PART 25 & 26
PART 25
"Ain."
"Amsyar, apa awak buat kat sini?" Amsyar tunduk sebelum kembali mengangkat muka.
"Saya nak jumpa awak, Ain. Saya rindu awak."
"Amsyar Aizad!" Wajah Ain memerah. 'Tidak sedarkah dia yang dia tu suami orang?'
"Kita kahwin, Ain."
"Awak mengarut apa ni? Ammelia tu awak nak campak mana?"
"Saya bencikan dia! Dia perosak kebahagiaan kita! Kerana dia, kita terpisah jauh." Amsyar bersuara keras.
"A.. pa maksud awak?" Ain terkedu. Tidak pernah dia nampak Amsyar bersuara seperti itu.
"Kejadian khalwat itu rancangan dia! Dia perangkap saya, Ain."
Ain rasa nak menangis.
"Amsyar, saya..."
"Saya kecewa, Ain. Teramat kecewa." Amsyar meraup wajahnya.
Sebenarnya dia sudah mulai sayangkan Ammelia namun apabila dia dapat tahu semua yang terjadi adalah rancangan Ammelia, dia kecewa. Sangat kecewa.
"Amsyar."
"Kenapa bila saya dah mula sayangkan dia, dia kecewakan saya Ain?" Keluh Amsyar tanpa sedar manakala Ain terkaku tanpa suara.
"Amy, thank you sebab sudi teman I cari barang untuk majlis walimah I."
"Nita, it's the least I could do before I die."
"Ammelia, I tak suka you cakap macam ni." Nita mula nak menangis.
Ammelia ketawa. "Okey, sorry. Jangan menangislah. Kesian baby ni."
Perut Nita yang sudah besar itu diusap perlahan. Teringat kembali cerita Nita tentang penerimaan keluarga Syafiq terhadap dirinya. Nita sangat terharu apabila kedua ibu bapa Syafiq tidak sedikit pun memandang dia dengan pandangan jijik. Mereka juga tidak pernah bertanya tentang kisah silam Nita. Dan yang lebih membuat Nita terharu, Syafiq berjaya buat ibu bapa Nita memaafkan semua kesalahan Nita dan menerima kembali Nita sebagai anak mereka.
"You tu, jangan cakap macam tu lagi." Nita tersenyum.
"Yelah. Jom, pergi beli barang." Ujar Ammelia dengan senyuman namun senyumannya mati apabila matanya menangkap batang tubuh suaminya dengan Nurul Ain, bekas tunang suaminya.
"Amy? Kenapa ni?" Nita memandang ke arah pandangan Ammelia dan dia sendiri tidak percaya dengan apa di depan matanya.
"Nita, I rasa..." Ammelia memandang Nita sebelum menyambung.
"I rasa patut kembalikan semula kebahagiaan Amsyar yang telah I ragut dulu."
"Amy... you?" Nita terkedu saat Ammelia mengangguk.
Kepalanya sakit. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Kelibat Amsyar masih tidak kelihatan. Dia pandang kertas di tangannya. Walaupun Nita menentang keras tindakannya, dia redha. Dia perlu beri kembali kebahagiaan Amsyar yang telah di rampas.
Bunyi enjin kereta dari luar buat dia menghela nafas lega. Dia menunggu Amsyar sampai ke bilik dengan penuh debar.
Pintu bilik terkuak dari luar. Amsyar yang baru nak melangkah masuk terkejut saat matanya menangkap pandangan mata Ammelia pada dirinya namun dia berpura-pura tidak nampak pandangan Ammelia itu. Dia terus melangkah masuk sambil tangannya melonggarkan ikatan tali leher.
"Amsyar."PART 26
Suara Ammelia menghentikan semua kelakuan Amsyar. "Amy nak cakap sikit." Amsyar pura-pura tidak mendengar. Dia terus berbaring di atas sofa tanpa menghiraukan Ammelia.
Ammelia ketap bibir. "Amsyar."
"Kau nak apa?" Amsyar bersuara, keras. Mata dipejam. Tiba-tiba dia terasa ada tangan lembut menyentuh tangannya. Dia buka kembali mata.
"Amy nak bagi ni dekat Amsyar." Kertas berwarna putih itu diunjukkan pada Amsyar.
Amsyar mendengus. "Apa lagi kau ni?" Dia bangun dari baringnya. Kertas yang dihulur Ammelia dibaca. Dia kaku dengan apa yang tertulis. Borang keizinan poligami yang sudah lengkap berisi itu dibaca sekali lagi. Dia tengok Ammelia.
"Apa ni?"
Ammelia cuba mengukir senyum semanis mungkin. "Amy pulangkan kembali kebahagiaan Amsyar yang pernah Amy rampas tapi satu je Amy mintak, pimpin Amy ke Jannah?"
Amsyar terpempan. Hatinya dipagut kesayuan yang teramat sangat. Dia sedar, dia terlalu mengikut kemarahannya. Dia sudah lupa janjinya yang ingin memimpin Ammelia ke Jannah. Berdosanya dia pada Ammelia.
"A... aku..."
"Amy tak paksa tapi Amy harap sangat Amsyar dapat pimpin Amy semula." Wajah Amsyar yang tadi jelas di matanya menjadi kabur. Tubir matanya sudah ditakungi air.
"Amy dah mengantuk. Amy tidur dulu, ye?" Dia angkat kaki, meninggalkan Amsyar yang termangu-mangu.
Ammelia merebahkan badannya di atas katil. 'Amsyar, ini saja yang Amy mampu bagi pada Amsyar.' Air mata yang ditahan, akhirnya jatuh juga ke pipinya.
"Ammelia, bangun." Amsyar mengoncangkan bahu Ammelia yang nyenyak tidur. "Ammelia, bangun."
Ammelia mencelikkan mata. 'Amsyar kejut aku?' Dia bingkas bangkit. "Dah pukul berapa ni?"
"Dah nak subuh. Pergi mandi, ambil air sembahyang. Amsyar tunggu Ammelia. Kita jemaah sekali."
Ammelia cubit pehanya. "Aduh, sakit."
"Kenapa cubit peha?"
"Ni bukan mimpi kan?"
Amsyar tersenyum. "Ni bukan mimpi, sayang. Bangun cepat."
'Sayang? Amsyar panggil aku sayang?' Ammelia terasa bahagia namun dia cantas perasaan bahagia yan ada di hati. 'Mungkin dia berubah sebab aku dah pulangkan kebahagiaan dia agaknya.'
"Kenapa ni?"
"Tak ada apa-apa." Ammelia tersengih. Dia bangun dari katil, di saat dia ingin menapak pergi meninggalkan Amsyar dia terasa lengannya ditarik dan dalam sekelip mata, dia berada dalam dakapan Amsyar.
"Amsyar?" Ammelia semakin pelik dengan perangai Amsyar.
Amsyar mengetatkan pelukannya. "Amsyar minta maaf. Amsyar tak sepatutnya layan Ammelia macam tu. Amsyar tak patut layan amarah Amsyar. Amsyar mungkir janji Amsyar. I'm really sorry."
Mata Ammelia dah bergenang. Terharu, sayu semua jadi satu. "Amy maafkan Amsyar." Dan tangannya turut membalas pelukan Amsyar.
"Ammelia! Ammelia!"