"Dhia Syarafana!" Jerit Mama. Aku rasa mungkin Mama dah terlampau geram atau... entahlah bukannya aku kisah sangat. "Mama tak pernah ajar anak Mama kurang ajar macam ni! I don't care apa Syara nak cakap sekali pun, Mama taknak dengar. Dia tetap Ayah kandung kamu!" Aku syak Mama betul-betul bengang dengan sikap aku kalini. "But Mama, you can't force me. I have my own right untuk buat keputusan ni." Balas aku masih cuba pertahankan diri. "Lagipun Syara dah nak sambung Pra-U in two weeks." Sambungku lagi. Walaupun keputusan SPM ku agak membanggakan dengan pencapaian kesuluruhan 5A dan diikuti 3B, tapi course yang aku teringin sangat nak ambil, susah untuk diusahakan kerana A yang aku dapat bukan lah subjek yang sesuai untuk aku diterima dalam course Law. Jadi keputusan untuk menyambung ke Pra-U adalah yang terbaik bagi aku mengejar cita-cita aku. "Itu semua Syara jangan risau, Mama dah pun aturkan. Pack your things sebab Syara akan tinggal dengan Ayah for at least three months." Balas Mama dengan suara yang tenang dan diakhiri dengan satu senyuman sambil Mama terus berlalu pergi meninggalkan aku yang masih lagi blur.
Waktu macamni, perasaan menyesal tak volunteer untuk ke kem PLKN mula datang. Kalau tak, aku akan habiskan masa tiga bulan di sana. Jadi tak perlu tiga bulan di rumah Ayah. Haih apalah nasib...
>>>
"Wow! I rasa mesti you sakit hati gila kan?" Seloroh Arin apabila aku menceritakan kepadanya hasrat Mama hendak menghantarku tinggal bersama Ayah untuk tiga bulan. "Of course I did. Three months terlalu lama bagi I. I nak buat apa kat sana? Dah lah tak rapat and dah tak jumpa sejak I darjah dua, tiba-tiba kena ngadap sampai tiga bulan pula. Gila!" Balas aku dengan perasaan amarah. Arin atau nama panjangnya Siti Marina merupakan junior aku di sekolah. Tetapi ada satu incident yang menyebabkan aku dengannya menjadi rapat. Aku sudah pun menamatkan zaman persekolahan tetapi Arin masih lagi di tingkatan empat. Aku bukanlah tak suka dengan kawan seumurku, tetapi lepas satu kejadian di mana aku dipulau secara besar-besaran membuatkan aku ada trust issue. Mana tidaknya kalau kawan baik sendiri yang selalu ada untuk kau sebenarnya yang memulakan semua ni. Hati aku jadi panas apabila mengenang kembali kisah itu.
"Okay, so sekarang macam mana? You nak terus menerus dengan sikap rebel you or you ikut je kehendak Mama and Ayah you?" Tanya Arin. Kalau Arin tak tanya soalan ini kepadaku pun, aku sendiri yang akan tanya diriku. Haih inilah nasib seorang Dhia Syarafana.
>>>
Aku dengan hati yang berat dan muka yang masam menjeruk terpaksa juga mengemas pakaian dan barang keperluan untuk aku tinggal di rumah Ayah selama tiga bulan. Aku ulang, TIGA BULAN! Okay sepatutnya aku tak perlu ulang sebab makin buat aku rasa nak baling semua benda yang ada depan mata aku.
"Mak kau tergolek!" Latah aku. Ini memang kelemahan aku. Tak boleh terkejut sikit, terus melatah. Ikut perangai siapa pun aku tak tahu. "Kakak dah cakap banyak kali kan, ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik kakak!" Marah aku dilepaskan pula kat adik aku yang seorang ini. Entah mana datangnya budak kecil ni tiba-tiba sentuh bahu aku. "Tadi Iman dah ketuk, tapi kakak tak dengar." Balas adik aku naif sambil menunjukkan earphone aku ditelinga. Oh ya, aku pakai earphone sambil mendengar lagu kegemaranku. If Everyone Care, nyanyian Nickleback. Lagu ni liriknya sangat bermakna dan genrenya juga tidak berat, jadi aku suka dengar. "Sorry." Balasku sepatah. "Iman nak apa?" Aku kembali berlembut. "Iman nak tanya, kakak sayang Iman?" Apa kena pula adik aku malam ni. "Kenapa?" "Iman cuma nak tahu je." "Kalau nak tahu, esok bangun pagi nanti kakak bagitahu. Dah pergi tidur. Kakak nak sambung kemas baju kakak ni." Iman terus berlalu keluar dari bilikku. Entah, aku bukan tak sayang. Mestilah aku sayang. Dia seorang saja adik yang aku ada. Sebenarnya, aku jarang panggil adik aku Iman, tapi selalu tersasul sebab Mama dan Papa memang panggil Iman, Iman. Aku lebih gemar memanggil Iman dengan nama keduanya, Syarizad, atau Ijad. Tapi rasanya aku sudah biasa memanggilnya Iman.
YOU ARE READING
Lukisan Terakhir
RastgelePenyatuan yang tidak pernah diminta, lama kelamaan menjadi penyatuan yang tidak mahu ada pengakhirannya. Namun, perjalanan hidup masih jauh. Dhia harus akur dengan ketentuan-Nya. Ini bukanlah cerita cliche cinta tiga segi mahupun cerita cliche berk...