Dah empat hari aku duduk di rumah bersama Ayah dan Iman. Tapi Iman kenalah ke sekolah. Iman ke sekolah tumpang jiran sebab Ayah duduk kat wheelchair sejak balik dari hospital. Aku banyak habiskan masa berbual dengan Ayah, masak sama-sama dan di bilik lukisan.
Usai sarapan pagi, aku berlalu ke bilik lukisan setelah mengemas dapur. Aku nak siapkan lukisan yang Ayah minta. Aku mengambil tempat.
"Dhia buat apa tu?" Tanya Ayah. "Nak buat lukisan untuk Ayah." Balasku sambil tersenyum. "Boleh Ayah tengok?" Tanya Ayah lagi. Aku hanya mengangguk dan memandang sekilas wajah Ayah, memandang frame gambar aku, Ayah dan Iman yang kami tangkap semalam dan kemudian pandanganku fokus kembali pada kertas di hadapan aku."Ayah nak Dhia lukis apa?" Tanya aku. "Lukis apa yang jiwa Dhia nak Dhia lukis." Jawab Ayah. Aku kurang faham tapi aku lukis saja apa yang bermain di minda. Apa yang terbuku dalam hati, aku luahkan melalui lukisan. Akhirnya, lukisan menjadi pemandang pantai yang tenang dan ada bayangan satu keluarga di persisir pantai itu.
Agak lama melukis, aku tidak sedar jam sudah memasuki pukul 12.
"Ayah! Ok tak ni? Ni lukisan terakhir Dhia tau. Lepasni tak mau dah lukis lagi. Yang last ni paling special, untuk orang special. Ayah. Hehe." Bebel aku dengan girang. Aku membelakangi Ayah. Hanya lukisan yang aku angkat tinggi menghadap Ayah. "Ehemmm" Ayah hanya membalas dengan berdehem kuat. "Ayah ni, Dhia tanya jawablah cantik ke tak." Aku berpura-pura merajuk. "Cantik nak..." Jawab Ayah dan akhirnya suaranya hilang.
Mungkin Ayah malas nak layan aku? Haha! "Ayah, nanti Dhia nak buka kedai makanlah. Nak letak semua resepi yang Ayah ajar Dhia semalam. Mesti ramai nak datang! Hahaha. Lepastu nak letak lukisan ni kat situ sekali. Haa... mesti lawa kan?"
Diam.
Sunyi.
"Ayah kena ada sekali tau. Ayah jangan tinggal Dhia ye?"
Diam.
Sunyi."Hm... okaylah Ayah. Dhia akan lepaskan Ayah pergi. Ayah rehat ya? Dhia sayang Ayah!" Ucapku sebelum tangisan menerpa. Aku gagahkan diri untuk pusing menghadap Ayah. Sangkaan ku tepat. Telefon aku capai. Nombor Hilman aku dail.
"Assalamualaikum!" Sapanya ceria. Aku tidak sanggup berkata apa-apa. Hanya tangisan dan esakan yang terkeluar. "Awak... saya... saya tak kuat....." balasku dalam sedu. Hilman seperti tidak percaya. "Tak apa, saya ada." Balasnya penuh yakin. Aku hanya terduduk dan menatap wajah Ayah buat kali terakhir.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>"Anak Mama okay?" Sapa Mama. Aku hanya tersenyum sekejap. "Dhia kena kuat. Okay?" Aku tersenyum lagi. Kali ini lebih lama.
"Dhia! Dapat juga kau buka cafe ni kan! Menu nampak menarik. Tak sabar aku nak rasa nanti!" Sapa Arin penuh gembira. Kami berpelukan sekejap dan dia terus meluru masuk ke dalam Rul's Cafe. Cafe aku yang baru sahaja beroperasi secara rasmi mulai hari ini.
Sudah lima tahun Ayah tinggalkan aku. Wajahnya masih kekal dalam minda. Semakin hari, semakin segar. Sungguh aku rindu orang tua itu. Senyumannya, dirinya yang selalu sabar dan tenang. Dhia rindukan Ayah.
"Sayang kenapa ni mengelamun?" Tegur tunangku menghentikan segala lamunan. "Saya cuma teringatkan Ayah je." Balas aku tersenyum. Ahh! Sejuk je rasa apabila terlihatkan senyumannya. Senyuman yang cukup menyenangkan. Senyuman yang sama seperti lima tahun dulu di mana pertama kali aku bertemunya kembali. Kalau dah jodoh, tak kemana. Ye dak?
"Hilman! Mari tolong Mama layan pelanggan." Jerit Mama dari dalam Cafe. "Sorry sayang, nanti kita sweet-sweet lagi ya?" Sempat Hilman bergurau sebelum melangkah masuk ke dalam Cafe untuk membantu Mama.
Iman menghampiri aku dan memberi senyuman mengusik. Aku hanya menariknya dan merangkul kemas bahunya. "Nak tahu apa jawapan kakak pada soalan Iman lima tahun dulu?" Tanya aku. Iman mengangguk laju. "Mestilah kakak sayang." Jawabku sambil tersenyum penuh ikhlas. Iman menunjuk riak terharu. Kami bersama melangkah masuk Cafe.
Terberhenti seketika saat aku melintasi ruang menunggu. Sebuah lukisan tergantung elok. Lukisan itu aku pandang. Lama. Senyuman mula terukir. Aku pernah berjanji, itulah lukisan aku buat kali terakhir. Lukisan paling istimewa dan pastinya untuk insan istimewa. Ayah. Itulah lukisan terakhir aku.
YOU ARE READING
Lukisan Terakhir
RandomPenyatuan yang tidak pernah diminta, lama kelamaan menjadi penyatuan yang tidak mahu ada pengakhirannya. Namun, perjalanan hidup masih jauh. Dhia harus akur dengan ketentuan-Nya. Ini bukanlah cerita cliche cinta tiga segi mahupun cerita cliche berk...