sejadah yang sudah sedia terbentang. Sebentar tadi, selepas solat maghrib, dia menunaikan solat sunat taubat dengan bantuan dari Mak Som. Dia mulakan bacaan dengan basmallah dan Surah Al-Fatihah sebelum suaranya terus mengalunkan ayat-ayat dari Surah An-Nur, surah untuk kaum Hawa. Ketika di pertengahan pembacaannya, matanya terasa berpinar-pinar.
Entah kenapa, pandangannya semakin kabur. Kepala terasa sakit tiba-tiba. Ditahan juga rasa sakit yang dirasa itu, dia meneruskan bacaannya. Pintu bilik dibuka dari luar. Amsyar yang baru pulang dari kerja memandang Ammelia yang khusyuk dengan ayat Quran yang dibacanya. Suara Ammelia yang sedang mengalunkan ayat suci itu kedengaran begitu merdu di telinganya. Wajah Ammelia yang lengkap bertelekung kelihatan begitu menawan di matanya. Entah kenapa, ada debar di dada. Wajah polos wanita itu begitu menarik hatinya. Sedikit sebanyak, hilang penat dan lelah akibat bekerja seharian saat memandang isterinya itu.

PART 28

"Amsyar dah balik?" Suara itu kedengaran begitu lembut sekali. Entah bila Ammelia mengakhiri bacaaannya, dia pun tidak tahu. Begitu asyik dia merenung Ammelia.
Langkah Ammelia yang mendekati rak buku dipandang, tidak lepas.
"Amy nak salam Amsyar tapi Amy ada wudu'. Lepas solat Isya' nanti, Amy salam Amsyar ye?"
Amsyar mengangguk. "Dah siap mengaji?"
"Dah tapi kepala pening sikit. Berhenti sekejap."
Ammelia menjawab, gugup. "Amsyar pergilah mandi dulu. Amy tunggu. Kita solat Isya' sekali."
"Yelah." Amsyar terus berlalu ke bilik air manakala Ammelia mula menyediakan pakaian untuk Amsyar pakai usai dia mandi.
Dia ambil sehelai kain pelikat yang telah dia beli senyap-senyap untuk Amsyar dan sehelai baju melayu berwarna hijau. Dia kemudiannya duduk kembali di atas sejadah sambil lidahnya mengalunkan zikrullah.
Sepuluh minit kemudian, Amsyar keluar dari bilik air. Matanya masih merenung Ammelia yang tunduk sambil memegang tasbih. Dia segera mencapai kain pelikat dan baju melayu yang sudah tersedia di atas katil.
Usai berpakaian, dia terus berdiri di atas sejadah yang telah dibentangkan oleh Ammelia. Dia berpaling ke belakang. "Ammelia, jom."
Ammelia mengangguk sebelum mengambil safnya. Amsyar melafazkan niat solat fardhu Isya' sebelum mengangkat takbiratul ihram.
Masuk rakaat keempat, pandangan Ammelia kembali berpinar-pinar. Kepalanya pula terasa seperti dicucuk-cucuk namun dia tetap meneruskan solatnya. Rasa sakit itu ditahan sehabis daya. Ketika duduk di tahiyat akhir, sakit di kepala semakin mencucuk. Air mata Ammelia bergenang, menahan sakit yang dirasa.
"Assalamualaikumwarahmatullah." Amsyar meraup wajahnya usai memberi salam terakhir. Dia kemudiannya menadah tangan. Ucapan doa yang terlafaz dari mulut Amsyar tidak didengar langsung oleh Ammelia. Dalam keadaan yang menahan kesakitan itu, dia nampak Amsyar berpaling ke belakang dan menghulurkan tangannya.
"Ammelia?" Panggil Amsyar. Pelik rasanya bila Ammelia tidak menyambut huluran tangannya itu. Wajah wanita itu agak pucat di matanya.
Dengan tangan yang sedikit terketar, Ammelia capai tangan suaminya. Lalu dia tunduk mencium tangan Amsyar.
"Am... Amsyar, Amy minta maaf... dengan apa yang Amy buat kat Amsyar. Amy perangkap Amsyar sebab Amy nak... nak Amsyar... pimpin Amy ke Jannah. Amy... nak dekat dengan Dia. Amy tahu... Amy tamak. Maafkan Amy, ye?" Air mata mengalir perlahan.
"Amy nak jadi... bidadari Amsyar kat syurga nanti. Amy... dah tak tahu macam mana... nak bagi balik kebahagiaan Amsyar. Yang Amy tahu... borang keizinan poligami tu, mungkin akan... jadi kebahagiaan Amsyar kelak. Amy sayang... Amsyar." Dia rasa ada cecair yang keluar dari hidungnya. Dia sudah tidak mampu bersuara. Dia terkulai di pangkuan Amsyar.
Amsyar pula terkaku dengan ucapan dari Ammelia. Sebaknya dada, cuma Allah saja tahu. Dia terasa ada benda panas mengalir di belakang tangannya.
"Ammelia, Amsyar maafkan Ammelia. Dah, jangan menangis macam ni." Di sentuh bahu Ammelia namun dia pelik. Ammelia tidak bergerak langsung.
"Ya Allah!"
Hanya itu yang terucap apabila dia mengangkat wajah Ammelia yang sudah terpejam matanya. Darah yang mengalir dari hidung Ammelia dikesat laju lalu di terus mencempung isterinya yang tidak bergerak itu.

Pimpin Aku Ke JannahWhere stories live. Discover now