Bab 8: Aku, Ayah

77 6 0
                                    

Aku masih tidak boleh hilangkan rasa bersalah ku ini. Kerana itulah, aku perlu menyiapkan 50 buah basikal dengan segera. Lagi pun, aku memang tidak punya banyak masa.

"Ayah?" Bicara Iman menghentikanku dari terus mengelamun.

"Ya Iman?"
"Ayah buat apa?"
"Siapkan basikal."
"Oh... Iman nak belajar boleh?" Tanya Iman. "Betul ni nak belajar?"

Iman menganggukkan kepalanya laju. Aku mula menerangkan sedikit sebanyak cara memasang basikal.

Sudah hampir satu jam aku dan Iman duduk di belakang rumah. Aku menyuruh Iman masuk tidur. Manakala aku terus ke bilik belakang. Bilik yang sekali sekala sahaja aku singgah.

Bilik di mana penuh dengan lukisan Dhia sewaktu dia betul-betul minat melukis. Aku tersenyum sendiri mengingatkan saat aku dan Dhia bersama menyiapkan lukisan.

Dhia sememangnya mewarisi bakat aku. Pandai melukis. Lukisannya sunggu clean dan smooth sahaja. Perfect.

Aku duduk dibangku dan mula melukis wajah Dhia dan Iman mengikut contoh di dalam laptopku. Gambar itu dikirimkan oleh Sofea, bekas isteriku. 

Sofea tidak pernah tidak bercerita mengenai anak-anak kami. Walaupun sudah bercerai, hubungan kami tetap baik.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Si Rebelion POV

Aku bangun, melihat jam. Dah pukul 9??? Kenapa tak sedar ni! Tu lah tadi malam bantai Drama Korea lagi. Urghh Dhia kau ni kenapa??!

Aku mencapai telefon. 10 missed calls. Aku buka log call. Semuanya dari Hilman. Aku menelefonnya kembali.

"Hello Hilman! I'm so sorry. Saya tak sedar. Alarm pun tak dengar. Minta maaf banyak-banyak." Jelasku tanpa diminta.

"Assalamualaikum." Erk okay. Bengang. "Waalaikumusalam." Jawabku perlahan. "Tak apa, kita datang lewat sikit. Lagipun pagi ni ada majlis penyampaian anugerah pelajar pt3 tahun lepas. Kita pergi je lepas rehat alang-alang awak dah lambat kan." Balas Hilman.

Fuh lega tapi suka hati je nak datang lambat. Takpe, kat Johor pun selalu buat.

"Okay. Nanti awak dah keluar rumah, telefon saya eh?" "Okay."

Telefon dimatikan.

Aku pun terus menyiapkan diri. Walaupun sekolah ni boleh berpakain bebas, maksud bebas tu sebenarnya. Baju kurung atau abaya ataupun jubah yang sesuai. Bukannya boleh pakai seluar. Jadi, tak ada lah bebas mana.

>>>

Hari ini aku mengenakan baju kurung hijau emerald dan selendang krim cair. Baju kurung ni pun buat betul-betul masa dah decide nak sambung pra-U.

Kalau tidak, memang tak ada lah baju kurung.

Aku pun melangkah keluar bilik. Dengan harapan nak ke dapur tengok apa yang boleh di makan. Aku melintas bilik Iman. Air cond terpasang.

"Eh? Budak ni tak pergi sekolah ke?" Monolog aku sendiri. Aku pun membuka pintu.

"Ya Allah! Iman Syarizad!!" Kejut aku. Adik aku ni biar betul tak pergi sekolah pula. Terpisat-pisat Iman bangun menggosok matanya. "Pukul berapa ni?" Tanyanya.

"Dah nak pukul 10 dah Iman. Iman tak sedar ke? Mana Ayah?" Tanyaku bertalu talu.

"Tak sedar lah kak. Lagipun Ayah tak ada kejut pun." Balas Iman jujur. "Tadi malam tidur pukul berapa?" Tanyaku kembali. "Tak ingat. Tapi lewat juga lah. Sebab Ayah ajar Iman buat basikal." Baru aku nak jawab dengan memarahi Ayah, Iman terus memintas. "Iman yang minta Ayah ajar."

Aku pun terus bangun dan ingin mencari Ayah. Aku ke biliknya, tiada. Aku ke belakang rumah, tiada. Aku ke depan pun, tiada. Aku mengambil keputusan untuk ke bilik yang aku tak pernah tahu apa isinya.

Tombol pintu dipulas. Tak berkunci. Aku buka pintu. Lampu dan kipas terpasang. Tanda Ayah mungkin berada di dalam.

Aku terkejut. Meremang. Aku tak sangka bilik ini dipenuhi dengan lukisan. Atau lebih tepat, lukisan aku. Lukisan yang pernah aku lukis sewaktu dulu. Aku memerhatikan keseluruhan bilik.

"Dhia?" Suatu suara menegur. Tapi aku endahkan. Perhatian aku lebih tertumpu kepada benda serta barangan yang berada dalam bilik ini. Dinding di sebelah kiri ku penuh dengan bermacam lukisan. Semua lukisan yang aku dan Ayah lukis bersama.

Di sebuah rak, terdapat barangan untuk melukis. Berus, palette, kotak-kotak yang penuh dengan warna air yang dah pun membeku dan sketching stand kayu aku.

Seseorang menyentuh bahu aku dan membuatkan aku sedikit tersentak. "Eh lukis!" Latah aku.

Haiss kenapa lah penyakit melatah ni tak hilang lagi.

Aku memusingkan badan dan, ya Ayah. "Eh Ayah." Ucap ku.

"Dhia masih ingat semua lukisan ni?" Tanya Ayah. "I... ing.... em ingat." Jawab ku antara kedengaran dengan tidak.

Somebody call 911...
Shawty fire burning on the dance floor whoaa...

Okay thanks sangat kat handphone sebab bunyi waktu ni. "Hello?" Terdengar suara Hilman di hujung talian. "Yup?" "Saya dah kat depan rumah awak ni." "Okay jap."

"Ayah, Dhia pergi dulu eh. Hilman dah sampai." Aku mencapai tangan Ayah, salam dan terus berlalu ke pintu.

"Dhia, balik nanti Ayah ambil eh. Call Ayah tau." Pesan Ayah.
"Ayah tak boleh, hm Dhia err.... dah janji nak teman Hilman makan." Tipu aku dan terus keluar pagar.

Apa reaksi Ayah, aku tak tahu.

Lukisan TerakhirWhere stories live. Discover now